Kita selalu risau pandangan orang pada diri kita. Tidak kiralah bab apa sekalipun.
Samada cara pemakaian, ambil jurusan apa di Universiti, kerja di mana, kawin dengan siapa, beli kereta apa, bagi anak susu formula atau susu badan, cara kita jaga anak, belajar tinggi tinggi tetapi mengapa jadi suri rumah sahaja dll.
Risau digelar atau dilabel oleh orang lain dengan gelaran tertentu.
Kiranya apa yang kita buat pada hari ini bukan atas pilihan, pemahaman atau keyakinan diri kita akan sesuatu perkara itu, tapi lebih kepada risaunya kita bila nampak pelik kat mata orang dan takut dilabel.
Sebagai contoh “ Kita kena bagi anak kita makan banyak sikit sebab jika dia terlalu kurus nanti orang kata kita tak bagi dia makan.”
Sedangkan yang sebetulnya “Kita kena pastikan anak kita tak terlalu kurus supaya dia dapat zat yang cukup dan membesar dengan sihat”.
Kita sepatutnya ambil berat akan kesan dan akibat jka melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu melebihi apa yang bakal orang akan katakan.
Justeru, kita tak perlu risau jika kita menjadi bualan orang. Samada tindakan kita itu betul atau salah orang tetap akan berkata kata. Kerana sifat manusia suka berbual, mengkritik, komplen.
Siapa orang itu?
Siapa-siapa sahaja.
Boleh jadi jiran sebelah rumah, rakan sekerja, saudara mara, pesaing dan lain lain. Mereka bukan ibu bapa, atau adik beradik kita pun.
Buatlah sesuatu itu berdasarkan ilmu, kefahaman dan keyakinan diri.
Biarkan apa mereka ingin katakan. Mereka tak membantu kita dari segi kewangan, mereka tidak membantu mengurangkan bebanan/ tekanan hidup kita juga.
Kita bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap pilihan, perbuatan dan tindakan yang kita ambil. Buruk atau baik. Ringan atau berat.
Justeru kita perlu ada pemahaman yang tinggi, ilmu dan keyakinan sebelum buat sesuatu bukan sekadar ikut ikutan.
Bukan juga atas dorongan hawa nafsu. Takut keputusan kita itu bersifat sementara dan kerap berubah.
Ya, dengar nasihat itu perlu. Tetapi tak semua nasihat 100% sesuai dengan kita. Hanya kita yang menghadapi situasi itu, ini.
Mereka dan keluarga mereka tak berada dalam kasut kita atau lalui apa yang kita lalui sekarang ini.
Dan pastikan tindakan kita itu common sense dan bertepatan dengan hak Allah serta tidak menganiaya sesiapa mahupun diri sendiri.
Yakin untuk buka aurat itu bukan yang saya maksudkan ya. Sebab itu melanggar hukum Allah dan menganiaya diri sendiri.
Yakin untuk membuat sesuatu yang tidak bermoral atau melakukan jenayah juga bukan yang saya maksud. Itu jelas melanggar undang undang, boleh dihukum denda atau penjara jika sabit kesalahan.
Ingat, selagi mana ia tidak melanggar hukum Allah, menganiaya diri sendiri mahupun mengambil hak orang lain tak salah jika kita buat asalkan kita tahu apa yang kita mahu dan perlu.
Jadilah manusia yang matang, mempunyai prinsip hidup dan keyakinan diri dalam mengambil sebarang langkah sekalipun dan bukan kerana risau orang kata apa.
– Nur Shuhadah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit