Assalamualaikum. Benda ni jadi dekat family bila ayah aku start business sendiri masa aku sekolah rendah. Bila dah berbusiness mula lah ada orang tak puas hati bila kita dah senang. Dari guna sekecil-kecil kereta sampailah sebesar-besar Kereta.
Tapi benda ni jadi teruk bila aku dah habis sekolah menengah. Habis saja sekolah menengah aku terus ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Taylor’s College. Pada mulanya semuanya okay. Tahun pertama aku tinggal sendiri di rumah sewa. Tapi bila dah mula sem terakhir aku mula ponteng kelas selama tiga bulan. Setiap hari aku menangis macam orang gila tanpa sebab ! Berbulan-bulan aku diamkan diri. Mak tanya apa pun aku tak akan bersuara. Sampai tahap mak aku maki aku sebab tak pernah bercakap. Mak aku cuba berubat tapi tak jadi apa. Selepas tiga bulan berlalu akhirnya lecturer aku call mak dan ayah aku. Oh 11 hari sebelum lecturer call parents aku, berat aku turun 5kg dalam masa 11 hari. Kaki aku lemah tak mampu nak jalan, mata jadi gelap. Akhirnya aku berhenti belajar.
Beberapa bulan selepas tu, aku sambung belajar di tempat yang berbeza. Aku bahagia dan ada ramai kawan. Aku suka sangat belajar. Kawan-kawan cakap aku genius haha kelakar tapi ada lah bangga sikit. Aku belajar course accounting selama dua tahun setengah. Tapi, satu semester sebelum aku tamat pengajian, benda sama berulang lagi. Aku mula menangis, ponteng kelas, ponteng exam dan akhirnya aku terpaksa repeat paper yang sama berkali-kali tanpa mak ayah aku tahu. Aku belajar mak ayah tanggung 100%. Setiap malam sebelum kelas aku akan menangis dan nak bunuh diri. Part ni tak ada orang tahu. Dan aku tak ada kawan yang nak dengar semua ni. Ya sorang pun tak ada. Apalagi kekasih memang aku tak minat nak bercinta.
Aku start belajar tahun 2013. Sekarang dah pertengahan 2017. Aku berhenti belajar di tempat kedua dengan hanya 6 mata pelajaran yang tinggal kerana depresi yang melampau, bukan kerana balajar tu susah. Sekarang aku dah mula kerja dengan ayah aku dan dalam proses berubat dengan ustaz-ustaz. Rupa-rupanya ramai yang hantar benda tak elok aka hantu sebab tak puas hati anak-anak ayah aku ni cerdik-cerdik, pakai kereta mewah, manjakan anak-anak dan lain-lain. Ustaz ni cakap dia buat aku jadi tak suka belajar or kerja dan kalau aku dah kahwin nanti, orang tu akan buat hidup aku tak bahagia jugak. Tapi bukan tu yang aku risaukan. Aku rindu nak belajar. Impian aku nak belajar sampai ke luar negara. Aku nak mula dari awal tapi umur dah 22 lah nanti bila nak habis. Lagipun mak ayah nak aku kahwin dalam masa satu atau dua tahun lagi walaupun belum jumpa jodoh. Aku redha walaupun aku tahu aku akan menyesal sebab tak sambung belajar balik.
Benda tu tak berhenti dekat aku je. Adik aku pulak masuk university. Satu semester terakhir dan dia terkena benda yang sama. Jenis adik aku, dia stress dia cerita dekat mak aku so mak aku buat apa yang mampu untuk tolong dia. Tapi sebelum start berubat, sebulan dia tak boleh jumpa keluarga, menangis tanpa sebab macam aku dulu dan kurang bercakap. Adik aku ni dia sedih dan stress je dia call mak aku sebab dia boleh nampak hantu-hantu tu. Orang yang buat dekat adik aku tu orang yang sama dan juga kawan-kawan baik dia. Ya! Kawan baik dari sekolah lama! Lelaki. Aku pulak jadi semakin tertekan sebab mak aku macam pilih kasih. Bila terjadi dekat adik, dikatanya adik tak macam tu, kesian adik. Tapi sampai sekarang dia salahkan aku sebab stress masa belajar dulu. Katanya aku memang pemalas.
Doakan orang yang buat keluarga aku macam ni bertaubat, hidup keluarga aku bahagia dan seandainya aku panjang umur, doakan aku dijodohkan dengan orang yang beriman Assalamualaikum
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit