Assalalamualaikum
Terima kasih andainya nukilan hati ini dipampang di iium confession untuk bacaan dan penilaian umum. Saya seorang pelajar IPTA, yang mengambil jurusan dimana setiap semester kami dikehendaki untuk membuat assignment secara berkumpulan. Dan atas ketetapan pihak fakulti, hampir setiap subjek itu telah menetapkan siap-siap siapa ahli kumpulan kami dan kebiasaannya akan mendapat ahli kumpulan yang sama lantaran group mate mengikut list name yang telah disusan menurut susunan abjad.
Dan sepertinya saya mendapat ahli kumpulan yang dia ini seorang naqibah dan selalu memegang jawatan penting didalam organisasi agama di university. Mantap bukan? Tapi saya hilang rasa kagum itu lantaran apabila tiba kerja assignment secara berkumpulan, dia selalu meberikan hasil kerja yang minimal dan apabila ahli kumpulan yang lain memberikan dedikasi yang penuh, dia sentiasa hadir dengan alasan-alasannya yang tersendiri maka tidak dapat memberi contribution sepertimananya orang lain. Orang lain juga adalah pelajar sepertinya dan juga memegang jawatan dalam organisasi lain dan juga pelajar yang diberi jumlah assignment yang sama banyak, tetapi kenapa dia seorang boleh menjadi terlalu sibuk untuk sama-sama bersusah payah dalam menyiapkan assignment.
Apabila pembentangan, dia hanya membentangkan bahagiannya secara dasar sahaja. Tiada pengkajian secara dalam mengenai bahagiannya. Mana saya tahu?Apabila ditanya pensyarah, semestinya dia tidak dapat jawab. Sedangkan bahagian sendiri dia tidak ambil pusing secara mendalam, apatah lagi topic-topic group mate yang lain, dibiarkan sahaja. Dengan lemah lembutnya sopan baik akhlaknya berkata ‘saya tidak tahu’. Masa awal2 masih tidak mengenalinya, saya tolong cover dan saya biasanya memang akan study semua slides pembentangan secara menyeluruh, tetapi sampai satu masa, saya sudah muak dengan alasan naqibah itu, maka bila tiba part dia, jika lecturer tanya, saya biarkan dia yang jawab. Memang terkulat-kulat. Geram saya.
Satu lagi halnya, naqibah ini selalu sahaja mahu disuap. Jika sesuatu bahagian assignment yang telah diberikan tidak difahaminya, dia terus lompat kepada konklusi bahawa dia tidak boleh buat kerja itu atau tidak tahu hendak buat. Jika persoalan itu diutarakan sebelum kerja di submit kepada lecturer, tentu sahaja kami ahli kumpulan yang lain boleh membantu, tetapi naqibah ini hanya mendiamkan diri sehinggalah saat perlu dihantar kerja itu kepada lecturer. Contoh yang paling jelas saya boleh bagi adalah,contohnya atas persetujuan bersama dia ditugaskan untuk menyiapkan bahagian discussion untuk laboratory report, wajarnya bahagian discussion adalah paling kurang satu muka surat tetapi dia hanya menyiapkan 5 ayat sahaja. Dan hal ini hanya diketahui hanya setelah report itu dihantar kepada lecturer (compiler pun masalah jugak tak tegur), apakah penilaian anda? Saya tanya dia kenapa hanya 5 ayat, alasannya, dia tidak tahu. Bukan kah memang normal untuk kita tidak tahu jawapan kepada permasahan yang diberi dan menjadi tugas kita untuk mencari dan mengkaji permasalahan tersebut, internet ada untuk membantu anda, atau kami kawan-kawan ada untuk melontar idea, kenapa tidak ditanya?kenapa mendiamkan diri? Kenapa oh kenapa?
Dan paling bengang bila golongan ini mendapat markah lagi tinggi daripada kita bila peperiksaan pertengahan atau akhir semester, membuatkan saya lagi bertambah bengang dengan golongan yang mengangap dirinya pembela agama padahal kamu menafikan hak kawan-kawan satu group kamu. Menjawablah kamu di akhirat nanti.
Awak mungkin Tanya kenapa tidak tegur?oh sudah tentu saya tegur dan selepas tahu perangai dia macam itu, naqibah ini menjadi ‘orang kesayangan’ saya dimana saya sentiasa evaluate kerja-kerja dia sebelum submit kepada lecturer. Walau busy mana saya sekalipun saya akan at least supervise kerja dia dulu. Ini pun satu hal, bila ditegur, dia akan jadi passive aggressive, dimana dia akan tetap ikut sepertinya saranan kita tetapi jika jadi apa2 dia akan salahkan kita walhal kerja dia itu, dah ditegur, masih lagi buat half heartedly, contoh dalam pembentangan, jika lecturer Tanya, lepas tu dia akan suruh kita jawab soalan tu, persoalannya, makna nya awak tidak faham la ye apa yang awak letak dalam slide itu? Kenapa menerima saranan saya sedangkan kita sebagai ahli kumpulan bersama, sama-sama brainstorm, berdiskusi dan bersoal jawab kalau ada yang beri saranan dan kita ragu-ragu dengannya. Tetapi sebab nak selamatkan markah kumpulan, tentulah jika saya tahu jawapan saya akan jawab juga akhirnya.
Seorang naqibah yang benar-benar naqibah adalah seorang yang bekerja keras dan bijak mengendalikan tanggungjawabnya dan memenuhi kerja-kerjanya dengan penuh amanah. Bukan hanya duduk terlangguk tepi pintu bersimpuh sopan ayu, ‘hai, sayalah naqibah yang berakhlak lemah lembut’ tetapi kamu sebenarnya malas dan tidak mahu berusaha. Golongan ini lah yang menyebabkan golongan ahli usrah dicop dengan pandangan-pandangan yang buruk. Golongan ini lah yang menyebabkan ramai yang baru berjinak dengan usrah, merasa tidak selesa untuk berada didalam kelompok usrah. Selayaknya, naqibah yang saya ceritakan ini, diturunkan jawatannya daripada naqibah kepada pencuci tandas setiap kali ada kem-kem keagamaan, supaya dia menjadi lebih rajin dan kuat.
Naqibah yang benar-benar naqiabah adalah seorang yang tidurnya sedikit, makannya sederhana, cergas dan cerdas. Naqibah yang sebenar adalah seorang yang proactive dan tidak lembap.
– maya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit