Narcicist Personality Disorder

Assalamualaikum. Nama saya Zaiton, berumur 40 tahun dah sudah berkahwin selama 15 tahun. Saya dikurniakan tiga cahaya mata, lelaki dan perempuan. 

Saya mengenali dengan suami sewaktu menghadiri kursus di tempat kerja. Saya dan suami bukanlah dari syarikat yang sama tapi bidang pekerjaan yang sama. 

Ketika mengenali suami, saya pada ketika itu masih dalam fasa meningkatkan kepakaran dalam bidang yang saya ceburi, maka mengenali lelaki untuk hubungan yang serious bukanlah keutamaan saya pada ketika itu. 

Walaupun begitu, pada kali kedua bertemu suami meluahkan perasaan untuk mengenali saya dengan lebih serious dan ingin memperisterikan saya.

Saya agak pelik pada ketika itu kerana kami baru mengenali satu sama lain, dan kedua-dua pertemuan adalah untuk makan berdua, di mana tempoh kami berkenalan mungkin kurang dari 6 jam. Setiap hari suami mendesak yang dia sangat-sangat cintakan saya walaupun saya rasa mustahil.

Penolakan demi penolakan, dan akhirnya saya bersetuju kerana kata-kata ibu saya, baik berkahwin dengan lelaki yang benar-benar cintakan kita daripada kita yang bersungguh-sungguh cintakan lelaki tersebut. 

Maka, berkahwinlah kami. Tetapi saya memberitahu suami untuk beri saya masa untuk sesuaikan diri sebab perasaan cinta tu tidak wujud lagi.

Setelah berkahwin, suami membawa saya berbulan madu di europe dan di sana, memandangkan kami cuma ada satu sama lain, sedikit demi sedikit timbul perasaan cinta. 

Balik malaysia, hubungan kami makin rapat. Suami berkerja di negeri lain, tetapi kami sentiasa berhubung antara satu sama lain, dan hubungan kami makin akrab.. Cinta menyintai, rindu merindui. 

Satu hari suami balik ke rumah saya. Tiada apa-apa yang berubah, seperti biasa, apabila suami balik, saya akan berasa sangat gembira. Kami akan menonton movie, mencuba makan di restaurant-resraurant mewah, swimming dan kadang-kadang going for a short vacation.

Dalam saya sangat gembira itu, saya terjumpa text-text suami saya dengan seorang perempuan dan salah satu text mereka, perempuan itu bertanya isteri tak marah ke selalu text dia? Dan jawab suami, tidak. Dia ok saja. 

Hancur nya hati saya, berdebar-debar dan saya terus confront my husband, asking for clarification. Suami terkejut, dan cuba merampas telefon dia dari tangan saya dan terus uninstalled facebook messenger. And I was like…. What?? Suami tidak mahu bercakap apa-apa dan terus keluar rumah.

Saya menelefon ibu dengan tangisan dan ibu dan bapa saya terus menuju ke rumah saya untuk menenangkan, sambil bapa saya menelefon suami meminta dia balik and explain what is happening. 

Tidak lama kemudian, suami balik, dan menjawab tak ada pun message, buat- buat tak faham, buat- buat bodoh, dan rupanya sewaktu keluar rumah, dia terus delete all the text etc supaya tak ada bahan bukti.

He kept on denying that I lost my temper and I slapped him… That is first time in my life slapping person. His reaction yang buat- buat tak tau, and trying to prove to my parents he didn’t even understand what I’m referring to make me really angry.

Fast forward, after separation dan nasihat daripada both families, saya bersetuju untuk memberi peluang sekali lagi kepada suami dengan pelbagai syarat.

Saya mengandung anak pertama, saya rasa hidup sekali lagi sangat bahagia.. Suami sayang kan saya, dan anak.. Banyak membantu kerja-kerja rumah, dan kerjaya saya semakin baik. 

Suatu hari, suami tidur, dan telefon dia dicharge di luar. Saya pada masa itu tengah menonton movie di luar bilik.. Tepat midnight, banyak text masuk telefon suami saya.

Saya pada mulanya tidak peduli dan tengah nak masuk bilik tidur.. Tetapi timbul di hati, eh, ntah2 ada family emergency.. Better gi tengok.. 

Hancur luluh nya hati saya.. Message tersebut daripada pekerja suami dan message dia more like flirting type message. Sekali lagi hati saya berdebar-debar, tangan saya menggigil.. Tapi saya cuba bersabar.

Saya cuba bertenang dan saya akan confront dia esok hari. Tapi lesson learnt from previous incident, saya copy all the text to my email as a proof. 

Esok nya saya bertanya suami, is there anything that you think u want to tell me? And he said.. No.. Why? I asked again, is there anything you hide from me, or something like what u did previously?

And he said. In calmly manners, nk.. Nothing. Why tetiba? And he said, I’ve learnt my lesson and I won’t betrayed your trust anymore. I asked about this text.. From xxx.. He said, nothing.. We only talked about work related.. And offered me his phone if saya nak tengok.

Patut lah relax, dah delete rupanya. Then I said, I have made a copy of your conversation with her, let me read… Dah terkantoi, he was so gelabah, started to raise his voices and… Left me… Again!

Since I knew that girl, I made a phone call to her, and sama jugak.. Gelabah.. Dan menangis, and she blamed my husband who started it.

Selepas berhari2, berminggu2 tekanan perasaan, menangis mengenang how he betrayed my trust, and wondering why he did it again.. And with us having kid together.. So at the end, I made my decision, saya nak divorce.

He couldnt take it, dan saya pun dah pack all his stuff and letak luar rumah. Rumah tu adalah rumah saya. Then dia start called both parents mintak tolong supaya saya tak teruskan fail penceraian, dan seperti biasa, ibu bapa akan nasihatkan saya untuk tidak bercerai demi anak.

Kata mak saya, tak ada rumah tangga yang perfect, happy.. Semua rumah tangga macam ni. Kita kena bersabar. Setelah beberapa lama berpisah, akhirnya saya setuju untuk memberi peluang ke 2. For me, this must be final.

Suami bersumpah menyesal dan tak akan membuat lagi benda macam tu. Saya pula terus membaiki diri dari segi kerjaya, mengurus anak-anak dan menjaga penampilan.

Hubungan kami ok. Nak kata sangat bahagia pun tak. Saya pun dah tak manja dan beribkasih sayang macam dulu sebab hati dah berbekas kan.. Dan lebih berhati- hati sebab tak nak merasai lagi kesakitan di curangi suami. 

Satu hari saya di naikkan pangkat menjadi partnership. Saya sangat gembira dengan kejayaan itu, begitu juga dengan ibu bapa dan anak- anak. Suami saya pun sangat gembira, saya ingat lagi betapa bangganya dia dengan kejayaan saya.

Kenaikan pangkat itu bermakna structure economy keluarga kami akan meningkat. Gaji saya besar, berganda dari gaji suami. 

Walaupun begitu, saya seorang yang humble dan tidak suka menunjuk- nunjuk dengan suami sebab saya tak nak dia terasa hati. Dia tanya gaji, saya cakap lebih kurang apa yang you dapat now. Dia tanya bonus, saya tak cakap benda betul, supaya suami tidak rasa rendah diri. 

Segala- galanya berjalan seperti biasa, kecuali scope kerja saya bertambah. Saya terpaksa kerja lebih masa di rumah kerana di pejabat, masa banyak dihabiskan di mesyuarat. Suami pula nampak lebih bersungguh- sungguh kerja, dan sangat sibuk, banyak meeting, banyak stay at office sampai akhir malam.

Apabila saya bertanya, jawapan suami, I don’t complain about your work, so please respect me. You are not in position to ask me what I’m doing. 

Kecil hati saya di jawab macam tu.. Ada saja cara lebih positive untuk menjawab, dan bagitau saja lah kenapa tiba-tiba banyak kerja dan selalu balik lewat.. 

Saya merajuk, tapi yang pelik, suami lagi merajuk.. Sampai tak masuk tidur bilik, and slept in guest room. He stopped communicate with me, no text, no call, and silent treatment. Bukan sehari, bukan dua hari..

Sampai 3 bulan saya dah tak dapat tahan.. Saya cakap, what have I done that I deserved this silent treatment from you? And if I don’t ask and talk to you now, you just keep continue your silent treatment.

Saya bagitau saya jadi depression, high blood pressure, stress, sakit kepala sampai performance kerja saya menurun. Saya baru dinaikkan pangkat, tapi, prestasi menurun. 

Lepas tu… Dia tetap senyap… Silent treatment… Continue. Akhirnya saya meminta cerai. Saya pergi jabatan islam, isi form memohon cerai, dan meninggu tindakan selanjutnya. Pihak jabatan islam ada menelefon suami beberapa kali tetapi gagal.

Saya jadi confused. Suami tidak bercakap, saya di neglect emotionally, mentally, physically, tapi tidak mahu cerai. Jadi apa yang dia nak.

Sekali lagi saya confront… Dan pelbagai luahan hati, akhirnya kami berbaik. Kali ni, saya macam ada a bit of distance dengan suami. Sebab lepas berbaik, things back to normal.

Suami dah tak seromantik dulu, tak ada keluar makan, tak ada short vacation, suami cuma focus kerja dan anak2. Tak ada tengok netflix bersama… Yang mana saya tak nampak effort dia untuk baiki hubungan. Communication pun limit pasal anak2 saja dan jadual outstation kami. 

Satu hari, saya sangat penat berkerja, berjaga malam siapkan kerja dan saya sakit. Saya menelefon suami yang mana saya ingat kan dia akan balik utk membawa saya ke hospital. Alangkah sedihnya saya, suami balik cuma lepas 3 jam kemudian. 

Dia datang dengan marah, menjerit kearah saya yang menyusahkan dia.. Dan dalam jerit itu, dia belittled saya, dia cakap saya tamak nak buat kerja lebih masa supaya cepat lagi naik pangkat…

Dia cakap saya tak patut berkerja dan dia start nak control outstation saya supaya saya spend more time di rumah.. Terlalu banyak tuduhan dia.. 

Saya yang tengah sakit… Jadi lagi lemah. Dan dia terus keluar bilik dan tak pedulikan makan minum saya yang sakit demam. Saya sedih sangat.

Akhirnya saya menelefon kawan minta tolong bawakan saya ke hospital. Kawan saya datang dan dia lagi mengamok cakap saya nak bagi semua org tau pasal dia..

Saya cakap, saya demam, saya haus, tekak sakit… Saya nak minum, dan nak pergi hospital saja.. Dia lagi mengamok dan tak benarkan saya keluar.. Kawan saya terpaksa balik macam tu saja dengan rasa risau. 

Lepas tu suami bg makan, tapi dengan kasar dan baling-baling pinggan. Saya tak dapat makan, rasa tekak saya sempit di buat macam tu… Saya menangis. 

Suami saya marah bila saya tak makan, dan cakap menyusahkan dia.. Pelbagai mental torture and abusive words he used. Akhirnya saya melarikan diri ke hotel bila suami saya keluar.. 

Ketika saya melarikan diri beberapa hari, saya ingat kan suami akan mencari saya.. Tapi tidak pun.. Saya sangat rasa neglected, no care and love in this marriage.. I didn’t show up in office for quite some times and just hiding to find my own peace. 

Akhirnya, lepas saya sembuh, bertenaga, sekali lagi saya minta cerai. Dan suami lebih gila lagi… Dia cakap.. It is a game for I, asking divorce many times?

I said, I don’t want this, but u don’t even care of me, u hate me, and I don’t see any positive future in this marriage. 

Dan suami started to twist story, blaming me for everything… And make me even more sad.. Ended up, I had depression, with blood pressure spike up. At hospital, suami didn’t stop, blaming me, telling me how bad I m… Until doctors have to ask him to leave. 

And until now… This things sentiasa repeated.. No divorce, and no happiness as well. No one can help.. And people just giving their opinion and support via words, and not in action.. I’m still not sure what is going to happen to my future.. How 2025 going to look like.

Husband still in silent mode with me, blocked me in whatsapp. We still stay in same house, just that different room. I eat on my own, I don’t go much downstairs to avoid him.. My parents this time, cakap it is up to me to decide. 

I honestly want divorce, tapi at same time I m afraid of living alone as single mother with my 3 kids. My husband still in every conversation blame me for everything and twist the stories so I look at it as it is my fault..

Sampai sekarang saya tak clear, apa salah saya? Naik pangkat, jadi partnership? Tu salah ke? With me become down, my husband become more positive and sangat bersemangat dan focus with his career. Dia jadi sangat tekun.

Tapi with me, there is nothing change in his behaviors. Saya cakap kalau you takde perubahan, I don’t see why we are in this marriage.

Jawapan dia, changes can’t happen in a day. It takes longer to change. Then I said, ok, but to start with, communicate face to face, not via text. Alasan dia, tak tau bila saya free..

Saya cakap. Tu lah perlu communicate. You can ask me when I’m free. Utk kita bercakap berdua, heart to heart. Tapi takde apa berubah lepas tu. 

Saya sangat rasa sunyi, empty, stress, depress. Jumpa pakar psikologi , doctor tu cakap, my husband is a narcissist. He can’t see you are more successful then him. He want people to adore him etc.

I asked my doctor, what should I do? And her answer is… Just leave him. He will keep on mentally , emotionally abuse you, and can go to physically, financially and spiritually. 

What should I do? Leave him? But then.. I m scared… What if.. 

It is not the right decision. I want the old him to come back… But.. It seems the old him… Mcm never exist. I also don’t know if he loves me.. Or not. But degil tak nak berubah, mcm not love me… So awal- awal kawen dulu… Is what? Pretending?

Saya minta bercakap dengan saya – dia tak nak buat.

Saya minta dia jumpa doctor psychology, dia cakap, nothing wrong with him.. It is me who are crazy.

Saya minta dia buat saya jatuh hati kat dia macam dulu, dia cakap so you’re telling me, I’m not the man that you want.. Are you having affair with anyone.. Omg! Still accused me !

What should I do? Remain in this marriage, I yang suffer, but if I bercerai, I jugak yang sedih.. 

Help me… Please…. 

– Zaiton (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *