Assalamualaikum wbt. Terima kasih kalau tulisan aku ni disiarkan. Harap dapat dijadikan panduan dan pengajaran kepada sekalian umat yang membaca.
Aku juga sangat mengalu-alukan perkongsian dan pendapat daripada semua yang membaca. Aku percaya di luar sana lebih ramai manusia yang mempunyai perkongsian dan tulisan yang bernas untuk tatapan orang lain nanti. InshaaAllah.
Berbalik kepada tajuk di atas, sejujurnya aku adalah manusia yang paling malas dan terpaling tak berminat untuk mengikuti sebarang posting yang semata-mata demi content dan views.
Kalau ada posting yang aku rasa ‘menyampah’ atau tak bermanfaat, aku akan ignore dan teruskan hidup macam biasa tanpa sebarang komen untuk ditinggalkan.
Kerana aku percaya, jika seseorang itu memang ingin menunjukkan sesuatu kepada umum, kau komen lah macam mana pun. Dia akan tetap act chill dan tak ambil peduli, kerana dia adalah seorang narcissist yang kental.
Baru-baru ni timeline aku penuh dengan posting berkenaan seorang bestfriend yang dikatakan terpaling rare & terpaling menyayangi sahabatnya di atas muka bumi ini. Sehinggakan beliau berkongsi video perjalanan dari awal hingga akhir hayat arwah sahabatnya di dunia ini.
Tengok sahaja nama beliau sebagai owner video tersebut, aku terus ignore. Tak berminat langsung nak tengok. Tapi apabila twitter aku dibanjiri dengan scene video tersebut, aku jadi triggered.
Serius lah kau rakam everything di hari pengebumian arwah sahabat baik kau sendiri? Everything? Allah, mengucap panjang aku. DEMI SEBUAH CONTENT.
Logik akalnya, bila ada orang tersayang yang meninggal, kau akan ada masa tak untuk pikir kronologi video in the making? Baju apa nak pakai? Angle mana nak shoot? Hatta cara jalan catwalk di airport? Are you sick brother? Apa yang kau nak tunjuk sebenarnya.
Jangan bidas komen follower dengan memaklumkan ilmu agama kau cetek dan tak tiba-tiba jadi tak panjang akal untuk tahu boleh ke tak kau melakukan seperti ini.
Dengan pengalaman sosial media kau yang bertahun-tahun diikuti surprise sana sini, aku sangat yakin kau boleh google sahaja ‘Hukum merakam perbuatan pengebumian di kubur’.
Kalau jari kau seberat itu untuk mengkaji hukumnya, aku akan share untuk pengetahuan semua yang membaca.
Soalan:
Assalamualaikum W.B.T. Sesetengah masyarakat kita yang gemar mengambil dan menyebarkan gambar mangsa kemalangan atau kes tertentu di media sosial, apakah hukum perbuatan ini dari perspektif agama?
Ringkasan Jawapan:
Perbuatan menyebarkan gambar mayat orang yang meninggal dunia adalah haram kerana ia boleh mendedahkan aib si mati dan menyakiti hati keluarga waris.
Apatah lagi sekiranya keadaan mayat tersebut yang agak tidak sempurna seperti terdedah aurat, tertanggal anggota tubuh dari badan kerana Islam melarang umatnya mendedahkan aurat dan ia boleh menjatuhkan kehormatan si mati.
Selain itu ia boleh mendatangkan trauma kepada keluarga si mati dan boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini.
Justeru, perbuatan menyebarkan gambar mayat yang meninggal dunia perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan etika, moral dan akhlak Islam.
Di samping itu, individu yang melakukan perbuatan ini juga harus diambil tindakan tegas agar fenomena ini tidak berleluasa dalam masyarakat.
Huraian Jawapan:
Waalaikumussalam W.B.T. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam.
Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Maksudnya: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.
Riwayat al-Bukhari (13) dan Muslim (45)
CUKUP. Aku sangat yakin semua orang mampu untuk cari sendiri apa sahaja maklumat di internet.
Cuma kau kental atau tak sahaja untuk terima kenyataan bahawa perbuatan kau demi sebuah content itu adalah salah, namun disebabkan kau seorang narcissist, apa yang penting adalah DIRI KAU SAHAJA.
Kau lah yang perlu ditonjolkan dalam video itu. Kau lah hero yang perlu dijadikan idola kepada kawan-kawan baik di dunia ini, kau lah segalanya. Arwah kawan kau bukan objektif content kau. Yang penting adalah KAU.
Jangan cakap aku negative. Tidak. Ini adalah common sense. Ini adalah tentang cara berfikir dan tahu batas-batas dalam berkongsi content.
Jika ditakdirkan ada ahli keluarga aku yang meninggal, dan wujudnya manusia seperti kau di tempat pengebumian merakam detik-detik kesedihan itu, percayalah aku akan secara baik nya menghantar kau dan videographer dan sesiapa sahaja yang kau lantik untuk merakam video,
Hantar ke tempat paling jauh supaya kedatangan & perbuatan kau tidak mengganggu emosi ahli keluarga yang lain.
‘Tapi video ni untuk kenangan, untuk pengajaran”.
Ciri-ciri narcissist tu sangat ditonjolkan dalam setiap video kau bro. It’s all about YOU. Kau buat lah apa content sekalipun, objektif nya hanya lah KAU. KAU lah yang ingin ditonjolkan dalam video tu.
Wahai pembaca sekalian, ketahuilah. Jangan lah jadi hamba sosial media. Jangan lah sehingga sanggup ketepikan batas-batas hanya untuk menjadi tontonan orang ramai dan demi meraih pujian.
Jangan lah sehari-harian hidupmu hanya untuk berfikir ápa yang aku nak post esok, lusa dan sebulan yang akan datang”. Jangan. Hidup lah dalam kesederhanaan. Buat lah sesuatu tu untuk diri sendiri, buat untuk tatapan orang lain semata-mata.
Be humble. Be exclusive.
Cukup lah setakat ini sahaja tulisan aku. Diingatkan, aku bukan insan yang cemburu. Bukan. Aku hanyalah seorang insan yang masih waras. Yang masih boleh berpikir buruk baiknya. Apa yang sesuai dijadikan perkongsian, apa yang tidak.
Last sekali, aku mewakili kepada semua kawan-kawan baik yang ada di luar sana, andai kata ajal menjemputku, aku merayu jangan lah rakam perjalanan pengebumian ku. Aku hanya mohon doa sahaja.
Sesungguhnya setiap kebaikan dan doa yang dilakukan dalam keadaan orang lain tidak mengetahuinya, adalah jauh lebih baik dari yang ingin dipertontonkan.
Sekian. Terima kasih.
– AJK Jabatan Netizen yang waras (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit