Narcissist Yang Baran

Hai semua. Nama ku Si Lilin. Post ini aku tulis semasa aku tengah emosional.

Ya, aku hanya dapat luahkan kata-kata bila aku emosional. Bila aku rasional, aku takkan ingat dah sebab aku mudah lupa dan paksa untuk ikhlas. Jadi lebih baik aku tulis sekarang sebelum point-point aku hilang.

Penatnya aku nak menghadap narcist yang baran. Ya, dahlah narcist, baran diaaa.. ya rabbi. Sebelum tu, sedikit pengenalan aku dan suami.

Kami berdua berkahwin atas dasar suka sama suka, berasal dari keluarga sederhana senang dan kami berdua golongan professional.

Aku kerja government dan suami swasta. Komitmen berdua tinggi sebab banyak bantu keluarga. Ok itu chapter lain.

Suami anak sulung. Lepas kahwin aku perhati cara parents dia didik adalah dengan sentiasa mengalah pada apa jua keputusannya tapi bare in mind, ibu dia lagilah queen control dalam rumahtangga.

Dan dia anak yang patuh pada setiap keputusan ibu dia. Cuma aku tabik dengan cerdiknya suami aku balance kan antara mak dia dan aku.

Ok, itu chapter yang lain pula.

Baran suami ni, lebih pada tajamnya kata-kata dan nada lah. Suaranya bila tengking anak-anak, aku rasa kalau pintu rumah ni terbuka, maunya sampai dengar ke rumah jiran yang ke 10 sana suaranya.

Malunya aku, segan dengan jiran. Harapnya jiran kiri kanan sahajalah yang dengar. Bila suaranya dah jadi petir, aku cepat-cepat tutup tingkap dan pintu kalau terbuka. Nak jaga aib.

Suami di luar karakternya sangat berbeza. Kalau orang jumpa dia akan rasa semacam.. “wow.. hebatnya,banyak ilmunya, baiknya” haaaa gitu. Ala-ala pijak semut tak mati.

Tapi di rumah, time baik, ok lah, memang lah baik. Dengan jiran lagi satu hal, sebelum ni ada isu sikit dengan jiran sebelah kanan, habis sampai ke semua jiran dia dingin. Hmmm, dah aku malu juga hal ni. Ok, chapter lain la pula kalau yang ni.

Ok, di rumah pula. Pantang anak tersalah ubah sikit barang dia, dah berpetir. Tak masuk lagi salah kemas barang ke, tumpah air ke, berpetir lah rumah. Dulu aku boleh terima.. sabar aje. Time dia marah, aku senyap.

Aku ini boleh kata empathy tinggi. Yakin masa boleh mengubah dengan kesabaran yang aku ada. Berkali-kali nasihat dah bagi. Timing kena betul bila nak bagi nasihat,kalau tak nahaslah aku yang kena marah balik.

See? Narcist betul. Time nasihat bila tengah baik-baik dengarlah sekejap. Alasannya ialah dulu dah banyak berubah dah dengan sekarang.

Aku cuma perlukan terus bersabar dengan baran dia.

Hahaha.. aku rasa nak hilang sabar weyh masuk ke 14 tahun kahwin ini. Aku dah selalu burn out, terjerit-jerit dah bila marah. Mana dengan anak sulung yang dah turun pengarai baran pak dia. Aku kena hadap dua orang dah di rumah ni.

Entahlah. Harini anniversary aku yang ke 14. Sedekad lebih dah, bukan sekejap masa. Aku sedih.. tau sebab apa? Normal ke aku rasa macam nak sambut di mana-mana or apa-apa je lah, asalkan sikit sambutan.

Tak mahal tak pe..tapi sambutlah sikit. Dah bagitau, tapi jawapan dia “entahlah, style abang tak perlu sambut pun. Cukuplah wish sahaja.”

Ok baik. Dah la.. tawar hati. Rasa nak senyap dan lari jauh-jauh. Mungkin ke masjid lepas ini. Sebab tahu.. dengan manusia kita akan rasa kecewa. Dengan Allah takkan kecewa.

Antara benda aku tawar hati ialah. Rumah kami join loan, kereta dua biji aku yang bayar sekarang.

Belanja makan memang aku ada keluar, bil air api aku yang bayar. Dia cover bayar untuk life takaful aku RM300 untuk cover bayaran join loan rumah if anything happened padaku.

Sebulan aku hanya dapat RM100 untuk nafkah.. duit untuk parentsnya memang lebih dariku walaupun keduanya pesara kerajaan. Yelah, sebab aku gaji jauh lebih besar darinya.

Tak nafi.. portion gajinya memang almost untuk keluarga ini, yuran anak semua dia settle. Time aku takde masalah, aku happy ja tolong semua.

Time aku kena marah sebab baran dia, aku rasa nak mengungkit. Dan bukanlah nak meninggi diri, kalau aku angkat kaki, ia adalah berbaloi, mungkin lebih senang dan tenang. (Ok syaitan dok cucuk aku yang ni sekarang).

Cuma anak-anak.. ya anak-anaklah akan berperang perasaan tengok mak ayah tak bersama.

Aku penat. Dengan kerja, kerja di rumah lagi, perasaan ini lagi. Normal ke tak aku ni sekarang?

Entahlah.. aku buntu wey. Tolonglah aku. Bagilah nasihat kat aku.

Si Lilin yang terbakar.

– Si Lilin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *