N4rcissistic Abuse Survivor

Thank you admin sudi siarkan. First of all.. Aku Izzah Hanani (bukan nama sebenar). Aku nak berkongsi macam mana aku hadapi abuse dan jalani proses recover selepas aku kena abuse.

Aku bekas tunangan orang. Which is mangsa kepada seorang narcissistic person. Aku ingat lagi episod aku di torture oleh bekas tunang aku dah hampir dua ke tiga tahun rasanya semua tu berlalu..

Kadang kadang aku bersyukur Allah selamatkan aku and keluarkan aku dari ujian tu. Alhamdulillah. Kadang rindu tu ada memang tak lari dari hati. Rindu pada bayangan/karakter yang si narcs ni cipta.

Bercerita tentang narcissistic abuse yang berlaku pada aku ni banyak membuatkan aku keluar air mata bila teringat. Sampai sekrang masih ada sisa sisa sakit tu.

Kesan dia brainwash aku, silent treatment, control my relationship dengan orang and family, and control my social life banyak buat hidup aku tak normal macam sebelum aku jumpa dia (which is aku happy & carefree).

Lepas aku keluar dari hubungan toksik ni, aku hilang sense of humour aku lepas aku kenal dia. Aku lupa macam mana nak ketawa. Sebab dia selalu condemn aku. Apa yang aku buat, apa yang aku makan atau apa yang aku suka dia akan condemn.

Perkenalan singkat dengan seorang lelaki bernama Aerol ni (bukan nama sebenar), cukup buatkan aku trauma. Tak lama lepas kenal, dia beria ajak aku kahwin.

Long story short, aku proceed and terima dia sebab pada kaca mata kasar, dia nampak baik (fasa love bombing) dan umur aku juga sudah sesuai berkahwin dan aku sudah stable..

Banyak juga janji dia dekat aku. Nak jaga aku dan sebagainya… bila fikir semula, aku baru perasan, dia cuma guna ayat manis/agama untuk dapatkan supply dia.. Sebagai modus operandi.

Sembang tak kalah, yang baik semuanya dia. Dia nak orang kagum padanya dengan cara dia meng ‘humble’ kan diri dia.. Keep humble bragging.

Ada masa dia agungkan kejayaan dia sebab nak orang puji. Siapa tak percaya kan jika orang gunakan ayat ayat agama + berperwatakan humble untuk nasihat (mulut manis) and tenangkan hati kita pada awalnya? Tambah tambah bila kita perempuan lagi senang untuk nak percaya orang.

Dari awal perkenalan, ada masa, aku terasa lah macam ada dual personality in his body. Tapi… aku takut aku bersangka buruk pulak dengan dia time tu.

So, aku ignore je. Husnudzhon sgt time tu, sebab time tu aku fikir, ada masa dia masih layan aku macam orang yang sangat berharga dalam hidup dia. Sampai kalau dia marah marah atau kasar kasar ke time tu, aku rasa “biasalah”, “takpelah, mungkin dia stress”

Aku cuba tolerate. Aku fikir, kalau nak terima pasangan kita untuk jadi teman sehidup semati, kena la terima juga buruknya sekali sebab tak ada yang sempurna kan?

Ada masa tu, out of the blue, dia akan dingin. Selalu marah2 aku. Macam punching bag. Aku memang bukan yang cepat melatah. Kalau betul aku bila aku buat salah, memang aku akan minta maaf.

Tapi tiap tiap kali dia marah aku bukan sebab dari kesalahan aku, memang aku ambil inisiatif untuk tanya sekiranya ada apa apa yang boleh kita bincang dan baiki, tapi dia cakap tak ada. Mode ‘sweet’ dan ‘cold’ tu memang berselang seli.

Setiap kali dia timbulkan pergaduhan, tiba tiba dia cover balik dengan give a lot of excuses cakap (dia nak mati la, hidup tak lama lah, ada masalah kerja, family dll) — manipulation tactic sebab nak bagi aku rasa bersalah and lupa pada salah dia yang berkasar dan tuduh aku.

Ada sekali dua minta maaf, tapi dia buat lagi.

Dia pernah panggil aku perempuan murahan.. Aku, bakal isteri dia sendiri. Sedangkan aku menjaga diri aku sebaik baiknya. Macam tu je dia jatuhkan maruah aku.

At first, aku cuba faham keadaan dia.. Sebab aku bukan style nak control orang.. Aku always listen to understand. Family aku pun bukan jenis yang controlling.

Setiap kali dia cakap hal masalah dia, aku dengar sebaiknya. Aku selalu bagi masa kalau dia nak bercakap and contact aku. Tapi bila turn aku tengah susah, down, dia buat hati kering walaupun dia tahu aku tengah susah. Dia bukan pendengar yang baik.

Belum sempat aku nak cakap, dia siap marah aku. Dia cuma cari aku bila perlu.

Dengan dia, this ‘hot-cold cycle’ keep repeated. Sampai aku terdevelop trauma bond (sanggup bertahan dengan apa yang dia buat walaupun buruk).

Time tu, aku jadi keliru tak tahu dia ni baik ke jahat sebenarnya? Kenapa bila dengan aku dia kasar/heartless? Kenapa dengan orang lain dia macam angel? Kenapa orang cakap dia baik? Kenapa dengan aku dia tak macam tu?

Sebab tak tahan dia asyik manipulate, gaslight aku, aku pernah slow talk, minta putuskan pertunangan kalau dia tak nak aku. Tapi dia akan cakap dia nak proceed dengan aku.

Prinsip aku waktu tu. Kalau aku tahu dia tak perlukan aku, aku tau mana jalan yang aku boleh pergi, open the door for me.

Jangan acuh tak acuh, simpan aku, lepas tu downgrade aku, devalue aku. (which means, its okay if we end it here, just let me know). Better tamatkan sebelum pergi lagi jauh kan? Tapi dia berkeras nak aku.

Tapi bila aku bagi peluang, dia layan aku macam sampah. Terikat atas dasar tunang.

Ada satu masa, dah bertunang, semasa hubungan kami tengah happy, dia bagi rule dekat aku, jangan contact dia selama 4-5 bulan sebab dia mahu fokus kerja. Katanya dia baru naik pangkat.

Aku okay. Aku respect amount of time he needs. Sebab aku tahu, dia tengah susah cari duit nak halalkan aku.

Dan aku jugak tahu, kalau aku ter langgar rules dia, dia akan naik hantu and control aku dengan silent treatment and mind games. Sebab aku pernah kena.

Silent treatment dgn treatment (bukan setakat berjam, malah berhari -hari). Tu memang makanan dia ye. Aku tak boleh tersilap cakap sedikit pun. Aku hanya boleh dengar, and my opinion is not valid at all sebab aku perempuan.

Itu tak termasuk part dia block aku tetibe. Sampai aku keep second guessing my thoughts and blaming myself. I was like “kenapa pulak ni? “, ” aku ada buat salah ke? “. Sampai aku tak tidur malam cuba pujuk dia. Tapi dia still cold tanpa sebab.

Aku pula style yang tak nak cari masalah. Sepanjang 4-5 bulan tu, dia ignore aku macam aku bukan tunang dia. Aku masih bersabar time tu.

Kalau rindu, aku hanya boleh tengok last seen dia. Dia cakap aku tak boleh mesej dia, tak boleh call and tak boleh cari family dia , tak boleh datang jumpa dan tak boleh like atau komen di mana mana medsos dia walaupun aku nampak dia komen dan online dalam tempoh ni.

Nanti dia akan cari aku balik. Siap cakap take care kat aku. Dia janji akan datang balik. (ni yang buat aku confused).

Aku jadi banyak diam. Bila malam aku keluar dari rumah mak ayah aku pegi heal dekat masjid. Sampai orang jemaah dah balik aku masih lagi menangis kat dalam tu.

Tengok je cincin tunang, aku cried out loud. Sebab aku tak nak mak ayah aku nampak aku tengah sedih. Nangis puas puas kat luar, baru aku balik rumah.

Time ni aku sangat terasa dengan dia sampai berat badan aku susut. 6-7 bulan aku kurung diri dalam bilik. Cuma bangun solat, pergi kerja, balik nangis sampai tertidur. Aku rasa aku ni tunang dia, sikit bulan lagi nak kahwin.

Dia yang cakap pada aku yang dia sayangkan aku, dia yang ajak aku kahwin dan aku pun sayang dia, dia dah plan everything about our marriage, kids, about future (this is future faking) . Tapi end up dia sanggup buat macam ni. Kalau tak nak cakap tak nak. Jangan hanging aku.

Diabaikan semacam tu. Dari periang sampai aku cengkung dan murung. Time dia buat aku camtu, aku masih cover apa yang dia buat dari pengetahuan kedua dua family kami.

Kalau mak ayah aku atau mak ayah dia tanya, aku cakap “okay je”. Sebab tak nak mak ayah aku susah hati. Sedikit buruk tentang dia pun aku tak ceritakan pada parents aku atau parents dia.

Aku sampai terfikir, orang lain pun bekerja, tapi masih ada masa untuk orang yang dia sayang. Hatta perdana menteri, pilot, angkasawan pun.

Hari hari aku nangis, sampai terpaksa dapatkan rawatan, (MDD + anxiety). Walaupun aku bertudung litup, mengaji alquran almost everyday, masih tak dapat tahan diri dari nak bunuh diri.

Adik aku nampak keadaan aku teruk time tu, the he said, “angah, jom kita gi cari dia. Biar aku ajar dia”. Adik aku je time tu lah jadi penguat aku.

Mungkin orang akan tanya kan nape tak blah je kan? It’s not easy. Cuba tanya mangsa narcs yang lain. Time ni walaupun aku dah tahu permainan dia.

Cuma aku tak tau macam mana nak escape dari hubungan tu sebab cognitive dissonance (keliru) & trauma bonded. (rasa sayang pada pembuli).

Lagi lagi keluarga dia and keluarga aku tak tahu tentang perangai sebenar dia. Lagi susah aku nak yakinkan orang sekeliling aku sebab depan mak ayah kami, tunang aku sangat baik. Tersangat baik.

Selepas beberapa bulan, dia datang lagi, time ni kadang dia buat macam dia tak salah, kadang dia mula tuduh aku macam macam, aku rasa dia tengah compare aku dengan sesuatu (devalue phase).

Tapi time tu aku tak tahu apa benda atau siapa. Tapi gerak hati aku tiap tiap istikharah selalu rasa tak tenang/ tak sedap. Tapi aku masih lagi husnudzhon sebab dia pernah cakap dia tak layan orang perempuan. Lagikan dia asyik cakap pasal agama, aku masih la ada sisa2 percaya tu.

Dia keep cari kesalahan aku walaupun aku dah cuba jadi yang terbaik mengikut apa yang dia harap and nak aku buat.

Waktu tu aku bodoh dan tak tahu apa yang dia buat dibelakang aku. Aku ingat aku memang bersalah dalam hal ni. Aku asyik minta maaf, most of the time aku asyik terfikir apa salah aku kat dia sampai dia ignore aku berbulan.

Disebabkan mental aku teruk kena torture, aku terpaksa consult dengan cousin aku seorang phsychologist.

Dalam tempoh ni aku istikharah, solat taubat, istighfar, dan tahajud setiap malam, walaupun aku tak kunci jam untuk bangun, Allah tetap izinkan aku bangun untuk berdoa dekat Dia.

Aku ambil peluang tu berdoa harap Allah permudahkan apa yang akan berlaku and lorongkan jalan untuk aku keluar dari abusive relationship ni. Tunjukkan jalan macam mana aku nak buat. Tak lekang di hati and mulut minta Allah tolong.

Tak sampai sebulan dgn izin Allah, ada seorang perempuan DM aku and cakap dalam tempoh tunang aku ignore aku dulu, tunang aku ni pergi approach/kacau dia juga.

Perempuan tu cerita tunang aku guna taktik sama macam yang dia pernah buat pada aku. Tak kenal tapi terus nak ajak dating and tabur janji manis. Sampai orang terpedaya.

Start dari tu, memang aku kuatkan hati aku, walaupun ada masa sampai waktu sedihnya. Aku pulangkan cincin tunang, dengan pengetahuan ayah mak aku. Melalui pos. Haha. Adik lelaki aku yang uruskan..

Tak sanggup nak hadap keluarga bakal mertua depan depan. Sebab aku kasihan bakal mak mertua aku yang tak tahu anak dia macam tu. Mak ayah aku dah tahu semuanya selepas aku decide untuk berterus terang tunjuk bukti aku simpan dan screenshot.

Ada lah jugak some parts yang melukakan bila aku ingat, ex aku suruh aku berhenti kerja yang aku ada sekarang ni. Tapi dia cari pula perempuan lain yang bekerjaya. Dia pernah tiba tiba tuduh aku nak dia sebab harta kekayaan dia. Walaupun aku dah pun ada harta sendiri.

Dia selalu pandang rendah pada keluarga aku. Suruh aku tutup aurat tapi mata meliar dia tengok perempuan lain. Sebelum tunang dia tanya apa aset yang aku ada, duit aku, simpanan aku, time ni aku tak perasan la. (fasa lovebomb).

Ex aku sekarang? Mungkin dia takut dengan bayang bayang sendiri. Sampai block aku di merata tempat. Aku buat socmed baru (untuk move on dari dia pun dia masih cari stalk and block aku jugak).

Perempuan yang dm aku tu dah jadi tunang dan bakal isteri orang lain. Bukan dengan ex tunang aku. Dia cakap, ex tunang aku pelik and tak tahu bersyukur walaupun dah ada tunang.

Hmm… dan sebelum aku akhirkan semua ni,

Kalau bab penyembuhan… aku banyak buat activity dengan nature. Aku try sukan extreme, glow up dari biasa.

Diakui, the first few months memang sedih, lebih sedih dari putus cinta biasa. Sebab hubungan narcs main dengan mental. Makan tahun. Aku cuba hidup tanpa social media.Aku ubah rutin aku.

Reduce screen time sebab nak lupakan semua memory and reverse trauma (sebab dia block aku and sebab aku teringat ingat ada perempuan cari aku sebab dia). Aku fokus benda2 happy yang aku boleh buat. Ada masa aku travel and aku keep improving and healing.

Banyak channel di tiktok, youtube yang boleh bantu kita. Aku selalu dengar malam malam sebelum aku tidur supaya aku tak lupa apa yang dia buat pada aku. Kekadang air mata terkeluar sendiri. Sebab sakit.

Banyak lagi abuse yang dia buat. Tanpa permohonan maaf kepada aku and keluarga aku, tapi cukupla, aku dah tak mampu nak ingat lagi. Mungkin tak cukup kalau nak tulis dekat sini kan. Mungkin di lain masa. Kalau diizinkan?

Thank you semua. Doakan aku, okay?

– Izzah Hanani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *