Narcissistic Mother & Mental Illness

Aku ada baca beberapa entri pasal narcisstic mothers dan sebenarnya dah lama aku nak share,

Tapi aku taktau macam mana nak mula dan topik ini agak sensitif sebab kita punyai norma yang meletakkan ibubapa paling atas dan apa yang mereka kata dan lakukan itu betul dan untuk kebaikan kita.

Jadi, apa yang aku ceritakan ni boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran.

Aku anak sulung daripada 4 adik beradik. Daripada kecil lagi aku ni memang dengar kata parents aku, aku ni kira macam robot yang hidup aku revolve dekat parents aku punya happiness.

Jadi aku ni budak nerd di sekolah yang memang straight A dan budak yang duduk dekat depan kelas. Daripada kecil aku rasa apa aku buat ini baik dan betul dan pada aku apa yang parents aku nak, itu lah yang aku nak jugak.

Semua start jadi lain bila aku sambung belajar overseas, aku dengar ckp mak aku suruh sambung belajar course A. Jadi aku pun ingat itu lah yang aku nak sampai aku fail beberapa subjek dan aku rasa tak happy.

Aku bagitau mak aku, dia kata “kalau orang lain tu boleh je belajar dapat result gempak kenapa kau ni lembik sangat” dan bila aku struggle belajar dan tak update social media mcm kawan2 lain, dia akan cakap “kenapa kau tak macam kawan2 lain? Tak pegi holiday and upload kat insta?”

Sampai teruk sangat aku rasa, aku terpaksa pegi jumpa GP, dan didiagnose depression. Aku sendiri tukar course yang aku suka selepas ni, atas izin KPM. Lepas tu, aku happy dan dapat result okay. Tapi aku dah tak cerita struggle aku dekat mak aku.

After aku balik daripada overseas, ni lah time yang paling susah sebab aku rasa lost. Aku memang takde plan time ni. Aku rasa lagi loser bila aku lagi banyak spend time dengan mak dan adik2 aku.

Pada aku, adik2 aku ini jenis yang tak boleh tolak ansur dan susah nak berkongsi bilik dengan dorang. Dorang tak pernah susah macam aku, bila aku belajar di SBP dan bila aku independent; dorang tak fikir pasal duit atau parents.

Dorang tak rasa susah nak belajar, tak rasa susah nak dapatkan scholarship, tak rasa susah bila bersekolah asrama.

Jadi bila masa ni, aku memang stress, sekarang ni aku macam block memory stress tu tapi pada aku, aku memang depress. Duit dalam bank akan sikit kalau aku tak kerja jadi aku okay je untuk kerja apa2.

Aku takkan mintak duit daripada ayah aku, jadi mula2 aku kerja freelance writer lepas tu aku kerja dalam bahagian sales. Aku sudah mula dipandang rendah oleh mak dan adik2 aku sebab aku pilih bidang sales sebab aku grad overseas tapi keje sales.

Pada aku, bidang sales ini yang bawak banyak duit kalau aku usaha, gaji aku lebih daripada kawan2 aku yang lain. Mak aku masa ni dah start mintak macam2 sebab dia dah nampak aku ada duit.

Bila aku start beli barang untuk diri sendiri, dia akan kecam aku, dia akan kata aku ni taktau simpan duit. Tapi duit aku banyak keluar untuk belanja dia tapi dia tak cerita pun kat ayah aku. Aku syak ayah aku ingat aku ni tak pernah bagi duit kat rumah.

Aku taktau pulak apa dia cerita kat adik2 aku, yang pasti adik2 aku pun selalu kecam aku. Aku tak faham apa yang teruk sangat aku buat, sebab aku beli barang untuk diri sendiri? Adik2 aku selalu cakap kat aku, mak aku kata anak dia paling teruk adalah aku.

After setahun aku kerja, aku takde savings. Sebab bila mak aku tau je aku ada savings sikit, mak aku akan mintak untuk benda2 yang aku tak boleh nak ckp ‘tak boleh’. Contoh, takde duit nak beli makanan, duit takde nak bayar bil. Takkan la aku ni kejam tak bagi sebab macam ni?

Tapi selalu je ada benda yang mak aku nak. Aku pulak selalu jugak bawak dia keluar makan mahal2, belikan barang tapi tetap jugak dia ckp macam2 kat aku dekat adik2.

Sampai la satu tahap aku memang tak tahan nak duduk rumah dengan kecaman mak dan adik2 aku, aku decide untuk tumpang rumah kawan aku pada hari weekdays bila aku kerja.

Jadi jumaat malam sampai ahad malam aku ada kat rmh. Aku rasa aku akan breakdown kalau aku duduk lama dalam rmh tu. Tetapi sebab tindakan aku ni, aku kena kecaman lagi teruk.

Of course aku perlukan duit makan minum sendiri jadi duit entertainment tu berkurang, aku kena jimat. Tetapi tetap setiap bulan aku bagi duit elaun kat parents aku.

Lepas tu aku kena bayar kereta lagi, jadi aku dah tak dapat belanja. Malah, kadang2 aku kena catu duit untuk makan. Family aku taktau semua ni, pada mereka aku hidup senang. Adik2 aku makin benci aku sebab aku keluar rumah, mak aku cuma akan contact aku bila nak pinjam kereta.

Aku rasa ayah aku disappointed dengan aku tapi aku tak cerita benda sebenar, apa aku rasa dan kesimpulannya, memang kurang communication antara aku dan ayah aku. Apa dia dengar daripada mak dan adik2 aku, aku pun taktau.

Tak lama lepas tu, ayah aku meninggal mengejut. Situation ni menjadi trigger pada aku punya mental health. Aku tak sempat belikan rumah untuk parents aku; sebab kenapa aku keje sales adalah kerja tu yang bagi aku duit lebih dengan commission untuk aku beli rumah, aku cuma dapat beli kereta.

Ayah aku dah takde. Mak aku macam sedih dalam seminggu, dan dalam minggu kedua dia dah bergaduh dengan aku pasal ayah aku. Dia kata ayah aku dah meninggal pun menyusahkan dia, sebab hutang.

Aku kata aku boleh settlekan hutang ayah, jangan cakap buruk lah pasal ayah aku. Mak aku proceed dan cakap aku anak derhaka dan sumpah aku takkan dapat anak dan pegi mampus macam ayah aku. Time tu memang aku rasa nak mati dan jumpa ayah aku, aku rasa takde guna nak hidup lagi.

Mak dan adik2 aku memang benci aku, ayah aku macam harapan aku untuk family ni. Sekarang dia dah takde dan aku pun rasa guilty sebab takde kat rumah. Semua ni membuak dan aku taktau bila aku jadi macam mayat hidup, aku resign dan tak bagitau family aku.

Tapi duit elaun tetap aku bagi kat mak aku. Sebab aku dah simpan sebelum resign. Kalau tak bagi duit nanti akan jadi issue. Makin lama makan teruk keadaan aku. Kalau aku ingatkan balik, apa yang aku boleh bayangkan adalah hitam, insomnia dan jalan yang kabur tanpa masa depan.

6 bulan lepas ayah aku meninggal, kawan aku bawak aku pegi hospital sebab dah banyak kali aku self harm tapi bukan aku nak bunuh diri sebab bunuh diri tu salah dari segi agama.

Aku tau dan aku faham tapi aku sakit. Condition aku masa ni sangat teruk, aku tak boleh form sentences (tak boleh bercakap lancar) dan tak boleh solve simple math, memory aku pun kabur dan aku cepat lupa.

Aku nampak bayang yang takde pada orang lain, aku tak boleh kawal emosi aku dan aku taknak jumpa orang. Klinik psikiatri sangat mambantu aku bila aku dapat ubat untuk depression, anxiety dan psychosis.

Selepas beberapa sessions, aku tanya psychiatrist aku mengenai mak aku. Dia kata most likely mak aku ni ada narcisstic personality disorder dan mereka daripada category ni memang takkan admit dorang need help dan antara yang paling rare untuk dapatkan treatment.

Masa ni aku dah start keje baru dan panic atttacks akan datang setiap kali aku nak drive dan jumpa client. Betapa susah nya aku kena overcome setiap air mata dan darah kerana aku bukan normal.

Buat masa sekarang ni, diagnostic aku dah tukar kepada bipolar selepas 6 bulan treatment di Klinik Psikiatri.

Back to the story, selepas beberapa bulan bila aku okay sikit, kawan aku bagitau kat mak aku pasal condition aku, pasal mental health aku. Dan apa yang mak aku cakap pada aku “Anak2 mak yang lain okay je kenapa kau sorang yang gila?”

Dan dia akan kata “Doktor tu tipu, entah ubat apa dia bagi, jangan makan ubat tu dah. Ni semua sebab kau tak baik, balasan sebab derhaka” dan “Orang zaman sekarang je yang banyak penyakit ni, ni semua datang sebab kau belajar overseas ikut sangat perangai mat salleh”

Dan bila aku tengah tak okay dan tak boleh bercakap dia akan jerit kuat dan cakap “Cakap lah, apesal taknak cakap, bodoh ke cakap pun tak boleh!!!!”

Kalau aku nak cerita lagi memang panjang tapi kira ni mcm simplified version. Tapi daripada apa yang aku cerita ni, dinamik family aku yang evolve daripada aku sebagai ‘golden child’ bila aku dengar semua kata mak aku masa aku kecik;

Sampai bila aku belajar overseas aku dah nampak yang sebenarnya aku kena buat keputusan sendiri. Bila aku dah buat keputusan sendiri dan mempunyai cita2 sendiri yang bukan daripada apa yang mak aku nak, aku terus jadi ‘black goat’ dan anak derhaka yang layak pegi mampus.

Mak aku ada juga cakap yang rezeki aku tak berkat sebab aku kedekut kerana aku nak saving duit gaji aku, sebab aku tak beli apa dia nak.

Aku rasa ni macam psychological manipulation untuk mak aku dapat apa dia nak dengan bagi aku rasa guilty dan downgrade kan aku. Susah untuk aku telan semua ni, macam mana mak sendiri boleh jadi narcissistic?

Bila aku fikir balik, mak aku memang jarang tunjukkan simpati dan kasih sayang pada aku, dia akan puji bila aku dpt achievements tetapi bila aku nak buat decisions sendiri, dia akan marah dan kecam aku. Dia tak boleh control aku macam dulu, dan dia tak suka.

Kalau nak pujuk mak aku, aku cuma kena tanya dia nak barang apa? Dia akan terus okay, pujuk dengan material. Dan kalau aku sakit, jangan harap akan dapat attention; selalu ayah aku yang akan tanya kakak nak makan apa? Mak aku buat taktau je.

Dan bila aku ada duit, mak aku akan mintak aku beli macam2 dan bila aku takde duit, dia kata aku boleh pinjam kawan untuk dia dapat apa dia nak.

Dan bila dia nak pegi vacation, dia nak duit tangan, dia mintak pada aku, aku cuma ada beberapa ratus dan dia nak RM 10k, dia srh aku buat loan untuk dia pegi vacation. Dan bila dia nak barang aku, aku kata aku guna lagi barang tu, dia sumpah rambut aku gugur dan aku jadi botak.

Dan bila aku bagi apa dia nak, aku belanja dia makan apa dia nak, dia cakap buruk kat adik2 aku yang dia tak suka apa aku beli, aku tak buat apa2 untuk dia.

Dan bila untuk Mother Day aku belikan baju raya, mata dia hanya tengok pada harga baju bukan pada baju, dia akan complain aku beli benda murah sebab aku kedekut.

Dia canang kat nenek, makcik dan semua org yang aku kedekut. Dia ejek fizikal aku depan orang. Bila aku ada mental illness, mak aku cakap aku tak kuat, aku lemah, aku bukan macam org lain, sbb tu aku gila.

Takpelah, kadang2 aku rasa memang aku gila, betul ke ni family aku? Kenapa aku kena macam ni? Hanya kerana duit atau kerana aku ada pendirian sendiri? Nasib baik aku punyai kawan. Aku nak tekankan kat sini yang mempunyai narcisstic parents memang akan affect mental health anak.

Aku sedar ada certain benda yang aku lalui bukan lah normal dan aku baru tahu bila aku dah adult; dulu aku taktau dan memang aku anggap parents aku termasuk mak aku sebagai idola dan hero. Tapi aku juga sedar sekarang, takde orang yang perfect termasuk parents kita.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *