Narsistik? Dia Atau Aku?

Aku Jambu, seorang wanita berusia 20-an dan mempunyai teman lelaki yang 5 tahun lebih tua dariku (Sawi). Tak tahu nak mula dari mana, tapi hari ini aku teringin nak meluahkan kerana telah banyak perkara yang aku pendamkan.

Sawi adalah seorang juruteknik kilang. Aku berkenalan dengan Sawi ketika aku intern di kilang berkenaan.

Pada awalnya, aku tidak perasan akan kewujudan Sawi. Tapi setelah beberapa minggu, terdapat beberapa orang rakan sekerja yang mengusik, katanya Sawi sukakan aku.

Tapi aku just anggap semua itu sebagai gurauan dan aku tidak ambil tahu kerana aku tidak berminat untuk bercinta. Dan aku juga tidak pernah bercinta sebelum itu.

Terdapat beberapa orang rakan Sawi yang cuba kenalkan aku dengan Sawi. Kata mereka padaku, “Sawi sangat pandai menghormati perempuan, tutur kata Sawi sangat lembut dan tidak bercakap kesat pada perempuan.”

Aku hanya mengiyakan dan seperti sebelumnya, aku tidak ambil pusing.

Sebelum aku tamatkan tempoh intern aku, Sawi ada cuba contact aku secara personal. Aku hanya membalas sekadar sebagai rakan. Tetapi Sawi amat pandai mengambil hati aku.

Di tempat kerja, dia akan tolong jika aku ada masalah, selalu bagi kata-kata semangat, dan banyak lagi perkara baik yang lain sampai tahap aku rasa, “betul lah orang cakap, dia baik.”

Dan di situlah aku mula bagi peluang untuk Sawi masuk dalam hidupku. Aku rasa di sinilah titik hitam dalam hidupku bermula.

Seperti yang aku cakap, aku tak pernah bercinta. Tetapi bila aku mula sayang/sukakan seseorang, aku akan sayang dengan ikhlas dan sepenuh hati. Betul lah orang cakap, masa nak bukan main baiknya, pijak kuman pun tak mati.

Selepas sebulan aku dan Sawi berhubungan, dia mula tunjuk perangai sebenar dia. Dia mula maki-maki aku dengan bahasa kesat – “babi, perempuan sial, jahanam, murahan” – untuk makanan harianku. Punca? Kerana aku berinteraksi dengan rakan sekerja lelaki.

Oh lupa nak bagitahu, aku sambung bekerja di tempat intern itu kerana aku takut susah untuk dapat tempat kerja sebab masih seorang fresh grad pada waktu itu. Kerja aku memerlukan aku untuk berkomunikasi dengan staff lelaki, dan di sinilah semua bermula.

Makian adalah makanan harian aku. Aku tidak dibenarkan untuk makan di pantry kerana tak nak aku makan bersama lelaki. Walhal aku, sejak bersama dengan dia, aku masih menjaga batasku.

Aku tak boleh elak untuk tidak bercakap kerana majoriti pekerja di situ lelaki, dan semua agak lebih berumur dariku – yang telah aku anggap seperti figura abang. Tapi dia tidak boleh terima.

Aku akur. Aku kadang tidak makan atau memilih untuk makan di surau. Aku tak nak bergaduh.

Sampai satu tahap, dia mula sexual harassment aku. Aku tahu aku bodoh kerana masih bertahan. Setiap kali dia maki aku, dia sexual harassment aku, dia cakap dia sayangkan aku. Sebab tu dia buat.

Dia maki aku sebab aku cakap dengan lelaki – katanya sebab sayangkan aku. Dia sexual harassment aku – cakap dia sayang sangat dekat aku, sebab tu dia buat macam tu.

Aku tak pernah biarkan dia sentuh aku. Setiap kali dia cuba nak sentuh private part aku, aku akan tepis. Ya, aku bodoh. Aku mengaku. Sebab sayang aku butakan mata aku. Aku betul-betul anggap dia pun sayangkan aku, sebab tu dia buat semua tu.

Setelah setahun bekerja, aku rasa aku tak boleh kerja satu tempat dengan dia. Aku apply beberapa jawatan di beberapa buah negeri yang berbeza. Rezeki Tuhan, aku dapat kerja di selatan tanah air. Aku berpindah. Dan kami masih sepasang kekasih.

Macam aku cakap, aku terlalu bodoh kerana masih boleh memaafkan dia. Walaupun dia tidak pernah minta maaf untuk semua itu, aku masih memaafkan dia dan masih nakkan dia dalam hidupku.

Sejak aku berpindah, kami jarang berjumpa. Dan satu hari dia beritahu bahawa dia juga dapat tawaran bekerja di selatan tanah air, di negeri dan daerah yang sama. Perasaanku bercampur baur – takut, risau, gembira?

Dia datang, dan kami sering berjumpa. Aku anggap hubungan kami baik-baik saja. Tapi aku silap. “Perempuan bodoh”, “Jambu perempuan bodoh” adalah zikir dia setiap hari.

Setiap hari apabila aku cerita kepada dia tentang hariku, dia akan cakap aku bodoh. Kadang apabila kesalahan itu bukan aku yang buat, aku masih dia katakan bodoh. Aku tak faham. Dia cakap dia sayang, tapi selalu bodohkan aku.

Kadang kala apabila call, dia akan cakap “Hello bodoh… ish bodoh la kau ni.” Aku sedih, tapi aku sayangkan dia. Dia cinta pertama aku, kekasih pertama aku.

Aku bukan yang pertama untuk dia. Dia selalu cerita ex-ex dia selalu curang, dia tersakiti. Aku tak nak jadi macam ex dia. Aku cuba ada untuk dia susah senang. Tolong dia semampuku. Tak pernah curang.

Tapi? Balasan aku dapat, macam aku perempuan yang tiada maruah.

Pernah sekali dia jerit depan muka aku di tengah-tengah mall hanya disebabkan aku meminta dia ke tepi kerana dia menghalang laluan orang. Hanya disebabkan itu dia jerkah aku sekuat hati.

Malu? Tipu kalau aku cakap tak malu. Aku cuba tahan air mata aku waktu tu, dan masih ukirkan senyuman. Aku malu dengan mata-mata yang memandang ke arahku. Aku rasa muka aku kebas kerana malu yang tak terhingga. Aku hanya mampu tersenyum dan cakap, “Sorry, awak.”

Tolong semua. Sedarkan aku. Beri kata-kata sokongan untuk aku kuat tinggalkan dia. Hilangkan rasa sayang ini pada dia.

Aku pernah cuba untuk memutuskan, tetapi dia datang minta maaf dan cakap dia sayang aku sangat-sangat.

Tolong aku untuk lari dari lelaki narsistik ini……

– Jambu mentol (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Awak ni naif, si lelaki plak narsistik. Saya prnh baca satu quote: yang pertama bukan hati. Sbb yg terpenting sekali keselamatan –> jadi sayang tu mestilah kat diri sendiri yg utama sekali
    Jgnlah sbb ni pengalaman pertama bercinta, awak kalah pd perasaan. Byk sgt red flag lelaki tu: mengongkong, tak hormat perempuan, tak bermoral, manipulator dll.. ORANG MACAM NI KE YG AWAK NAK SAYANG? Ntah² apa yg dicerita pd awak ttg bekas kekasih yg tggalkan dia tu pun tak betul

    Kami yg komen ni cuma boleh beri nasihat je, YANG NAK UBAH & AMBIL TINDAKAN TU AWAK SAJA BOLEH BUAT. Awak nak tempuh hidup dlm keserabutan begini ke spjg hidup?

    Sayang diri sendiri dulu, Allah tak suruh kita zalim pd diri sendiri. Sy syorkan awak terus terang pd famili (in case lelaki tu hubungi keluarga), pindah/ tukar kerja, tukar no fon & privatekan medsos supaya dia tak boleh contact. And please, please, please JGN CERITA apa² plan/ rancangan/ tindakan awak pd dia.

  2. Apply tmpat kerja lain,bile dah dpt trus pergi tnpa bgtau die.. n block nom trus.. pastikan ibu bpa dan org trdekat awk xbgtau die dimna awk bkerja.. buat rncangan biar semua perfect..

  3. aku mmg tak suka lelaki suka mencarut ni sebab dari kecik parents aku tak pernah ajar mencarut. aku kenal carutan time masuk sekolah menengah. kalau kantoi carut memang makan cubit lah aku. so apa hak orang nak carut kan aku? sebelum bercinta dengan suami aku, aku pesan awal-awal, aku tak akan terima dia kalau dia carut / maki aku. so prinsip aku, sayang mcm mana pun kalau dia maki kan aku, mmg aku undur diri. Alhamdulillah suami aku tak pernah mencarut dkt aku/ depan anak.

    kau pergi tengok cerita “Dia Bukan Syurga”. adakah awak nak jadi macam Nuha? pastu awak forward klip cerita tu dekat Sawi, cakap dengan dia awak tak nak end up macam Nuha so lets end this bye bye.

  4. Memang awak bodoh pun kalau stay dengan sawi tu. tolong lar keluar cepat dari hubungan toksik macam tu. Nanti end up awak jadik macam nuha dalam cerita dia bukan syurga tu.

    • Blom jd laki dah carut carut dh.pehal.klu aku lh hye hye bye bye.tak grntlemen lnsg.kt mak dia berani ke bust mcm tu.tak hormat pompuan.eh main pkl rata plk..byk lahi lelaki yg baik.reda ja lh

  5. Ya siapa je yang tak cair bila dilayan dengan baik oleh someone. Tapi sekali orang tu start maki2, kata2 kesat, controlling, rendah2 kan kita, tolong lah sedar cepat2. Takyah dah nak sayang2 dorang lagi. Perangai2 camtu memang akan buat saya turn off, dan saya harap sis pun boleh sama cepat2 turn off dengan perangai Sawi yang macam tu. Orang naif memang mangsa kesukaan orang narsistik, dorang tahu orang naif ni paling mudah dipujuk untuk stay. Lepas tu cycle yang sama berulang. Please lawan kenaifan tu. Saya pun sejenis naif juga (sekrang dah kurang) but that’s why kena belajar dari cerita/pengalaman orang lain untuk kita lagi berwaspada jangan masuk perangkap dalam sangat (kalau TERmasuk lah)

    And please bezakan antara ‘bertegas/marah sebab sayang’ dengan ‘maki sebab sayang’. Dia boleh nak tegas/marah tapi tak perlu maki2 keluar kata kesat bagai pastu merendah2 kan orang.. Eh Nabi pun berdakwah dengan lemah lembut mana ada guna kata2 kesat carut semua tu. Kita sebagai khalifah di muka bumi ni pun kalau nak tegur orang pun (contoh tegur untuk jaga batas pergaulan) tegurlah dengan baik2. Tugas kita hanya menyampaikan, bukan judge/menghakimi orang guna makian dan kata2 kesat..

    Banyak2 doa untuk Allah buang perasaan sayang tu. Lepas ni dia mungkin akan pujuk rayu cakap akan berubah etc etc. Masa tu sis kena kuat cakap “jangan berubah sebab saya, berubah untuk kebaikan awak sendiri. Maaf saya bertegas untuk tidak teruskan hubungan. Bye” pastu block semua socmed/number. Dan lepas tu tolong hati2 dengan keadaan sekeliling, takut dia desperate sampai mungkin pergi stalk sis.. lagi2 dia kerja dah sama negeri. Mintak dijauhkan lah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *