Untuk Part I, (https://iiumc.com/narsistik-dia-atau-aku/)
Salam semua, terima kasih kerana sudi membaca kisah hidupku yang gelap ini. Terima kasih atas semua nasihat dan pandangan. Saya terima dan cuba sedaya upaya untuk keluar dari masalah ini.
Ada yang cadangkan saya untuk tengok cerita “dia bukan syurga” and yup, boleh saya katakan hampir 95% kisah itu sama dengan apa yang sedang saya lalui.
Bezanya adalah, saya tiada abang yang lindungi saya, keluarga sawi tidak aware dengan perangai sawi.
Saya suspect sawi mungkin ada masalah yang lebih kurang seperti apa yang tajul hidapi. Kenapa? Kerana di mata dia, saya suka menggatal katanya. Dia selalu menambah nambah perkara.
Contohnya, apabila saya bercakap dengan rakan sekerja. Hanya bercakap biasa, tidak berlebihan, tidak bertepuk tampar, dia akan datang menyindir saya “sedap menggatal? Suka dapat cakap dengan lelaki?”
Walhal saya tidak menggedik, tidak manja. Hanya cakap secara bersahaja.
Semua di tempat kerja lama tahu kami berhubungan, dan semua menyokong perhubungan ini. Mereka tidak tahu perangai sebenar sawi, mereka kenal sawi seorang yang baik dan menghormati wanita.
Tapi apa yang saya dapat adalah 180 darjah berbeza daripada apa yang orang katakan.
Pernah sekali saya menolong rakan sekerja saya menyiapkan tugasan memandangkan saya agak mahir dalam parkara itu.
Sawi, seperti biasa mulutnya “suka jual pu** dekat lelaki lain?” Padahal saya hanya menolong.
Perkara ini berlarutan sehingga satu tahap, saya sangat takut apabila rakan sekerja cuba bercakap dengan saya. Saya akan elak untuk menjawab. Dan inilah sebab mengapa saya berpindah tempat kerja.
Dalam drama “dia bukan syurga” Nuha dipukul. Tapi saya di SH. Kelakar untuk saya ingat, dia sering bercakap soal agama, tetapi…. Minta saya untuk pakai sarung kaki yang panjang, tudung labuh, baju besar. Saya ikut, tapi dia masih dengan nafsu dia.
Pernah sekali saya pakai kain dengan blouse labuh. Dia masih boleh sexualise saya. Katanya dia boleh bayangkan badan saya kerana pakaian saya di tempat kerja.
Pakaian saya di tempat kerja sangat simple, seluar straight cut, kemaja dan tudung bawak ikat depan. Badan saya tiada bentuk, memang dari sekolah orang cakap saya papan, tapi saya tak kisah.
Saya harapkan pujian, apabila saya pakai seperti yang dia nak, tapi lain yang saya dapat. Saya la manusia paling bodoh dan malang. Saya tak tahu apa dosa saya, saya jumpa lelaki macam ni dalam hidup saya.
Dia pernah cakap dekat saya “kau ni baik sangat dengan orang”. Saya tak faham, dia nak saya jahat ke? Saya tak rasa saya baik, cuma betul saya selalu fikirkan tentang orang lain sebelum diri saya.
Parents saya besarkan saya dengan baik, pandai hormat orang. Saya tak terlalu baik, cuma saya masih ada common sense. Perkara perkara basic yang saya buat pun dia boleh persoalkan. Buntu saya..
Buat masa ni saya dah berjaya jarak kan diri dari dia. Saya sibukkan masa saya dengan banyak perkara, saya tak nak ingat tentang dia. Dan saya plan untuk sambung belajar, dimana? Belum pasti.
Doakan saya kuat ye semua. Terima kasih untuk semua kata kata semangat dan nasihat yang telah diberikan. Moga satu hari nanti saya juga akan berjumpa jodoh dengan orang yang baik baik.
– Jambu mentol (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lari cepattttttt. Jangan toleh belakang lagi…….Kalo awak kawin dengan dia, kita akan dapat baca confession awak kena pukul pulak lepas ni. Ini binatang bertopengkan manusia ni. Kita akan nampak sisi binatang dia bila kita dah jadi mangsa dia. Orang sekeliling still nampak dia as manusia. Berhenti jadi mangsa dan cari orang yang boleh protect awak dari dia. Kalau kena buat cover report polis, buat siap2. Supaya dia tak dapat buat bukan2 bila awak dah berjaya keluar dari genggaman dia. Trust me.
Saya doakn awk dpt sambung blajar d tempat yg jauh dari sawi (busuk) tu.. saya rse dia ‘ikut’ awk ke selayan tu, sbb dia xde sapa nk ‘maki’ bla awk tiada.., n sya rse semua ex dia putuskn hubungan sbb sikap dia yg suka maki n carut tu la kot.. klaw awk dah blajar nt, mulakn ‘hidup baru’, jgn layan sgt klaw dia contact, katakn awak sibuk dgn klas n assignment.. mngkin lama2 dia fhm yg awk dah x berminat nk kawen dgn dia.. sbb klaw awk ‘confront’ kat dia nk putuskn hubungan, takut2 dia akn jd ‘ganas’ plak.. mngkin pd dia, klaw dia xdpt miliki awk, org lain pon xboleh.. org sakit ‘mental’ mcm ni perlu dijauhi dgn ‘senyap’.. klaw la dia kta dia ‘sayang’ awk, tnya dia blk, “klaw org suka maki2 n carut kat awk, awk rse awk suka x org tu, apatah lg nk sayang plak..” n lastly, klaw awk stuju jugak nk kawen dgn dia (selepas tahu perangai dia), mmg patutlah awk panggil diri awk ‘bod*h’, spt yg awk ckp dlm siri yg lepas.. klaw sbelom ada ikatan pon, dia dah brani panggil awk ‘bodoh’ n maki2 dpn org, x mustahil bla dah kawin nt, awk xboleh bergaul dgn org lain n akn jd “punch-bag” dia, bila ada perkara yg dia x suka pd awk.. n klaw awk nk jadi macam tu, terpulanglah n fikir la sendiri, masih ramai lg org yg ‘baik’ dlm dunia ini utk dijadikan teman hidup.., berdoa n mintaklah dgn Allah SWT.. wallahu a’lam
Awak ni baik sangat. Ayat yg sawi keluarkan adalah untuk awak yg terlalu baik bertahan dengan dia yang jelas² blacklisted man
Saya pernah ada di tempat awak, kerana terlalu sayang, saya akur je apa yang dia arahkan. Sehinggakan mama abah dah warning pun saya degil. Turning point yang betul betul buat saya nekad untuk tinggalkan dia adalah, saya nak beli kereta masatu. Dia marah sampai mengamuk sangat sebab saya beli no plat bukan birthday dia. At that time saya cuma fikirkan diri saya je, penat lelah saya sendiri nak dapatkan kereta tu, tapi kenapa nak number dia pulak kat kereta? Amboi hahah terus saya nekad nak putus hehe