Nasi Bujang

Hai pembaca, namaku Amelyn (bukan nama sebenar). Aku berumur awal 20-an dan sudah bekerja. Kekasihku Bernama Aiman. Sudah hampir dua tahun kami bersama.

Aku mempunyai keinginan untuk berkahwin dia usia muda. Beza umur kami cuma dua tahun. Aiman juga sudah bekerja setahun lebih sebagai pegawai pengumpulan data di cawangan bank. Bunyi macam gah kan, tetapi gajinya kecil.

Gajiku juga tidak besar mana tetapi lebih tinggi darinya. Aku ikhlas mahu kumpul duit bersama untuk perbelanjaan perkahwinan kami akan datang kerana mahu meringankan bebannya.

Tapi apa yang aku perasan dengannya, dia kurang tahu mengurus kewangan serta tidak ada tabung simpanan juga. Kosong. Jadi aku memilih untuk merancang kewangan nya.

Sebulan tak banyak yang dia mampu bagi untuk simpanan kami. Tiga ratus macamtu sahaja.

Tiap bulan hanya aku yang akan menabung cukup seperti yang diaturkan. Kadang ada duit lebih lagi, aku akan letak dalam simpanan sahaja. Namun duit bahagian Aiman masih tidak bergerak.

Tiap bulan juga kami tidak membelanjakan wang untuk perkara yang kurang berkepentingan seperti pasangan lain yang mampu pergi menonton wayang, karaoke serta membeli belah bersama. Sehabis jimat yang kami lakukan untuk simpanan kami.

Mustahil aku tidak pernah mengeluh kan. Dalam hati pasti ada rasa ingin merasai semua tu tapi aku pendam.. Jadinya, aku pelik kemana duit Aiman pergi?. Kenapa dia selalu kekurangan wang.

Namun, walau sudah berhabis jimat, wang simpanan kami masih tak konsisten, Aiman sangat obsesi dengan kereta, dia suka membaiki dan modify kereta ikut keinginannya.

Bukan sedikit wang diperlukan kadang beribu ringgit. Alasannya kereta tulah yang angkut kami kesana kemari kenapa perlu berkira.

Masalahnya, wang simpanan kami semakin hari semakin menyosot, kurang dari 10 bulan kami akan berumah tangga, namun perbelanjaan kahwin tu tak nampak.

Dia selalu memarahiku kerana terlalu beria akan majlis perkahwinan kami, ikutkan hatinya majlis tanpa pelamin, jemputan 300 orang baginya sudai memadai. ”Kenapa tidak akad nikah dan mas kahwin Sahaja?. Mahu jimat sangat kan” kata hati kecilku.

Aku tidak meletakkan tinggi simpanan kahwin kami, 10 ribu juga paling busuk sekalipun yelah sekarang zaman semua benda mahal kan.

Aku buntu, aku terbayang-bayang majlis kahwin kami yang serba kekurangan. Kehidupan selepas kahwin pula bagaimana? Rumah dan sebagainya.

Aku selalu terdetik, mampukah kami hidup bersama. Aku bukan mahu hidup yang mewah, namun memikirkan si Aiman yang tidak tahu mengurus wang itu, membuat aku runsing.

Lebih aku geram, Aiman tidak mahu membuat kerja sampingan, penat katanya, hari minggu dia tidak mahu bekerja. Apa-apa kerja sekalipun dia tidak mahu lakukan.

Aku kagum melihat anak muda yang rajin buat part time job seperti grabfood, lalamove dan sebagainya. Kebanyakan dari mereka pasti sedang pulun mencari rezeki lebih demi menghalalkan wanita yang mereka cintai. Tetapi kenapa Aiman tidak sebegitu?

Kenapa nasi bujang? Nak dijadikan cerita. Menu sehari-hari kami ialah nasi bujang. Nasi dan telur dadar berserta sup dan sambal belacan yang harganya dalam tiga ringgit sepinggan.

Setiap kali kami ke kedai makan itu menu yang akan di order oleh Aiman. Jimat katanya. Setiap kali ya… semalam sudah nasi bujang, esok dan hari-hari berikutnya juga nasi bujang. Bila aku tanya tak bosan ke makan macam tu, di akan suruh aku bersyukur .

Yang lebih aku tergamam, dia akan order air bungkus kongsi berdua. Aku merungut tapi aku masih tertanya sehinggakan makan pon sudah berjimat begini, jadi kemana wang Aiman selalu pergi?

Baru-bari ini aku dapat bonus lima bulan. Besar jugak lah, silap-silap boleh kahwin dah, Aiman laju je kata duit tu nanti buat perbelanjaan kahwin kami. Mudah. Aku tergamam. Rasa macam aku pulak yang bakal suami.

Korang yang membaca nih boleh bagi pandangan tak? Apa yang patut aku buat? Hati aku dah meronta-ronta ni. Patut ke aku kahwin dengan Aiman ni. Hari-hari kena hadap nasi bujang ni.. tolongg..

– Amelyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

23 Comments

  1. Selagi dia tak bertanggungjawab, selagi tu jangan kahwin dulu. Kalau nak kahwin sangat, cari yang bertanggungjawab. Sekian.

  2. Tinggal aiman…cari lain. Banyak sangat petunjuk tak helok. Kalau nak kawin kena usaha cari duit, majlis tak mewah tak apa, tapi kesungguhan perlu ada. Lepas kawin duit deposit rumah, kelengkapan rumah, belanja untuk anak kena fikir. Sekali sekala makan nasi bujang ok la, tapi kalau hari2 hadap menu sama siap air kongsi tu namanya kedekut bukan jimat. Kamu pun jangan jadi bodoh sangat siap cerita dapat bonus kat dia. Esok kalau ada suami jangan dok canang bonus kat suami dan keluarga mertua. Simpan senyap2, guna bila ada kecemasan. Dah banyak kisah laki/bapak tak bertanggungjawab, patut kamu ambik jadi pengajaran. Cinta tanpa tanggungjawab tak kemana. 2024 dah, semua benda mahal. Cari yang sekufu, yang boleh hormat dan hargai kamu. Maaf kalau nasihat dan pandangan acik ni macam kasar. Tapi dari apa yang kamu tulis tu nampak macam kamu diperguna dan diperbodoh.

  3. Aiman tu belum ready nak kahwin pun. Tu yang dia tak beria nak kumpul duit. Lelaki ni kan sis, kalau dah betul bersedia dia yang akan ajak kita kahwin. Better bincang balik pasal hala tuju hubungan korang.

  4. Klu nak kawin, kena ada usaha yg kuat, klu sekadar follow jer flow jer, ni dah ada redflag, lebih2 lagi lelaki yng mengharapkan bakal isteri kena support, lagi la, awak kena fikirkan betul2 sebelum nasi menjadi bubur, buat solat sunat istikharah, mohon petunjuk dr Allah

  5. cerita sis lebih kurang i lah sis. dulu i pernah tunang dengan lelaki kerja kilang je. kenal baru 3 bulan dah sibuk ajak ikat. i memang tak nak tapi dia paksa. so i follow jelah. lepas tunang, dia makin malas kerja. asyik mc, asyik cuti lepas tu asyik nak berkepit je. duit gaji habis dekat kereta. i bising kat dia cakap camni macam mana nak simpan duit kahwin. dia cakap ‘takpe, duit felda mak ada. nanti kahwin mak tanggung’. i dengar camtu macam, what? habis tu lepas kahwin nak mak jugak yang tanggung ke apa? i tak pikir panjang i terus cakap dengan ayah nak mintak putus tunang. memang tak nampak masa depan dengan orang malas macam tu. nak hidup dengan duit mak je. so sis, putus je. pikirlah masa depan sis and bakal anak sis nanti kalau laki malas camtu. jangan rasa rugi. muka hensem tak bawak ke mana. biar lambat kahwin tapi jangan sampai salah pilih sebab lepas kahwin memang sis kena redha jelah apa yang jadi. sis pikirlah masak-masak. pilihan ditangan sis.

  6. Hi sis, conclusion from your story, bincang la betul-betul dengan Aiman tu. Jika perbincangan itu tiada arah, lebih baik putus dengan Aiman. Kalau nak kahwin nak hidup berumah tangga, mesti kena sama-sama, dan lebih-lebih lagi, dia lelaki yang sepatutnya bukan you. Mohon petunjuk dari Allah. semoga urusan you dipermudah dan Allah sentiasa melindungi you.

  7. duit simpanan tu letak dalam akaun siapa? pengalaman saya yang dah berkhwin dan bercerai dah pun. duit simpanan jangan letak dalam akaun dia. contoh saya bodoh. duit simpanan selepas kahwin, setiap bulan simpan dekat akaun dia. simpanan bersama. tapi bila dah bercerai, saya minta balik, sampai sudah tak bagi. kiranya mungkin dia dah guna tanpa izin saya. nak ganti balik takda duit. kalau awak masih lagi nak teruskan dengan aiman tu, lepas nikah jangan tolong dia apa pun bab duit. bukan tugas isteri. semua tugas suami. sebab tengok dari apa awak tulis ni, nampak dia ambil mudah betul

  8. Dia belum bersedia ke alam perkahwinan. Persiapan pun ambil mudah. Nanti dah berkahwin tgjawab pun dia ambil mudah sebab sikap lelaki bukan mudah nk diubah. Silap2 awak yg keluar byk wang tanggung perbelanjaan keluarga. Dah la boros pasal kereta , kedekut pasal duit makan. Lelaki mcm tu nk buat suami? Kalau sya tak la. Awak fikir la. Jangan menyesal nanti. Kalau dh kawin bukan mudah nak undur diri.

  9. Kamu berdua ni terlalu awal dan terlalu mentah lagi untuk berkahwin sebenar nya .. Kalau sebelah pihak jer yg bertungkus lumus , sebaik nya tak perlu kahwin kot .. lagi lagi perempuan yg melebih .. tgok gaya Aiman tu mcm taknak jer .. Baik tak payah paksa org lelaki ni ..

    • Awak, lelaki mcm ni TOTALLY red flag. You deserve better kayy. Simpanan awak tu bagus dh, tapi kena ingat JANGAN sesekali labur untuk jantan mcm Aiman tu. Dia just nk enjoy zaman bujang dia tanpa memikirkan komitmen hidup. Love yourself, dan jgn terlalu set goal untk kahwin muda. Percayalah awak, kahwin muda tak menjamin kebahagiaan di hari tua. Awak tak pernah tua walau berapapun umur awak sewaktu bergelar isteri kpd lelaki yg tepat. Ingat ayat ni, BIAR LAMBAT ASALKAN TEPAT

  10. red flag dik, mintak jauh…alam perkahwinan lebih memerlukan komitmen.. rumah, kereta, perbelanjaan rumah, nafkah … bncang tak dengan dia, klau dia tak ada hala tuju… berundur la

  11. ok..dah bleh clash…persetan semua sayang tu..karang..dah beranak…baru tau semua xcukup..gaji kecik…lelaki ni..xboleh pemalas…tu duit xde sebab main kereta la tu..

  12. redflag tu dik, istikharah la, pd akak, dia ni lagi syg kereta dr adik, so fikir habis-habis, refer mak ayah, kakak abang, risau nanti lepas kawen, semua dia lepas tangan, persetankan sayang, malu kalau dah jemput orang utk majlis, malu ni sekali je dari merana seumur hidup. xkawen pun okay je. enjoy 5 bulan bonus utk diri sendiri, hakikatnya Aiman yg kena sediakan semua , bukan awak dik. jangan terikat sgt dgn dia since awak belum kahwin, sebab kalau dah kawen, kehidupan berubah dah. org lelaki ni kalau dia syg, dia akan all out, nasihat akak, fikir habis-habis

  13. Dik… First nasihat, bincang secara serius dgn dak aiman ni. Tanya dia betul tak dia nak kawin. Dah sedia ke belum ni. Kereta ke awak lagi penting. Nada tu jangan manja2, ckp kekecewaan awk and apa yg awk rasa kena improve. Tengok dia terima tak.

    Akak nak cerita la, suami akak dulu2 before kawin kerja gaji 2000 je, dpt gaji je 1500 masuk terus tabung kawin. 500 tu dia buat makan (masak malam sendiri utk bekal esok sekali), minyak motor, and buat pegang2 emergency. Hari2 dia akan ot so boleh tambah dlm 300-400 gak la sebulan utk masuk tabung kawin. Akak kesian tp sgt bangga bakal suami bersungguh nak halalkan akak. Jd awak pun layak utk rasa mcm tu, baru la rasa bahagia nak ke arah gerbang perkahwinan.

    Nasihat kedua, bab2 duit ni tak payah la cerita details kat lelaki. Dah kawin nanti pun sama. Cerita sikit2 je.. Berapa duit dlm account, dpt bonus berapa, ASB tabung haji semua tu, bertapis sikit la nak kongsi pun. Biar lelaki rasa kita takde apa2 drpd rasa kita loaded. Baru la dia ada provider mindset. Before kawin akak pun simpan duit kerja every month tp cerita sipi2 je kat suami, lepas kawin suami sewa rumah, brg2 rumah yg remeh2 tu mostly akak beli guna duit simpanan. Jadi memudahkan dia la.

    Sekian dik, fikir2 la dik. Maybe aiman tu belum cukup matang, ye la korang muda lagi kan. Maybe bila dia matang sikit dia akan sedar tp taktau la awk nak dia lagi tak time tu huhu

  14. lelaki macam tu tak patut dibuat sandaran… tak kan awak nak guna duit awak… guna untuk majlis kahwin nampak sangat dia lepas. sebenarnya dia sudah tunjukkan peribadinya

  15. Tinggalkan…lelaki mcm ni tak blh dipercayai…nmpk sgt dia nak gunakan kamu bila kamu byk duit…seblum kahwin dah mkn nasi bujang setiap hari…lps kahwin mkn maggi le…bab simpanan pun dah nmpk tak blh percaya…harap bkn satu akaun…elok chau seblum terlmbt…

  16. Fuhhh larikn diri cpt2 dr lelaki mcm ni… tiada kesungguhan utk berkawin… sayang tu buang ketepi… ingat WANITA YANG MALANG ADALAH WANITA YANG SILAP MEMILIH SUAMI…

  17. Kau tinggalkan je la dia.

    Larat ke nak hadap makan nasi bujang hari-hari lepas kahwin ?

    Part kau, suruh berjimat kaw-kaw.

    Part dia, takde pun kena berjimat. Kalau kahwin, menyusahkan anak orang je.

  18. Tinggalkan ja sis. Lelaki ni kalu nak kawen x bole jd pemalas. Bab bjimat laju je dia mnta sis buat, tp bila part dia sruh bjimat kelaut critanya. Jgn jd bodoh sbb hbungan 2 tahun atau prasaan syg tu je sis. Llki camtu redflag. Ckp sis bkira bila ckp psl kreta tp dia x sedar yg dia mengungkit. Tinggalkan je .. sis can do much better than him :))

  19. Red flag sangat dik.. Tolong lah jangan kata dah sayang susah nak lupakan bagai.. jangan menyesal kemudian hari.. belum terlambat untuk tarik diri ya.

  20. Banyaknya red flag. Berundur dek. Makan hati kau nnti. Nampaknya adek bakal menanggung biawak hidup. Cinta saja tak cukup dlm dunia serba serbinya mahal ni. Adek muda lg, carilah yg lebih bertanggungjawab. Jgn jadi macam makcik ni, nk beli underwear pon fikir 1000 kali. Dari mula kawin sampai la, tak pernah senang. Kakak bertahan sebb anak2. Suami tak naik tangan. Beliau juga seorang yg sabar. Dah masuk enam series pon masih susah. Tapi makcik dah redho. Anak2 dah bekerja, hanya yg bungsu di tahun akhir degree. Fikir masak2 perangai tunang adek yg sambil lewa ni akan menarik adek dan anak2 ke dalam kesukaran hidup yg berpanjangan

  21. Aiman tu rela habiskan duit ke tempat yang tak perlu, tak perlu pun modify kereta. Saya pun ada kereta, tak perlu modify apa2, boleh saja jalan merata2.

    Ini menunjukkan Aiman still couldn’t get his priorities straight.

    Sekarang pun cik dah rasa serabut dengan masalah kewangan, bayangkan nanti dah kawin, dah ada anak, macam mana? Sanggup kah?

    Cinta tak boleh mengenyangkan perut.

    Cik pilihlah orang lain. Lebih senang untuk putuskan pertunangan dari meminta cerai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *