Nasi K4ngk4ng II

Untuk part I, (https://iiumc.com/nasi-k4ngk4ng/).

Dahulu, sewaktu saya melihat cerita Perempuan Isteri Dan …, saya tertanya-tanya bagaimana cara dia boleh menundukkan si suami yang panas baran macam tu dan apakah yang dipanggil nasi kangkang?

Bila saya mengenali Izham dan Hisyam barulah saya tahu apa yang di namakan sebagai nasi k4ngk4ng.

Malam itu saya dengan Izham diarahkan untuk mengemas bilik kosong yang dijadikan sebagai store simpan barang. Hisyam kata ada seorang perempuan nak datang berubat. Jadi dia kena bermalam semalaman.

Saya yang kepenatan ini kerana baru selesai menjadi orang ‘pengantaraan’ antara Hisyam dan jin, mencadangkan supaya perempuan itu tidur bersama saya sahaja. Tetapi Hisyam tidak setuju kerana bimbang saya akan diganggu oleh jin yang ada di tubuh si pesakit.

Malam itu, jam 10.00 malam seperti yang dinyatakan oleh Hisyam, ada seorang perempuan datang ke rumah sewa Hisyam.

Saya namakan dia sebagai Julie untuk memudahkan saya bercerita. Usia Julie lebih kurang dalam 40-an. Cantik dan manis orangnya.

Malam itu Hisyam meminta saya temankan dia dan Julie ketika sesi perubatan itu berlangsung. Izham sudah pulang dan teman wanita Hisyam juga sudah lena.

Hisyam membakar kemenyan di hujung kaki Julie yang hanya ditutupi dengan sehelai kain batik lepas. Julie berbaring dalam keadaan terlentang di atas katil bujang di bilik yang telah saya dan Izham kemaskan tadi.

Beberapa potong mantera dibaca oleh Hisyam sambil memasukkan kemenyan yang sudah hancur.

Apabila bara sudah mula nampak kemerah-merahan, Hisyam memerah beberapa biji limau kasturi di dalam bara tersebut sehingga asap hitam naik berkepul-kepul di udara.

Tiba-tiba Julie mendesah seperti terangsang seolah-olah sedang membuat hubungan intim. Matanya tertutup manakala tangannya memegang cadar dengan kuat.

Ketika itu saya tidak pasti sama ada dia dalam keadaan sakit atau sedang berahi kerana riak wajahnya yang tidak menentu.

Perlahan Hisyam meminta saya mengikuti dia keluar daripada bilik itu.

“Dia kenapa?” Soal saya kepada Hisyam yang sedang asyik menyedut asap rokok.

“Dia nak buat pengasih… Suami dia ada perempuan lain dan dia nak suruh suami dia lupakan perempuan tu..” Jawab Hisyam.

“Habis tu kenapa sampai macam tu sekali. Abang buat apa pada dia?” Soal saya lagi.

“Kejap lagi adik akan tahu…” Jawab Hisyam sambil tersenyum lebar.

Tiba-tiba mata saya tertangkap satu makhluk bertubuh sasa keluar dari bilik tersebut. Makhluk itu tidak berupa, hanya bayang-bayang hitam, tetapi jelas kelihatan dia seperti lelaki dewasa yang tegap.

Sebaik sahaja dia keluar daripada bilik itu, sekali lagi Hisyam membaca mantera dan membakar kemenyan. Seperti biasa Hisyam akan meminta saya membuka tingkap dan makhluk itu akan hilang dibawa angin.

Tidak lama kemudian, Julie keluar siap berbaju lengkap tidak seperti tadi hanya berkemban sahaja.

Julie menghulurkan mangkuk besi yang berisi beberapa helai tisu yang kelihatan sedikit basah kepada Hisyam.

Setelah membaca mantera, Hisyam membakar tisu itu sehingga hangus dan hanya tinggal habuk yang halus.

“Masukkan dalam makanan suami. Amalkan setiap masa. Jika bekalan habis, akak boleh buat sendiri. Baca jampi yang saya ajarkan tadi.

Jika akak bermimpi bersama seseorang, air yang keluar daripada kemaluan, akak lap guna tisu dan bakar kemudian akak campurkan dalam makanan suami akak,” ujar Hisyam sambil menghulurkan mangkuk besi tersebut kepada Julie.

“Jika kakak ingin hasil yang lagi power, sesudah akak sedar daripada mimpi dan air itu masih mengalir, akak boleh terus kangkang ke dalam bekas makanan suami akak… Ini bukan setakat dia lupakan scandal dia, tapi segala yang akak suruh dia akan turuti..” Sambung Hisyam lagi.

Saya menjeling sinis ke arah Hisyam kerana tahu Hisyam telah menipu Julie. Julie tidak bermimpi sebaliknya dia memang telah didatangi jin untuk melakukan hubungan sulit semata-mata ingin mendapatkan ramuan pengasih.

Hasil daripada itu, beberapa minggu kemudian Julie menghubungi Hisyam mengatakan usaha telah berjaya.

Si suami sudah pun mula balik ke rumah, bagi nafkah zahir dan batin yang mencukupi dan mula mengambil berat hal dia dan anak-anak.

Bukan setakat itu sahaja, apabila Julie mula dikuasai oleh emosi yang tidak stabil, mengingati segala kejahatan si suami ke atas dia dan anak-anak, dendam mula menguasai jiwa.

Julie juga membuat cara yang lebih ‘power’ itu tanpa berfikir panjang dengan niat ingin suaminya patuh dan tunduk kepadanya.

Setiap hari Julie akan membaca mantera yang Hisyam bagi tanpa mengetahui bahawa dengan membaca mantera itu dia sedang menyeru jin itu datang untuk menyetubuhi dirinya.

Maka setiap hari jugalah Julie akan kangkang ke dalam bekas makanan si suami. Hasilnya membuahkan kejayaan. Suaminya mula menuruti semua permintaan Julie tanpa sedikit pun ada bantahan.

Melihat keadaan itu Julie sangat gembira dan setiap hujung minggu Julie akan datang ke rumah sewa Hisyam untuk belanja kami makan.

Suami Julie semakin teruk. Si suami menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Asyik ingin berkepit dan berhubungan intim sahaja, awalnya Julie gembira dan bahagia namun lama-lama Julie menjadi rimas.

Julie mula marah-marahkan si suami sekiranya si suami meminta hubungan badan tidak kira Julie sedang penat atau datang bulan. Kadang kala sampai naik kaki dan tangan keatas si suami.

Hampir 6 bulan si suami tidak pergi bekerja kerana sentiasa ingin bersama Julie. Bukan setakat itu sahaja, suami Julie juga akan ke tempat kerja Julie semata-mata ingin bersama Julie.

Ini membuatkan Julie menjadi malu dengan kawan-kawan satu pejabat kerana keadaan si suami bukan seperti dahulu lagi. Si suami tidak pandai uruskan diri sendiri.

Rupanya yang dulu menjadi kegilaan ramai perempuan tiba-tiba berubah menjadi seperti orang yang tidak waras. Apabila ditanya, Julie bagi alasan bahawa suaminya menghidap depression.

Julie mula penat untuk arahkan si suami untuk mandi, makan, bekerja dan segalanya ibarat menguruskan anak kecil. Semua nak kena arah baru buat, jika tidak dia hanya akan duduk di kerusi seperti orang bodoh.

Julie juga sudah asing tidur dengan si suami kerana tidak tahan dengan suaminya. Julie ibarat hamba s*ks di dalam rumah. Pantang bertemu mata, pasti si suami akan ‘meminta’.

Jika tidak dituruti, suaminya akan bertindak agresif dan merog#l Julie tanpa belas ihsan. Jadi untuk mengelakkan itu berlaku, Julie telah asingkan tempat tidur.

Kehidupan Julie juga tidak tenteram seperti dulu. Setiap malam Julie akan diganggu dengan kelibat lelaki yang selalu masuk ke dalam biliknya.

Kadangkala Julie akan berasa sakit di bahagian alat sulitnya. Berdenyut-denyut sampai ke pangkal ari-ari seperti ingin melahirkan anak.

Apabila datang bulan, darah uzurnya juga tidak seperti biasa. Akan keluar berketul-ketul seperti darah nifas selepas bersalin. Pernah satu malam, Julie terasa seperti ditindih dan alat sulitnya terasa seperti ditusuk sesuatu.

Puas dia meronta namun tidak berjaya. Akhirnya akan rasa air panas mengalir di celah pehanya. Tetapi Julie tidak lagi buat seperti yang Hisyam minta. Hanya dicuci begitu sahaja. Julie mengadu dengan Hisyam dan minta Hisyam ‘menghalau’ jin tersebut.

“Saya boleh buat apa yang kakak pinta tetapi, segalanya akan tawar. Suami kakak akan kembali kepada asal,” jawab Hisyam tenang.

“Biarlah Syam, akak dah tak tahan dah. Suami macam lembu, tiba masa kena layan juga s#ks dia, kerja entah ke mana, 100% dalam rumah tu baik daripada belanja dapur, loan-loan dan anak-anak semua akak yang kena tanggung.

Sudah 6 bulan tak naik office bekerja. Memerap jer dalam rumah tunggu akak yang uruskan. Penat lah Syam. Lama kelamaan boleh tutup syarikat dia tu. Harap budak kerja jer yang uruskan. Akak risau lah Syam, mak mentua akak ada minta akak bawa dia pergi berubat.

Mentua bimbang dia jadi begitu sebabkan betina yang dia scandal haritu. Mertua akak kata, mungkin betina tu dah guna-gunakan suami akak. Tapi kalau dia tahu itu semua kerja akak, mati akak Syam,” begitulah lebih kurang apa yang saya dengar daripada mulut Julie.

“Ni satu lagi. Jin tu dah mula menganggu akak dan anak-anak akak. Setiap malam anak-anak mengadu nampak kelibat orang berjalan keluar daripada bilik akak. Dah lah macam tu, kalau akak tak buat lah apa yang Syam suruh, baca jampi tu…

Tiap-tiap malam rasa kena tindih lepastu mimpi buat hubungan badan dengan lelaki lepas tu bila terjaga mesti akak basah. Seram lah akak Syam,” adu dia lagi.

“Sebelum akak setuju ambil ilmu ni saya dah nasihatkan akak kan. Sudah cerita semua baik dan buruk kesannya. Tapi kakak setuju sebab terlalu sayang. Sekarang kalau kakak nak saya tawarkan tidak jadi masalah. Tapi suami akak akan jadi seperti biasa.”

Akhirnya Julie bersetuju untuk tawarkan suaminya. Biarlah semuanya kembali seperti sediakala.

Alhamdulillah selepas daripada itu Julie tidak lagi menunjukkan mukanya kepada kami lagi.

Ada desas-desus yang saya dengar, Julie telah bercerai dengan suaminya. Malah ada juga yang bercerita dia sedang menderita penyakit kelamin dan barah rahim. Nauzubillah..

Sahabat yang saya sayangi. Berkali-kali saya katakan. Hati manusia Allah SWT yang pegang. Jika terlampau sayang dan kasih, minta dengan Allah… Bukan dengan pemilik hati itu sendiri dan bukan juga dengan meminta bantuan daripada pengamal ilmu hitam.

Astaghfirullahalazim…

-TAMAT-

– MayangSari/Adik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *