Nasi Kangkang Bibik

Aku tak pernah sangka benda macam ni boleh jadi dalam rumah aku sendiri.

Aku ni seorang wanita, ada suami dan dua anak. Suami aku kerja kerajaan, aku pula buat bisnes kecil dari rumah.

Untuk bantu urus rumah dan anak-anak, kami ambil seorang bibik dari seberang yang namanya Lilis. Nampak sopan, lembut, dan rajin. Tapi siapa sangka, dalam diam, dia siapkan perangkap paling jijik untuk keluarga aku.

Awalnya dalam 2 3 bulan camtu okay je, Tapi lepas dua bulan, benda pelik mula jadi.

Malam-malam, aku dengar bunyi tapak kaki menyeret perlahan-lahan dari dapur ke bilik tetamu, tempat Lilis tidur.

Bila aku jenguk, tak ada sesiapa pun kat situ. Aku ingat mungkin bunyi tikus… sehinggalah anak aku yang umur 5 tahun cakap,

“Mama, malam tadi ada ‘kakak rambut panjang’ duduk tepi katil adik. Dia tengok je. Muka dia tak ada mata.”

Darah aku mengalir laju, gabrah wey. Tapi aku diamkan. Aku ingat mungkin mimpi budak-budak. Tapi benda ni jadi makin pelik lepas tu…

Suami aku makin dingin. Dia makin kurang bercakap dengan aku, tapi dengan Lilis… bukan main mesra.

Pernah aku nampak dia senyum-senyum sendiri lepas makan, macam orang khayal. Anak-anak pun makin tak dengar kata. Rumah tu rasa ‘berat’, macam ada sesuatu yang lain duduk bersama kami.

Satu malam, masa aku tengah lipat baju dalam bilik, tiba-tiba blackout, aku tengok rumah kiri kanan pun semua tak ada elektrik. TNB problem kot.

Aku mula rasa meremang. Dalam gelap sunyi tu, aku dengar sayup2 je suara ketawa halus perempuan, betul-betul dekat telinga aku. Anak aku dah tidur, jadi aku teriak panggil suami yang dekat ruang tamu.

Aku tak tahu lah kenapa kena panggil baru dia nak datang. Itu pun lambat, berkali-kali panggil baru datang. Dah tahu wife dia ni penakut gelap, patut datang jelah.

Korang tahu apa dia cakap? “Alah, gelap sikit je, lampu phone kan ada.”

Sambil dia cakap macamtu dekat aku, aku nampak Lilis ada di tepi pintu bilik sambil tersenyum. Entah lah.

Kemuncaknya, waktu tengahari macamtu, aku nampak Lilis letak nasi yang tengah nak masak tu dekat celah kangkang dia. Lahhhh kau dah kenapa bibik?

Aku pun menjerit, “Woii, kau buat ape tu?” Menciput dia betul2 kan kain batik dia dan letak periuk nasi tu dalam electric cooker tu semula.

Bila aku tegur, dia gelabah dan bagi alasan nak periksa air nasi. Tapi hati aku kata, ini bukan kerja orang waras. Aku pun tak bodoh.

Aku terus google tengok benda apa dia buat, dan jumpa pasal nasi kangkang. Cara orang lama ikat suami dengan sihir makanan kotor.

Malam tu aku cerita dekat suami. Mula-mula dia marah, kata aku tuduh bukan-bukan.

Tapi bila aku tunjuk bukti, bulu kerinting dalam nasi, kain koyak dalam almari dapur, dan bau hanyir yang muncul setiap kali waktu Maghrib, dia mula terdiam, nampak macam mula nak percaya.

Esoknya, suami ambil cuti dan decide hantar semula Lilis balik ke agens.

Selepas tu, aku panggil ustaz untuk ‘bersih’kan rumah. Ustaz kata rumah aku “berpenghuni”, ada benda yang panggil dia masuk dalam rumah tu.

Seminggu lepas tu, aku dapat rasa rumah aku ringan semula. Suami aku kembali seperti biasa, anak pun makin ceria.

Tapi sampai sekarang aku trauma bila masak nasi… Sebab aku pernah hampir hilang keluarga sendiri, hanya kerana nasi kangkang seorang bibik… dan makhluk yang dia bawa bersamanya.

– Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *