Nasib Aku

Assalamualaikum semua. Aku ada benda nak share dan tanya pendapat semua. Aku seorang pelajar praktikal di sebuah organisasi yang boleh dikatakan baru nak membina nama. Mula-mula apply sini aku tak tanya pasal elaun atau apa-apa bayaran sebab aku sedar aku cuma pelajar praktikal yang datang hendak belajar. Permulaan aku baik-baik sahaja. Bos pun baik selalu beli makanan atau minuman untuk intern. Even aku malu, tapi kalau tolak bos terasa. Terima jugaklah.

Ada satu hari aku nak pergi makan. Seperti biasa, memang dah jadi kebiasaan aku akan tanya sesiapa je kat office nak kirim apa. KIRIM. Bukan belanja. Bos cakap dia nak guna duit aku dulu nanti balik dia bayar. Bila aku dah beli, dia makan dan cakap aku belanja dia. Aku dengan tak rela senyum dan simpan sedih je mampu. Dalam poket cuma ada rm10 nak hidup lagi 2 minggu. Start dari tu bos tak pernah belanja apa-apa lagi. Maybe dia ingat aku orang senang. Dan aku pun tak pernah belanja dia apa-apa lagi sebab aku pun bukan orang senang. Baik aku belanja orang susah atau derma di masjid.

Di office, aku tak banyak kerja. Kerja aku lebih kepada dokumen dan segala kertas2 yang menimbun tu. Segala mak nenek fail dalam bilik file tu semua aku yang kena susun. Kami ada 3 intern lelaki dan 3 perempuan. Yang perempuan sokmo kena ragging dan yang lelaki boleh bantai tidur time kerja. Kerja2 semua perempuan yang handle, kalau kami kasi kerja dekat diaorang, diaorang akan kata kami tak tahu buat ni. Korang buatlah. Siapa tak stress? Banyak kali sebut pun masih macam tu. Bab pembahagian tugas pulak, bos lebih berat ke member aku. Kadang kami duaorang perempuan rilek tak ada kerja. Sedangkan member aku 4,5 kerja kena buat. Sebab kesian dan bosan, kami tolong jugak dia.

Point aku is sebagai seorang bos, tolonglah jangan pilih kasih dan jadilah adil kepada setiap staff atau intern. Aku tengok banyak staff sini yang stress sebab yang mana dia suka semua dia campakkan kerja. Lagi satu tolonglah jangan berkira. Kami budak2 intern pun nazak nak hidup. Janganlah ambil kesempatan ke atas kami. Kami ni duit bulanan cukup2 untuk makan bahkan ada antara kami yang tak makan sebab tak cukup duit. Lagi satu kami kalau keluar hantar barang atau ke mana2 (urusan office) duit minyak memang tanggung sendiri. Duit makan pun tak cukup, nak tanggung duit minyak lagi.

Jangan kata aku tak kerja part time. Zaman gawat macam ni memang tak ada pilihan. Aku kerja part time, tapi lepas insiden kena rompak masa bekerja, aku jadi trauma. Nak keluar malam pun takut. Sampai satu masa tu aku tengok orang naik motor pakai helmet pun rasa gentar. Weekend aku kerja kedai makan. Sehari 25 ringgit. Dua hari dapatlah 50 ringgit. Alhamdulillah rezeki. Isi minyak 40 ringgit tinggalah 10 dalam tangan. Itupjn tak selalu kerja sebab kadang2 kedai tu tutup. So tak dapatlah hasil minggu tu.

Bila dengar cerita kawan2 tentang bos masing2, alhamdulillah syukur bos aku masih baik. Cuma mungkin ada kurangnya. Ada dua tiga orang member aku yang bertuah. Makan ‘disuap’, duit dihulur dan tempat tidur diberi. Untungnya mereka. Semua semuanya sejahtera selalu.

Aku duduk jauh dari family. Jadi kena berdikari sendiri. Nak mintak duit dekat mak bapak pun pikir 10x sebab diaorang pun susah dekat kampung. Duit ptptn pulak habis bayar yuran belajar dan tanggung mak ayah aku punya belanja sikit2. Sebab sekarang pekebun tengah ‘miskin’ hasil tanaman tak menjadi. Aku pun dah 2 bulan tak balik rumah, duit tak cukup. Setiap kali call mak ayah, mesti aku nangis. Rindu nak jumpa. Mak aku cakap kuatkan diri, kita praktikal sebab nak belajar ilmu nanti bila nak bekerja senang.

Apa nak buat, nasib aku. Doakan aku berjaya, sebab bila aku dah berjaya buka company sendiri aku nak ubah jadi bos yang lebih peka dengan intern. Sebab aku pun pernah lalui kesusahan zaman tu. Maaf kalau ada yang tak senang dengan confession aku, sekadar meluah rasa. Minta doakan aku juga, aku sedang usya2 nak join dropship (walaupun kena tipu 2x) tapi demi mencari duit sara hidup. Kalau tak berjaya dropship juga, mungkin aku akan jual apa-apa makanan dengan flat yg aku duduk sekarang. Dapat 10 ringgit sehari pun jadilah. Daripada tak ada. Doakan aku kuat. Doakan bos aku dimurahkan rezeki dan sejahtera selalu. Assalamualaikum.

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *