Alhamdullilah. Nasib aku dengar nasihat mak dan nasihat yang lebih berumur.
Aku seorang wanita bekerjaya, dan income boleh di katakan 5-6x ganda daripada suami ku. Aku telah berkahwin lebih 8 tahun..
Aku seorang yang sangat workaholic dan suka kepada business. Dari kecil dah buat business kecil-kecilan.
Suami ku seorang family guy dan anak mak sikit. So lebih kepada stability dan tidak kesah sangat bab duit ni.. asalkan cukup dan memadai. Namun kadang2 tidak serious dalam pekerjaan nya.
Di lahirkan dalam keluarga sederhana, Ibu dan ayah nya terlalu memanjakan dia dengan bantuan kewangan setiap bulan.
Dan aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan dan miskin. Layak lah masuk rancangan bersama mu, huhuhu. Maka pengalaman mengajar ku, untuk lebih berusaha dan rajin.
Sejujurnya aku tak suka mentua beri wang belanja kepada suami ku, kerana bagi ku, mereka lah yang patut kami hulurkan.
Setiap kali kami beri kan wang belanja kepada keluarga mentua, mereka menolak.. mentua aku orang yang baik-baik Alhamdullilah.
Suami ku seorang lelaki yang baik, solat tak Tinggal dan penyayang. Itu adalah kelebihanya yang dari mula pengenalan buat aku jatuh cinta bukan kerana rupanya.. walaupun memang dia ada rupa, hehehe.
Namun kelemahanya adalah dari segi, tiada Big why dan Life Goals (Target dalam hidup). Baginya hidup je lah dengan apa yang ada. Huhuhu. Aku tak boleh.. Aku tak boleh… sebab cita2 dan jiwa ku besar.
Pada mula kami sering bergaduh kerana berlenggu hutang dan dia sering berhenti kerja. So aku lah tampung2 mana yang patut selama beberapa bulan.
Time tu umur umur masing 23, 25 tahun. Hati panas kan… bergaduh bergaduh sampai nak bercerai. Time tu rasa konon macam nekad lah.. konon rasa macam takda dia pon aku boleh hidup.
Tetapi orang tua kata, Dalam perkahwinan kena belajar banyak bersabar.. betul lah kata orang. Nasib aku dengar hehehehe… kalau ikotkan degil ni, ntah ler ape nak jadi.
So kami pergi counselling ke pejabat agama. Suami pon faham apa kelemahan dia, aku pon faham apa kelemahan aku.
Kami slow talk. Tiba2 suami Menagis teresak-esak. Dia luahkan dia malu dengan aku… katanya dia bukan jenis business minded macam aku dan dia susah nak dapt kerja tetap kerana kerja rata2 status kontrak 6 bulan – 1 tahun. Bukan rezeki…
Ya Allah… Aku tersentak dan tersedar. Ego nya aku.. berdosa nya aku …
“COMMUNICATION” IS VERY IMPORTANT!!!! Betulah kata counselor tu.. penting nya komunikasi dalam perkahwinan.
Dia suami yang baik dan sangat rajin bantu kerja rumah… makan pon tak berkira. Bertuahnya lah aku dapat suami mcmni, cuma ada kelemahnya. Dan aku pun banyak kelemahan..
So dari situ kami Bangkit dan belajar “Complement each other, we work as a team”.
Setiap kali aku ada appointment dan perlu outstation, Suami akan teman dan bantu sekali dalam urusan business. Dan mana2 urusan suami bantu utk percepatkan process. Dia tak minta upah pon.. tapi sebab dia memang nak teman dan support my business.
Honestly berada nya aku ke tahap ni dengan semangat dan bantuan daripada suami ku.. Kerap juga dia apply cuti untuk teman ke outstation dan tunggu 6-8 jam dalam kereta, jika aku ada urusan dengan kilang dan supplier. Risau aku berseorangan.
Hubungan kami semakin erat, semakin baik… blood brother gitewww hahahaha.
So kenapa aku kata, Nasib baik ikot cakap mak? Dan Counsellor juga pesan perkara yang sama.
Sebab mak aku pesan,perkahwinan ni adalah ujian. Pertahankan selagi kau boleh… Bersabar, dan agama tu adalah tiang. Tolak ego dalam diri, komunikasi tu penting….
Dan kalau pasangan kita lemah sesuatu.. kita lah bantu dan guide untuk sama2 maju jaya. Tiada istiah letak beban kepada Suami sahaja dan kepada Isteri sahaja. Work as a team!
Cuma kami tak suka nak tanyang sangat di social media… tak selesa. Privasi lebih baik….
Sekarang, Suami dah pandai dah dan juga lebih bersemangat dan rajin dimana kami ada target business kami sendiri. Dan suami juga slowly ajar aku agama dan dekatkan diri dengan pencipta. Anak2 kami pon suami yang ajar kan..
Syukur Ya Allah Engkau berikan perkahwinan yang Indah.
So Guys, Penceraian bukan jalan utama ya… kadang2 bila kita marah,kita lupa kebaikan dia. No such thing perfect!!!
Jangan bandingkan diri atau pasangan kita dengan orang lain. Biarlah kita bahagia cara kita.
Jika ada masalah, terutama keadaan mencabar sekarang ini. Masing2 perlu cari jalan penyelesaian “Focus kepada solusi,work as a team”, jangan keruhkan keadaan…..
Jangan rendah2kan pasangan anda… kita semua mampu berubah ke arah lebih baik… In sya Allah. Bersangka baik lah.
“Rugi nya jika aku ikotkan perasaan ego dan marah aku untuk bercerai” fragile sungguh aku ketika itu.
– Siti Zulaika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit