Assalamualaikum warga pembaca IIUM Confession. Sekadar ingin berkongsi rasa dan sangat2 diperlukan kata-kata semangat buat masa ini.
Aku wanita sudah berumur 36 tahun. Aku ni jenis biasa jek, takde rupa yang cantik, takde harta yang mewah tapi Alhamdulillah aku rasa cukup segala-galanya.
Sekarang aku bertugas sebagai seorang pendidik di salah sebuah negeri di sini dan aku baru jek berkahwin 5 bulan yang lalu. Banyak sebenarnya masalah dan cerita di sebalik saat2 aku nak berkahwin dulu. Apa yang aku nak luahkan ini adalah sebab jodoh.
Ya, bila sebut pasal jodoh, mesti ramai yang cakap rezeki, jodoh, ajal maut di tangan tuhan. Aku percaya semua tu. Tapi kadang2 sampai satu masa korang akan give up bila pikir pasal jodoh. Macam aku jodoh aku lambat. Umur aku dah nak cecah 36 tahun baru aku kahwin.
Alhamdulillah aku berkahwin sebab aku rasa pasangan aku adalah jodoh yang terbaik untuk bimbing aku kepada jalan kebaikan, jalan yang lebih baik. Tapi di sebalik perkahwinan aku ni terselit macam2 dugaan.
Sebenarnya dari zaman aku belajar, aku memang pernah berkawan dengan lelaki. Aku ni jenis setia jadi memang susah ler aku nak curang dengan pasangan aku. Sekali aku dah sayang aku akan sayang giler dengan pasangan aku. Jadi lelaki yang pernah aku bercinta memang boleh dihitung dengan jari.
Tapi, masa aku berkawan dengan lelaki mesti tak lama hubungan tu. Cinta pertama aku semasa aku belajar di maktab, dan aku kenal lelaki ini dalam satu laman sosial kalau tak silap aku “Friendster”. Sekarang ni laman sosial tu dah takde rasa yer.
Aku suka masuk laman sosial tu sebab banyak artikel yang dikongsi dan aku suka baca. Lelaki ni duda anak 2. Keci2 lagi anaknya masa itu. Jadi, selama 4 tahun kami berkawan serius dan bila aku dah sah jadi pendidik kerapkali aku akan berjumpa pasangan aku tu semasa waktu cuti sekolah.
Hubungan kami macam hubungan orang lain jugak. Ibubapa kami jugak dah kenal dan pernah kami 2 keluarga bercuti ke luar negara bersama2. Tapi, nasib tak menyebelahi aku. Hubungan kami putus sebab aku dapat bau dia curang dengan aku dan memang pernah terkantoi dengan aku.
Tapi selama bercinta dengan lelaki tu, dia selalu bercerita ramai pasal perempuan2 kenalan dia, aib dia tak perlulah aku ceritakan. Hanya aku aja yang tau.
Selama 4 tahun berkawan tu aku tak pernah berkira dari segi kewangan atau soal belanja makan. Anak2 dia juga aku buat macam anak2 aku sendiri Tapi bila aku sebut pasal kahwin dia selalu mengelak.
Jadi, bila aku dapat tau dia curang, aku sendiri yang undur diri angkat kaki dari hidup dia. Aku jenis memang pantang lelaki yang tak jujur dan cakap berdolak dalik ni. Jadi, aku doakan dia bahagia jek dengan siapa pun pasangan dia masa tu.
Kemudian, aku teruskan life aku macam biasa. Teringat jugak masa zaman universiti dulu pernah jugak ada teman tapi mesra. Berkawan macam orang bercinta.
Tapi bila dah abis uni masing2 bawak diri. Tau tau jek lelaki tu dah berkahwin sedangkan lepas abis uni lelaki tu kerap jugak berhubung, cakap di telefon berjam2 lamanya.
Tapi end up, putus jugak. Masa tu ingatkan aku dan teman tapi mesra tu akan berkahwin, tapi hancur jugak.
Kemudian, di institusi tempat aku mengajar jugak pernah ada seorang lelaki yang jadi kawan baik, kawan rapat aku. Kitorang memang baik, selalu keluar makan bersama ditemani seorang lagi rakan baik dia yang juga rakan baik aku.
Hubungan baik kitorang berlanjutan selama 3 tahun macam tu. Dia bujang lagi masa aku masuk mengajar di situ, pada awalnya aku tak berapa suka dia, tapi bila dia selalu rajin mengusik aku, kami jadi kamceng dan rapat.
Kebetulan pulak bidang yang kami mengajar sama, jadi senang nak buat kerja. Suatu hari, masa tu aku bercuti ke negeri dia, dia entertain aku selama aku bercuti kat sana, bawak aku jalan2. Malam sebelum aku nak balik dari bercuti tu dia melamar aku.
Tapi hubungan aku, berakhir jugak dengan lelaki tu sebab dia lamar aku sebab nak tutup cakap2 bising orang tua dia yang suruh dia kahwin. Tapi dalam masa yang sama tu dia masih berhubung dengan kekasih lamanya.
Aku jadi down sekejap masa tu. Aku tertipu lagi. Aku fikir malang betul nasib aku dalam perhubungan ni.
So, sejak aku tau sebab dia lamar aku, hubungan kami tak rapat macam sebelum ni. Bila ada kerja saja berjumpa dan bercakap, dan bila takde ape memang masing2 membisu seribu bahasa.
Nak dijadikan cerita lepas aku putus dengan rakan sekerja aku tu, ada parent aku pulak ada bagitahu ada orang nak merisik aku. Cerita yang ni lagi aku rasa macam nasib aku tak bagus. Parent aku cakap jangan memilih sangat dah sebab umur aku makin meningkat.
Masa ni aku memang berserah jek. Ada jodoh ada takde jodoh pun takpe. Aku malas nak pening fikir pasal jodoh dah. So yang merisik aku tu ayah kepada lelaki yang memang aku tak kenal la. Yang beria ia sangat ayahnya bukan anaknya.
Ayah lelaki ni cakap nanti anaknya akan mesej untuk berkenalan tapi hampeh, mesej yang aku dapat tu mesej dari ayah lelaki tu jek yang sibuk tanya ada ke tidak anaknya mesej aku.
Jadi, sekali lagi aku kecundang dalam soal jodoh ni. Bukan sekali famili aku nak uruskan pasal jodoh ni, beberapa kali jugak la tapi semua yer tak jadi.
Tak jadi bukan sebab aku tak terima tapi sebabkan yang lelaki hilang terus dari radar. Mungkin tak berminat nak berkenalan dengan perempuan macam aku kut. Aku redha, pasrah jek kalau aku memang bernasib malang dalam soal jodoh ni.
Aku teruskan lagi kehidupan aku selepas tu. Masa tu aku ada install aplikasi berkenalan dalam telefon bimbit aku tapi bukan wechat yek. Sekarang ni dah takde dah pun aplikasi tu. Masa ni ramai lelaki yang aku kenal dalam laman sembang ni. Ada macam2 jenis lelaki. Ada yang saja nak test market.
Ada yang scammer nak tipu duit perempuan. Ada yang cari calon isteri jugak. Ada yang sekadar nak suka2 jek melucah dengan perempuan. Dan aku pernah jugak berjumpa dengan lelaki2 dalam laman sembang ni.
Masa tu tak tahu ler kenapa aku berani sangat nak berjumpa. Masa tu aku fikir sekadar nak kawan aku takde hal pun.
Tapi lelaki2 yang aku jumpa tu semua yer yang nak mengenakan perempuan, yang ambil kesempatan nak pegang2, yang jenis kaki kelentong. Ada yang aku penah jumpa, masa sembang dalam apps tu profile lain, bila jumpa pulak muka lain.
Hahaha, lelaki2… Macam2 perangai korang kan. Tapi aku bukan jenis perempuan yang terdesak sangat nak kejar lelaki. So, mana yang aku rasa sengaja nak amik kesempatan tu aku terus block. Malas nak layan.
Nak dijadikan cerita, dalam laman sembang ni lah aku jumpa suami aku yang sekarang ni. Kami kenal tak sampai berapa bulan kawan, terus kami rapat. Hubungan aku dengan suami aku masa tu macam pasangan lain.
Selama kenal dan jumpa suami aku, satu jek yang buat aku lembut hati dengan dia, setiap kali kami keluar suami aku memang jaga solat pada waktunya. Suami aku juga dia suka bercerita, berkongsi tentang hal2 agama walaupun dia bukan ustaz pun.
Dia suka membaca. Jadi dia suka mengingatkan pada aku perkara yang baik2. Ohhh, lupa nak cakap suami aku ni duda anak 4. Jadi, sekarang ni aku jadi isteri dan jadi ibu segera kepada anak2 suami aku. Kami berhubungan selama setahun jugak dan masa tu kami terus decide nak kahwin.
Kami tak bertunang pun, terus buat preparation nak buat majlis kahwin. Parent aku jugak dah restu masa tu dan kebetulan umah suami aku dulu dekat dengan umah parent aku. Kalau suami aku buat hal, pendek kata memang boleh cari la.
Jadi, tinggal lagi 3 bulan preparation majlis kahwin aku, semua dah ditempah, tinggal lebih kurang 90% jek lagi semua yer setel.
Tapi, ada perkara yang aku tak sangka terjadi, masa tu baru aku tau siapa sebenarnya suami aku. Ada perempuan ni yang kononnya bekas gf suami aku mesej aku macam2 tentang suami aku. Siap maki aku, siap stalk fb famili aku semata2 nak dapat mesej dengan aku.
Memang perempuan ni agresif betul dia sanggup buat apa saja untuk dapat bercakap dengan aku. Cukup la aku cakap yang sebenarnya 1 jek hal negatif yang suami aku buat ialah dia seorang pencinta wanita. Atau erti kata lain, kasanova ataupun kaki perempuan.
Aku memang tak suka sebut perkataan tu. Jadi, disebabkan perempuan ni, mujur perkahwinan kami tetap berjalan. Kalau tidak memang aku rasa aku tak jadi kahwin. Sejak dari aku tau pasal perempuan tu aku memang terluka sangat2.
Sebab aku fikir lelaki yang sekarang bergelar suami aku, yang aku nampak kebaikan jek di mata aku rupanya kasanova.
Tapi, sebab kami dah terkahwin, aku teruskan jugak hubungan ni dan suami aku jugak berjanji dia takkan lagi buat perangai kasanova yer tu sebab dia memang sayang sangat dengan aku.
Bukan aku nak meninggi diri tapi suami aku cakap aku sememangnya wanita yang baik dimatanya. Selama aku jadi isteri dia, segalanya aku jaga. Makan minum pakai suami aku semuanya aku uruskan. Anak2 dia juga aku jaga makan minum diorang setiap kali diorang ada di rumah aku.
Sebab aku ingat pesan mak ayah aku, walaupun anak tiri layanlah diorang macam anak sendiri. Jadi aku ingat pesan mak ayah aku.
Selepas 3 bulan aku jalani hidup sebagai isteri, semuanya dalam keadaan baik, terkawal walaupun bekas gf suami aku pernah mesej aku, bagitahu yang suami aku masih mencari dia lagi, masih berhubung dengan dia lagi.
Aku tak tergugat dan aku percaya suami aku dah berubah. Walaupun baru beberapa bulan usia perkahwinan kami, kami ada jugak bergaduh semata2 sebab isu perempuan2 yang suami aku layan.
Mula2 aku marah, aku jadi sakit hati sebab kenapa suami aku tipu aku, tak jujur dengan aku. Airmata ni entah berapa gelen dah jatuh.
Aku kecewa sangat2 dengan suami aku sampai aku melulu cakap pada suami aku untuk lepaskan aku. Sebab aku tak sanggup diperbodohkan dan kene tipu hidup2 oleh suami aku.
Korang bayangkan, baru semalam majlis sanding aku esok paginya aku terbaca mesej perempuan dari fon suami aku yang merayu kenapa dah lama tak hiraukan dia. Korang rasa apa aku rasa masa tu? Rasa macam nak gugur jantung aku, hati aku koyak, terluka pedih suami aku buat macam tu.
Selepas kejadian tu, suami aku berjanji lagi. Dia takkan pernah sakitkan perasaan aku, kecewakan hati aku. Dia nak jaga hubungan ni dengan aku.
Dia taknak lagi bercerai untuk kali kedua. Jadi, aku pasrah. Aku maafkan suami aku. Sehingga bulan lepas semuanya kembali ok. Aku rasa lega. Aku pernah cakap dengan suami aku, yang aku taknak jadi isteri derhaka. Bila bergaduh aku tak boleh nak kawal emosi aku.
Aku sememangnya tak suka nak tinggi suara dengan suami aku. Tapi kadang2 bila kami bergaduh tentang isu perempuan ni aku jadi agresif. Aku takut aku menderhaka dengan suami aku. Suami aku faham bila aku cakap macam tu.
Tetapi panas tak sampai ke petang, rupanya hujan jugak di tengahari. Baru 2 minggu lepas, ada seorang perempuan hantar gambar suami aku. Bila aku tanya siapa perempuan tu, dia jawab dia perempuan yang pernah aku call sehari selepas majlis sanding aku.
Perempuan yang aku terbaca mesejnya dari fon suami aku tu. Gambar apa yang dihantar korang jangan tanyalah. Memang gambar tu susuk tubuh suami aku yang sekarang ni.
Aku tau memang gambar tu boleh mengaibkan suami aku. So, biar aku jek tau gambar macam mana. Kali ni aku makin menggila, aku tak sangka suami aku masih tak jujur dengan aku.
Katanya gambar tu cerita lama tapi aku tau gambar itu gambar keadaan suami aku yang sekarang. Hancur luluh hati aku berkecai lagi.
Aku menangis sehingga aku rasa tertekan dan stress aku buat keje giler aku keluar rumah lewat2 malam pukul 2 pagi baru aku balik. Aku lari dari rumah sebab aku nak tenangkan diri aku. Masa tu aku terfikir kenapa suami aku buat aku macam tu?
Apa tak cukup ke layanan yang aku bagi selama aku bergelar isteri dia. Sampai aku suruh dia bagitahu apa kekurangan aku dimata dia. Memang hancur perasaan aku masa tu. Aku cuba untuk percaya suami aku tapi bila jadi semula perkara macam ni.
Aku minta suami aku lepaskan aku. Aku jadi tak sanggup dan tak mampu nak tampal hati aku yang koyak ni berulang2 kali. Setiap kali solat aku doakan suami aku berubah, aku doakan yang baik2 untuk suami aku.
Aku sayang sangat suami aku. Sebab suami aku jugak, aku berubah kepada yang lebih baik, aku jaga solat aku dengan Allah. Tapi…..
Bila aku muhasabah balik diri aku, adakah aku perempuan yang tak layak untuk mana2 lelaki? Apakah aku perempuan yang tak layak nak dapat kebahagiaan berumahtangga macam orang lain. Apa malang sangat nasib aku??? Aku kenal dengan mana2 lelaki semuanya sama jek.
Sekarang ni aku takde siapa tempat aku bercerita. Tempat aku nak luahkan perasaan aku masa ini. Aku berserah pada Allah jek. Di luar aku buat2 happy jek dengan famili, kawan2 tapi dalam hati aku hanya Allah saja yang tau. Menangis tak henti2.
Sekarang ni hanya masa yang menentukan segalanya. Hubungan aku dengan suami aku pun aku rasa dingin. Suami aku pun tak tidur dengan aku dah sekarang ni. Aku jadi makin sedih bila diperlakukan macam tu.
Aku sayang sangat2 suami aku. Tiap masa aku berdoa kami dikurniakan zuriat yang soleh solehah untuk jadi pengikat kasih sayang antara aku dan juga suami aku.
Aku tak tahu apa kesudahan hubungan aku ini? Apa yang berlaku selepas ni aku kena lebih kuat dan tabah untuk aku hadapi.
Kalau takdir aku tak dikurniakan zuriat dan terpaksa jugak lepaskan hubungan ni, aku perlu redha untuk terima segala ujian dari Allah untuk aku. Aku kene lebih positif untuk perbaiki diri aku. Aku berdoa semoga Allah sentiasa bersama aku.
Terima kasih buat warga pembaca IIUM Confession sebab sudi baca kisah aku wanita yang malang.
Note: Buat suamiku, sayang sayang abang sepenuh hati. Sayang terima abang seikhlas hati jadi suami sayang.
Andai masa merubah segalanya, andai kita takde jodoh, abang jagalah diri abang sebaik2nya. Jangan lupa tanggungjawab abang pada Allah. Jangan lupa amanah Allah untuk abang pada anak2 jangan abaikan. Semoga abang sentiasa dipelihara oleh Allah S. W. T.
– Noor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit