Hai semua.. Namaku Elly, asal Borneo, aku kena bagitau awal-awal supaya pembaca bersedia dengan slang yang akan aku gunakan.
Luahan ni sebenarnya bukanlah untuk menuntut pendapat atau pandangan sesiapa. Cuma mahu bercerita kisah yang pernah terjadi dalam hidupku kira-kira 30 tahun yang lepas dan tersingkap kembali 2 bulan yang lalu.
Amaran:- coretan ini sedikit panjang.. kalau start baca dari Timpohon, sampai puncak Kinabalu baru habis.
Masa form 3 dulu aku ada best friend yang aku namakan Delia dan dia ni ada abang tua setahun dari kami aku namakan Fred.
Dipendekkan cerita, mungkin pasal aku sering sangat mengikut si Delia ni berkunjung ke rumah dia selepas habis persekolahan dan sesekali pada hujung minggu, aku jadi rapat dengan family dia termasuk parents dorang. Abang-abang dan adik si Delia pun sudah kenal denganku.
Dipendekkan lagi cerita, Fred ni sebenarnya pelajar rebutan juga di sekolah kami masa tu tapi entah macam mana dia boleh pula suka dengan aku yang serba kekurangan ini ekekeke. Gara-gara dia la aku mendapat ramai musuh perempuan di sekolah sepanjang form 3 ke form 5.
Dengan kawan aku sendiri sanggup gaduh dengan aku sebab aku memang tahu dia crush dengan Fred tapi bila Fred minta aku jadi girlfriend dia, aku on jak! Kira aku potong jalan la lebih kurang. Hahaha.. and he’s my very first special boyfriend la cinta pertama gitu..
Tolong jangan kecam ya.. yeahhh aku tahu, aku akan ambil PMR masa tu sepatutnya aku study bukan bercinta! Kalau dapat diputarkan waktu pun.. aku memang reject dia!
Sana sini student perempuan di sekolah kami berpakat tidak sukakan aku. Depan-depan aku dorang tulis surat cinta untuk Fred cuba sakitkan hati aku.
Halahhh tapikan aku ada Delia yang selalu tapis surat dorang buang ke parit sekolah. Jadi aku tidaklah rasa insecure sangat. Tapi kan kami bercinta tidaklah macam remaja sekarang.
Kami tapuk-tapuk, balik dari sekolah pun bukannya jalan beriringan. Kami lebih banyak berhubung melalui surat yang setiap kali diterima pasti membuat jantung berdebar-debar.
Setiap hari pasti ada surat yang dimasukkan dalam sampul coklat macam surat formal tu. Katanya untuk menggelabui mata mummy dia! Sering jugalah bergayut call sampai berjam-jam. Eh! Kalau diimbas kembali.. sungguh buang masa!
Parents dia sudah tau yang kami ni boyfriend girlfriend dan daddy dia pun sudah tahu serba sedikit tentang family besar aku. Dia tau aku punya late grandparents so aku rasa bangga jugalah sebab kalau dia kenal, ertinya aki dan ina aku ni kira femes la kan.. hahaha
Pastukan, rata-rata kawan aku cakap muka kami ada iras-iras “mesti kuat jodoh”.. widihhhh besarnya harapanku untuk kami kekal abadi menjalani hidup bersama selamanya.
Sebenarnya kalau diingat semula, tidak banyak manapun kenangan kami selama hidup berkapel. Cuma 2 hal yang betul-betul aku ingat, pernah sekali aku pinjam kaset MLTR dia dan rumah kaset yang acrylic tu pecah. Aku tak berani mau confess jadi aku pecahkan tabung beli kaset lain hanya semata-mata untuk dapatkan rumah kaset acrylic tu.
Tapi rupanya aku terbeli kaset dari syarikat lain.. contohnya kalau MLTR tu dari Sony (contoh ya.. sebab aku tidak ingat sudah) aku terbeli dari Warner Music. Nampak ketara berbeza la kan.
Jadi aku terpaksa beli lagi kaset lain dari syarikat rakaman yang sama dengan MLTR tapi malangnya, time mau remove label harga tu yang melekat padu pada acrylic tu, ia tidak dapat tanggal dengan sempurna. Maka jadi comotlah dia!
Dengan yakinnya aku ambil secubit kapas bubuh thinner dan lap diatas kesan comot label tu dan berlakulah kecairan permukaan acrylic tu yang makin menambahkan kecacatan. Haaiiiip masalah betul! Tapikan oleh kerana aku sudah jadi papa kedana gara-gara acrylic ni, aku tak mampu lagi mau beli yang baru. Kesiannya aku!
Pada hari aku akan kembalikan kaset tu, dia datang ke kampung aku sebab ada pesta masa bulan Mei. Kan masa cuti sekolah jadi jarang nampak (aku istilahkan nampak.. bukan jumpa! Sebab kami memang jarang jumpa di sekolah) jadi kononnya dia rindu itulah sebab dia datang tapi bukan direct datang ke tempat aku ya..
Dia kan femes, kawan ada di mana-mana dan antaranya ada 2-3 orang kawan dia di kampung kami. Hari tu ada pula seekor buaya darat di kampung aku yang aku namakan Danny.
Danny ni tua 5 tahun dari aku jadi masa tu tu dia sudah dipenghujung belasan tahun. Sikit-sikit ajak orang kahwin hahaha.. ramai sangat yang dia try ajak kahwin. Tidak dilayan oleh saturang, dia pilih lagi ke wanita lain.
Entah macam mana hari tu giliran aku pula kena ayat tapi sebenarnya aku layan dengar cerita sebab dia lebih tua dari aku sekadar hormat jak. Lagipun sekampung, takkanlah aku mau menyombong pula tambahan pula kami bukannya berdua-duaan. Ada kawan aku yang lain. Semua orang kampung pun kenal dengan Danny ni, baik peramah cuma suka sangat mengorat! Hahaha.
Kebetulan pula Fred ternampak kami berbual dan mulai menunjukkan protes yang biasa budak-budak buat. Dia ignore aku dan buat-buat tak nampak. Mengelak eye contact dengan aku. Ceh!! Tapi aku berjaya juga mendekati dia setelah beberapa kali bagi signal jumpa di bustop kampung. Dia datang dengan muka sangat masam!
Aku yang serba tidak kena takut jadi bahan cerita di kampung jika dilihat berbual berdua dengan lelaki dari luar. Jadi aku cepat-cepat kembalikan kaset MLTR dia dan bagitau kalau sampai rumah nanti, call.. kita cerita. Tapi dia tiba-tiba tarik tangan ku bagitau yang dia kecewa sebab aku layan lelaki lain. Uwekss!
Aku terkial-kial melepaskan tangan takut dilihat oleh orang kampung. Dia tersentap sebab aku mahu melepaskan tangan dengan kasar. First time dia sentuh tangan aku. Mungkin dia marah pastu dia hempas kaset tu ke jalan raya, hancur berkecai acrylic yang 2x aku ganti tu sebab nak sangat pulangkan dalam keadaan perfect! Hah!!
Punyalah aku terkejut sebab duit aku dalam RM30 hancur macam tu jak! Tapi aku diam sambil meraba pipi sendiri. Kalau aku tahu begitu jadinya, bagus aku kembalikan saja kaset dia dengan acrylic yang pecah tu. Kemudian dia nangis sambil pegang tangan aku. Dia cakap, “do you know how much i love you?”
Hahaha.. aku jawab “IDK” dia tarik aku kuat-kuat dan sedar-sedar jak dalam pelukan dia. Sekali lagi aku terkial-kial melepaskan diri.
Dia sempat cakap, “tolong jangan buat begitu lagi sebab aku mau kita bersama selamanya..” walaupun takut dilihat orang, hatiku sebenarnya bahagia! Hampir meletup dada kerana degupan jantung yang hebat kuatnya!
Masa berlalu… bahagia, gembira, gaduh, ketawa, nangis, marah. Macam-macam perasaan silih berganti.
Masa aku form 5, dia telah mengikuti satu perkhemahan di sebuah pulau bersama sebuah kelab persatuan sekolah dan sekembalinya dari sana dia call aku. Katanya “time di Pulau %#&#^, aku rindu sangat dengan ko, i wish that u were there with me.” Itu mukadimah dia.
Then panjang lagi la yang Fred cakap, beberapa kali dia ulang cakap pasal rindu. Aku ni yang memang sudah separuh hanyut dalam arus percintaan yalah, first love kan jadi sangat-sangat bahagia.
Oya! Lepas kami declared jadi kapel tu, aku tidak lagi terlalu kerap berkunjung ke rumah dorang. Segan! Hujung minggu pun lebih banyak habiskan masa di library negeri kononnya buat kerja sekolah + dating tanpa suara.
Sebenarnya bila difikirkan semula, hubungan kami sihat. Dating pun dalam library, tiada chance berbuat apa-apa walaupun sekadar bersentuhan tangan.
Berbalik kepada perbualan kami masa tu, dia lebih banyak bercakap berbanding aku. Dia cakap “One sweet day aku mau kita ke sana. Berdua.”
Aku balas sambil tertawa “honeymoon?” Dia diam lama. Lepas tu suddenly dia nangis dan cakap “aku minta maaf. Hubungan kita sampai disini saja.”
Aku jadi blur dan ingatkan dia bergurau. Lepas tu dia tamatkan call. Aku sempat berteka-teki. Gila ka? Mabuk laut ka? Kerasukan jin laut ka? Lepas 15 minit dia tidak call balik, biasanya kalau talian mati sebelum say good bye dan ayat-ayat cinta, punyalah laju dia re-dial aku!
Jadi aku call la dia tapi Delia bagitau yang dia tidak mau angkat phone. Bila tanya dengan Delia, dia pun tidak tahu kenapa. Keesokkan harinya, aku tidak lagi menerima surat yang mendebarkan jantung. Aku pun diam tidak menghantar surat macam biasa.
Mataku melilau juga mencari kelibat Fred dikawasan sekolah tapi sepanjang hari itu aku tidak nampak. Terasa kosong sekolah pada hari itu, penyemangatku tidak kelihatan.
Balik dari sekolah aku cuba call tapi panggilan engage. Berjam-jam lamanya. Laaaaaaama barulah panggilan ku tembus. Delia yang sambut. Bila aku tanya pasal Fred, dia terkejut. “Eh! Bukan kamu baru habis bercall ka tadi?” Jeng jeng jeng!
Rupanya dia sudah ada girlfriend baru yang dia jumpa masa perkhemahan tu. Satu sekolah dengan kami juga tapi junior aku namakan Nita. Itupun hampir sebulan baru aku tahu. Alasannya, sebab aku sering tidak bersama dengan dia. Sedangkan Nita sanggup tunggu dia jalan bersama balik dari sekolah.
Nita sanggup gaduh dengan parents supaya dapat join perkhemahan. Tapi aku ( pada pandangan dia) sangat kolot! Dating di taman tidak boleh! Jalan beriringan tidak boleh! Sentuh tangan tidak boleh! Jadi dia bosan dengan aku.
Aku dengan sakit hatinya terpaksa terima yang kami sudah tidak apa-apa perasaan istimewa lagi.Terserempak di mana-mana, buat tidak nampak. Masing-masing menyimpang. Sedih memang sedih tapi aku dapat keputusan yang boleh dikatakan baik masa SPM. Aku dapat 15 aggregat.
Jadi perpisahan kami tidaklah begitu memberi kesan dalam pelajaran kalau tidak, sumpah! Memang menyesal. Delia pula makin menjauhkan diri dari aku katanya abang dia tidak suka. Jadi hubungan kami officially tamat!
Kemudian aku bercouple lagi dengan seseorang yang agak lama jugalah dalam 5 tahun. Tapi yang ni aku tidak mahu cerita sebab bukan dia main character dalam cerita ini. Cuma selama bercinta dengan Norman ni, aku tidak rasa happy sangat. Hanya sekadar supaya Fred tahu aku pun ada boyfriend baru.
Tahun kedua dan ketiga aku couple dengan Norman, Fred ada muncul kembali untuk get back. Eh! Mantanku ajak balikkan! Tapi aku reject! Padahal dengan Norman tu aku tidak seberapa cinta sangat pun tapi entah macam mana boleh bertahan sampai 5 tahun.
Jadi tahun ke 5 tu, aku rasa Norman tidak menghormati aku sebagai girlfriend dia sebab dia sudah mula merayu minta sesuatu yang haram. Jadi aku bebaskan diri.
Kemudian aku kenal dengan Roger suami aku sekarang. Masa mula-mula aku couple dengan dia sekali lagi Fred muncul. Umur kami sudah pun awal 20-an.
Aku reject lagi sebab aku masih tidak faham dengan perbualan terakhir kami masa dia baru balik dari pulau. Cakap rindu, rancang mau berdua ke pulau tu tapi tiba-tiba bawa putus. Bingung! Nanti pula kalau aku terima lagi dia akan ulang hal yang sama. Tidak pasal-pasal aku jadi gila.
Tahun 2010 aku sudah sudah berkahwin. Fred pun sudah beristeri. Fred add aku di FB dan hantar mesej melalui messengar. Dia minta maaf dengan apa yang berlaku diantara kami dulu. After 14 years baru dia minta maaf dan mau explain. Dia kata tidak adil bagi aku untuk tidak mengetahuinya.
But i refuse tidak perlukan explanation. Aku cakap tidak perlu. Aku faham. Cuma dia tanya balik kalau betul aku sudah maafkan dia. Aku cakap ya, aku tiada dendam dan aku sudah lama move on! Kemudian dia cakap ” thank you. Now i can die in peace.. ” hahaha
Jadi aku pun tidak ambil tahu hal dia, aku rasa dia pun tidak ambil tahu hidup aku sebab hanya 2-3x saja dia pernah like post aku masa awal-awal dulu. Masing-masing punya pasangan dan ada hati yang perlu dijaga.
Mei lepas, hari keluarga di kampung (kampung grandparents aku) ini kali pertama aku dan family join sebab didesak oleh big family. Time mengambil makanan aku nampak Fred sedang mengendalikan sound system. Hmmm mungkin dia yang supply music instrument masa tu. Nampak gendut hahaha. Aku senyum sendiri. Aku tidak bagitau dengan suami.
Masa part perkenalkan diri dan keluarga, tiba-tiba Fred, isteri dan anak-anak naik ke pentas dan perkenalkan diri. Aku rasa hah??? 2nd cousin! His daddy is my mummy’s 1st cousin. Meaning daddy dia yang selama ini tahu aku dan Fred bercinta adalah uncle aku sendiri! Aku tengok daddy dia duduk-duduk bersandar sambil menikmati minuman tin dia.
Giliran aku dan family kecil ku perkenalkan diri, aku melirik ke arah Fred muka dia pun tampak terkejut! Dia datang berbual denganku sambil berbisik “nasib baik aku curang masa tu!” Hahahaha. Dia rasa dialah kononnya hero penyelamat keadaan kalau kami masih bersama sampai sekarang.
Tapi aku cakap.. “taik la.. berapa kali kau cuba bawa aku get back? Nasib baik aku ni jenis no turning back, kalau jalan go ahead memang! Kalau tidak, membayar sogit sudah kau sekarang!”
FYI, adat suku kami tidak boleh berkahwin dengan keluarga dekat walaupun sudah 3rd cousin. Inikan pula 2nd cousin! Lepas tu daddy dia nampak aku, datang menghampiri dan tiba-tiba dia cakap dengan adanya suami aku disebelah “nah Elly, jumpa sudah kau sama c Fred. Nasib baik kamu inda jadian dulu. Sogit pun tidak boleh jalan itu.”
Hahahaha sudahlah dia mabuk besar lagi suara. Menoleh ahli keluarga yang lain dan ada yang berketawaan sesama. Eh! Malunya. Dengan rasminya rahsia tu aku terpaksa share dengan suami dan sampai sekarang setelah 2 bulan, dia masih bahankan aku.
Jadi, mengenali sesama keluarga besar itu adalah penting supaya perkahwinan sesama saudara boleh dielakkan.
Nota:- baru-baru ini Fred ada menghubungi aku melalui WA yang dia dapat dalam group family besar. Dia tanya kenapa aku berkali-kali reject masa dia mau approach aku balik padahal dia first love aku?
Aku jawab.. no you’re not! Myself is my priority. Pastu dia cakap lagi “aku sebenarnya mau rasa macam mana kau akan pujuk aku. Sebab aku tidak pernah merasa girlfriend yang freshie macam kau. Kebanyakkan sudah pernah ada boyfriend sebelumnya.
Orang bilang kalau perempuan kali pertama ada boyfriend, dia akan pertahan dan berjuang habis-habisan supaya jangan putus. Tapi kau tidak minta pun supaya kita jangan putus. Cakap yes or no pun tidak! Kau biarkan saja aku pergi. Aku pun confused betulkah kau sayang aku masa tu? ..”
Aku diam tidak balas. Tapi hatiku berkata-kata. “Kau tidak tau betapa sakitnya hatiku tapi syukurlah cara kau minta putuskan tu macam orang gila bagi ku. Jadi aku malas layan sebab nanti maunya kalau benaran gila.. aku yang malu!”
Pasal acrylic tu sampai sekarang dia tidak tahu macam mana strugglenya aku buat supaya kaset dia balik dengan sempurna tapi dia pecahkan begitu saja sebab mau betul kasi tengok yang dia sedang jeles dengan Danny.
Kalau suami aku nampak gambar family day hari tu, dia akan cakap.. itukah tu ex boyfriend kau yang gila? Errr.. boyfriend cousin.. iskkk cousin boyfriend .. ahhh! Whatever la.. yang gila itu?”
Maaf cerita terlalu panjang. Sekian..
– Elly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kesian norman.. semoga norman mendapat kebahagiaan.. norman lelaki yang baik :)
Apa yang baiknya??? Kan tt ni kata dia start minta buat benda haram?? Kahkah