Assalamualaikum/Selamat Sejahtera Semua… Aku harini nak cerita pulak pasal aku. Kisah aku sama macam orang lain, cuma bezanya aku duduk dengan Mak sendiri. Selama hidup aku memang tak pernah duduk tempat lain kecuali masa belajar aku pernah duduk menyewa setahun kat rumah sewa. Itu pun sebab tak tahan nak berulang alik dari rumah ke tempat belajar.
Aku dah kerja pun still aku duduk dengan Mak, sampaikan aku dah tua (consider tua) pun aku still duduk dengan Mak (Abah dan meninggal dunia lama dah, adik beradik lain dah lama kahwin dah). Sampailah aku dah kahwin ni. Kebetulan masa aku kahwin (awal tahun haritu) adik bongsu aku dapat sambung belajar. So kiranya alang-alang Mak aku dah tinggal sorang so aku dengan suami tinggal je dengan Mak. Kiranya kitaorang tumpang dulu rumah Mak. Fyi sekarang ni kitaorang tinggal bertiga (kalau adik aku balik barulah tinggal berempat). Tu pun suami aku malam je baru ada sebab time bekerja dia lambat sikit dari orang lain yang kerja office hour tu.
Fyi, aku kahwin dengan suami yang baru nak membina hidup. Gaji kecik sangat kalau nak menyewa.
Tapi Alhamdullilah, lepas kahwin tak lama tu suami aku dah dapat kerja lain yang lagi menjamin masa depan. Cuma suami aku cakap kita bertahan dulu duduk dulu rumah Mak (Mak aku) sampailah kitaorang dapat Kuarters (duduk Kuarters lagi mampu dari menyewa).
Kalau korang tanya haruslah suami aku segan sangat sebab terpaksa buat muka tak malu tumpang rumah Mak Mertua.Bukan kata suami, aku pun segan. Aku pulak walapun rumah Mak sendiri tapi segan sebab banyak perkara.
Nombor Satu: Mak aku jenis perati aku.
Kes perati ni pulak bukan sejak aku kahwin pun, ni sejak aku bujang lagi. Aku perasan kadang-kadang tu bila aku tengah tengok TV or tengah buat kerja apa-apa bila aku tengok kat Mak (sebab aku terasa something), mesti masa tu Mak aku tengah perati aku (beria-ia ok, bukan perati gitu-gitu je).
Mula-mula rasa semacam. Iyalah kenapa pulak nak perati kan?bukan aku buat benda bukan-bukan pun.
Tapi makin lama aku makin jadi serabutlah pulak, dah kenapa nak perati-perati aku pulak nih?
Bila camtu mulalah aku jadi hangin. Ada time-time jugak aku soundkan je Mak. Kenapa Mak tengok camtu?tapi Mak aku cakap takde apa-apa. Bila macam tu haruslah aku jadi tak selesa kan?
Nombor Dua: Mak aku jenis control.
Contoh 1: Antaranya kalau nak guna dapur, semua kena ikut peraturan dia. Tu OK lagi, tapi kalau aku tengah masak time tulah itu tak boleh ini tak boleh itu kena (nanti cakap tak kemaslah padahal tungku dapur kaca tu tengah panas-panas mana boleh lap pun, nanti laju-laju dia lapkan. Yang geram tu nanti dapur berkecai aku jugak yang kena beli. Cakap camni dah kata aku berkira pulak kan?haha). Kadang-kadang time aku tengah masak tulah timenya Mak aku nak ulang alik masuk dapur jugak. Dapur rumah Mak kecik je, selalunya sapa-sapa yang masak tu akan masak sorang-sorang sebab dari kecik dah biasa. Tu belum lagi api tu besar sikitlah, Tingkap tu bukak besar lagilah (nak bagi Tikus masuk gamaknya). Eh banyak lagilah.
Contoh 2: Jangan tutup buka pintu bilik (bilik aku dan Suami). Bising katanya. Tu betul jugak sebab ada satu time tu pintu tu bising sikit berbunyi tapi bila suami aku dah betulkan so stop takat situ je.
Then lepas tu suami aku start kunci pintu bilik kitaorang (sebab dah betulkan tombol yang rosak sebelum tu) bila dia nak keluar pergi kerja (suami aku masuk kerja lambat sikit-aku dah bagitau kat atas tu). Dan dan mak aku mengamuk kat aku katanya kenapa nak kunci pintu?siap Mak aku emosi cakap pulak “nanti lepas-lepas ni rumah pun aku tak boleh masuk”. Allahuakbar. Bila aku terangkan nak kan privasi (ni jelah privasi kitaorang) lagilah Mak mengamuk.
Nombor 3: Fyi, aku sejak Mak dah pencen, 95% perbelanjaan dalam rumah tu aku tanggung (ni bukan mengungkit, ni nak bagitau je ye). Segala bil (Api, Air, Astro, telefon rumah etc), belanja dapur (barang-barang keperluan nak masak), belanja barang pakai (shampoo, sabun eh semualah yang untuk pakai) aku yang bayar. Then bila suami ada, kami share bayar pulak. Tu tak termasuk duit poket dalam RM350 sebulan aku bagi, RM100 suami bagi). Mak aku cuma beli barang-barang basah, tu pun kebanyakkan masa aku tambah. Tapi still mak aku rasa tak mencukupi (Mak ada dapat duit lain hasil dari jaga cucu-cucu).
Pasal makan pulak, kami suami isteri kalau ikutkan tumpang makan sahaja (aku jadi tak berani nak masak, jadi berfikir-fikir nak guna dapur. Tunggu semua or half adik beradik, anak-anak buah ada baru aku masak). So selalunya kalau ada lebih kami makan (tak makan kang kecik hati pulak Mak aku tu), kalau tak pandai-pandailah kami nak cari makan sendiri. Konsep ni dah lama aku praktikkan sendiri, bukan bila dah kahwin, sejak sebelum kahwin lagi, sebab aku tak suka Mak aku bising mengungkit duit poket yang aku bagi tu habis balik kat aku. <——ni ayat dari dulu lagi.
Contoh 4:
Pastu Mak suka cakap aku tak amik peduli pasal Mak.
Kalau aku dengan suami nak keluar makan (suami aku jenis sanggup berlapar kat ofis janji balik nanti boleh cari makan sama-sama) aku akan tanya Mak nak apa-apa tak?Mak memang akan cakap Mak taknak. Tapi yang geramnya kalau bergaduh mesti Mak cakap aku biarkan je Mak. Padahal tetiap hari aku tanya Mak dah makan ke belum?Kalau dah makan tu makan apa?Kalau belum pulak aku tanya lagi blablabla.
Penat Ok. Aku tanya banyak-banyak nanti dia hangin. Pastu time gaduh sesedap rasa kata aku tak amik tau. Camne tu? Banyak benda yang aku buat sebagai anak tapi still Mak aku cakap aku tak amik tau pasal dia. Padahal apa-apa pasal rumah tu apa-apa aku yang setelkan. Cuma satu je aku tak larat nak layan Mak aku gi kenduri. Fyi Mak aku sejak pencen giler berjalan sampaikan kenduri semua orang yang takde kena mengena pun dia nak pergi (agak pelik sebab orang yang kena mengena pun relax takde apa tapi dia tak boleh, apa-apa “wajib” pergi, sampaikan majlis apa-apa pun dia dah jadi macam “wajib” ada.
Pastu yang pelik tu Mak aku takkan ajak anak-anak dia yang lain. Dia sanggup tu bergaduh dengan aku dari ajak anak-anak dia yang lain. <——– ni pun dari dulu lagi.
Eh panjang lagi list nih sebenarnya. Tapi aku tak larat nak menaip dah. Kalau rajin aku sambung lagi citer bab adik beradik pulak. Agak senetron jugaklah kalau nak cerita hahaha. Fyi, aku tak salahkan Mak 100%, aku pun banyak jugak kekurangan. Macam aku, kalau ikutkan dulu lagi sebelum kahwin pun aku nak keluar dari rumah (sebab aku rasa Mak aku tu benci betul dengan aku), tapi aku tak boleh sebab nak tolong Mak dan adik bongsu.
Sekarang ni bila dah kahwin, ekonomi suami tak mengizinkan pulak. So still aku cuba bertahan. Kalau ikut aku memang aku nak tolong ekonomi Mak dengan Suami. Cuma kalau aku pindah memang 50% perbelanjaan rumah tu aku dah tak boleh tolong dah. Mungkin aku boleh bagi duit poket je.
Tapi disebabkan haritu Mak aku pun dah halau kitaorang keluar rumah (tapi kitaorang tak keluar-keluar lagipun pun sebab fikir panjang, bukan fikir pasal kitaorang je, kitaorang dah fikir dua-dua belah, kalau pindah on the spot memang habislah semua), jadinya aku mintak jasa baik korang semua doakan aku dan suami cepat-cepat dapat Kuarters, doakan aku dengan Mak aku baik, doakan murah rezeki kami boleh tolong Mak banyak-banyak lagi dan doakan kami semua dilembutkan hati. (TQ korang yang mendoakan)..
Serius memang serba salah jadinya. Memang kadang-kadang aku hidup macam takde motivasi, cuma nasib baik aku jenis cepat lupakan masalah, jenis hadap je semua.
– SS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit