Aku tengok suami aku tidur. Dia tidur nyenyak sangat. Aku terus capai bantal & pukul dia dengan bantal sekuat hati aku, lepas tu aku keluar.
Aku baru kahwin 5 tahun. Anak baru 2. Suami aku baik sebenarnya. Tapi dia tak pernah tolong aku kat rumah. Jaga anak pun tak pandai. Alasan dia anak tak nak kat dia.
Ayah mentua aku pun jenis tak tau buat kerja rumah. Masak air pun tak pernah. Mak mentua aku memang tiptop jaga makan pakai ayah mentua aku. Jadi aku tak hairan la suami aku pun ikut.
Masa ada anak baru sorang aritu aku alami pendarahan teruk. Aku pengsan lepas sejam anak aku dilahirkan dan aku tak sedarkan diri 3 hari.
Bagi aku, aku tak nak anak lagi. Tapi suami aku nak juga, aku cakap aku tak mahu. Selain trauma bersalin, aku rasa penat sangat jaga anak aku walaupun baru seorang.
Tapi suami aku kata mak dia boleh je jaga anak ramai sorang-sorang. Bila adik beradik dia atau ada saudara mara yang pregnant, mesti dia murung sebab nak anak lagi.
Akhirnya aku pun mengalah, tapi lebih kepada nak anak aku ada adik. At least bila aku mati nanti takde la anak aku sorang-sorang je.
Lepas dah ada dua anak pun sama je, suami aku tak pernah bantu jaga anak. Kalau ada pun sekejap je untuk tunggu aku mandi atau makan.
Dia sebenarnya nak anak ramai lagi, tapi aku dah sound dia tak pernah tolong aku, jangan mimpi la aku nak beranak untuk dia lagi.
Masalahnya aku rasa serba salah pulak. Tapi aku bengang juga, sebab aku pun kerja jugak.
Balik rumah dia boleh tidur sesuka hati dia. Aku pulak kena mengemas, layan anak. Kalau mengantuk gila pun aku tak boleh tidur, sebab anak aku tak tidur lagi.
Macam baru tadi ni lah. Aku penat sangat, tapi rumah bersepah anak aku baru tumpahkan sup. Baju bertimbun nak kena cuci. Suami aku syok je tidur.
Aku pernah jugak merajuk & mengadu kat dia pasal dia tak pernah tolong aku kat rumah. Tapi 1-2 hari jela dia tolong. Bila mood aku dah elok balik dia pun sambung jadi malas.
Selalu nak compare dengan mak dia. Mak dia dulu suri rumah kot. Boleh la nak handle anak ramai sesorang 100%.
Tapi mak mentua aku ada jugak complaint kat aku pasal ayah mentua aku tak pernah tolong dulu. Tapi dia redha je lah.
Masalahnya aku tak boleh nak redha. Aku jadi meluat dapat suami pemalas. Kadang-kadang rasa macam ada 3 anak, sebab aku nak kena jaga dia sekali.
Dia pandai balik rumah, minta air, mintak hidangkan makanan. Kadang aku nak jerit “kau ni takde kaki ke, takde tangan ke? Buat la sendiri!” Tapi fikirkan tugas isteri kena layan suami so aku buat je la.
Hari ni aku marah sangat sebab kitorang baru balik kampung. Baju stock 3 hari ada dalam bag belum cuci. Dia balik terus nak tidur. Anak anak aku masih segar lagi.
Aku pun penat jugak duk dalam kereta even tak drive. Pangku anak aku yang suka gerak sini sana, kekadang anak aku tidur dalam kereta, tangan aku sampai kebas,
Serious aku lagi rela drive dari pangku anak aku berjam jam dalam kereta. Tapi aku tak boleh tidur! Sebab aku tak drive!
Sebab anak anak aku tak nak tidur lagi! Sebab baju menimbun lagi aku nak kena basuh!
Aku stress sangat sampai rasa hormat aku kat suami aku macam makin hilang sikit demi sedikit. Aku jadi panas je bila tengok dia duk relax main hp & tidur bila aku penat.
Rasa macam baik aku duduk sendiri dengan anak anak aku je. Rasa macam takde dia pun aku boleh hidup. Sampaikan aku rasa macam tak perlukan suami!
Tapi takkan aku nak biar anak anak aku hidup asing dengan ayah dorang hanya disebabkan ayah dorang pemalas je. Suami aku baik, cuma dia pemalas tahap gaban je. Selagi boleh sabar, aku sabar je la.
– Isteri Penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit