Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUMC. Thanks admin siarkan kisah aku yang tak seberapa ni.
Aku seorang fresh grad (grad hujung tahun ni), dari salah satu universiti awam di malaysia dan aku berumur 23 tahun. Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada korang yang baru grad ni memandangkan sekarang musim konvo..Dan tahniah jika korang dah ada pekerjaan..
Musim sekarang ni, dah banyak kan kita dengar cerita tentang scammer pekerjaan.. Kesian nasib fresh graduate..Bukan senang nak dapatkan kerja.. Bila dah semangat dapat panggilan interview, tengok2 kena tipu.. Macam aku.. Sepanjang aku cari kerja lepas latihan industri aku, aku dah pergi 9 interview dan aku masih belum kerja. Mesti korang fikir aku memilih kan? Tak..aku tak memilih.. Cuma aku tertipu dengan iklan.. Iklan utk jawatan lain.. Tapi bila aku pergi, lain pulak aku kena buat kalau aku diterima kerja kat situ. Kena jadi agen la, kena jual barang la, macam-macam lagi..paling best, gaji based komisyen je. Macam mana nk hidup kat kotaraya ni?
Waktu aku praktikal dulu, aku praktikal dekat company besr jugak la. Aku dapat offer untuk salah satu position kat company tu. Siap pergi interview lagi. Dan aku dapat. Tapi aku tolak atas faktor family aku tak bagi. Sebab gaji rendah dan bukan bidang aku. Rahsia la jawatan apa. Tapi jawatan tu penting. Kalau takde jawatan tu, lingkup business. Bila fikir balik, nyesal oi lepaskan peluang tu. Bukan senang nak masuk dalam company besar.. Masa tu aku tak sedar lagi realiti kat luar tu macam mana susah nak dapat kerja yang stabil. Lepas sebulan kesana kemari cari kerja, baru rasa menyesal tolak peluang tu. Peluang datang sekali je beb. Kau dah reject sekali, berkali2 company reject kau. Huh. Nasihat aku, kepada korang yang ada latihan industri waktu last semester, kalau company tu offer job, kau terima je.. Tak kisah la gaji rendah ke, tak sama bidang ke. Kita boleh belajar pengetahuan baru dan pengalaman tu yang penting. Jangan jadi sombong dan buta macam aku.
Bila aku dapat panggilan temuduga untuk yang aku apply kat jobstreet, indeed, maukerja, email n baaaanyak lagi, mesti la aku gembira sangat. Setiap kali dapat tu aku akan suruh parents aku doakan supaya dipermudah urusan aku. Sekali bila aku pergi, iklan untuk jawatan finance executive, bila masuk je tengok2 aku kena cari orang.. Jadi agent untuk investment company. Ya, company dia legal, ada lesen dari BNM. Tapi, cara dia nak recruit orang tu, dorang iklan macam2 jawatan..admin la, account la, tapi sebenarnya utk jadi agent. Cari investor dan takde gaji basic pon tapi kena datang kerja office hour. Kalau bulan tu kau tak dapat investor, takde la gaji bulan tu. Macam mana nak cover cost2 yang makin tak masuk akal ni? Parking pon dah mahal. Hahaha
Lagi satu, aku pergi tu sama jugak. Iklan untuk account exec. Tapi bila masuk interview, dia suruh jual ins****s.. Tapi by call je, susun appointment utk dia, dan dia yg akan pergi jumpa prospect tu (pelanggan). Bila dapat commision, dia bagi la aku 40%. Haha. Dan aku juga merangkap PA dia jugakla. Dia tawarkan gaji basic rm500 sebulan wehh. So.. Aku tak terima.. Kat tengah KL weh nak hidup ni.
Baru 2 je aku cerita. Ada lagi yang lain tu kena jual barang, so, awal2 lagi aku blah la. Huhu. Takkan nak main sanggup je semua..
Aku pon pernah cari kerja melalui agensi dan aku pernah hadir untuk satu agensi ni. Cari kerja dengan agensi okay je. Cuma kena bersaing dengan ramai candidates la. Padahal vacancy cuma 1 je. Kalau kau yang bertuah tu tak pe la. Kalau tak, buang masa je. Yela, fresh grad mana ada pengalaman yg power2 lagi. Hmm. Kami fresh grad memang tak ada pengalaman kerja yang kitaorang mintak tu. Tapi kami boleh belajar dan sanggup untuk belajar benda baru jika tu diluar bidang kami. Jadi, beri la kami peluang. Setuju ke tak kawan2? Hehe.
Dah tu je la yang aku boleh share. Malas nak cerita lagi nanti bosan pulak..So..korang kalau nak pergi interview, siasat betul2 dulu nama company apa, dorang buat business apa. Aku dah buat macam ni tapi most of yang aku dapat tu, bila search kat cik google, tak keluar information. Haha. So, aku redah tawakal je la dengan harapan ada rezeki kat situ.. Tapi hampeh jgk.
Mungkin rezeki aku belum sampai. Kadang2 sampai rasa nak putus asa dah.. Tengok orang lain senang je dapat kerja..Doakan aku cepat2 dapat kerja dan tak mudah putus asa. Aku nak balas jasa parents aku, nak kumpul duit kawen lagi ni. Hehe. Aku pon akan doakan korang semua akan dimurahkan rezeki juga. Kalau ada siapa2 yang tahu mana2 ada job vacancy, bolehla share di ruangan komen.. Sape nak share experience or nak bagi nasihat kat aku pon boleh. Aku baca..
Salam,
Semoga Allah murahkan rezeki dan buka pintu rezeki kepada kita semua. Amin..
Thanks baca sampai habis. :)
– Penanam anggur tak masak-masak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit