Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku rasa terpanggil pula nak kongsikan cerita kat sini.. geram pula nak menulis dah lama tak membebel panjang-panjang. Baiklah sebelum aku nak bercerita kisah aku eloklah aku kenalkan diri aku sedikit aku telah tamat pengajian setahun yang lalu dari universiti penyelidikan di Malaysia ini.. syukur alhamduillah. Sekarang aku banyak masa free sebab baru lepas kemalangan dan sekarang alhamduillah beransur baik.
Apa yang aku mahu kongsikan nasib sebagai pelajar first batch bagi kursus aku ni. Serius aku cakap aku tak puas hati apa yang aku belajar selama empat tahun kat sana. Apa yang boleh aku katakan disini kursus aku sangat carca marba.. bercampur gaul tanpa ada arah tujuan yang nyata, untuk pengetahuan kamu semua kursus aku ini ada dalam bidang yang aku sendiri pun susah nak cakap, yang pasti kursus aku ni diimplikasi dari luar Negara. Diluar Negara kursus ini tidak asing dan peluang pekerjaan sangat banyak, ya.. aku tak boleh nafikan para akademik bersusah payah selama 20 tahun (menurut kata orang penting kursus ini)berusaha untuk luluskan kursus ini. Alhamduillah ini hasilnya..tapi bagi Negara kita ini sangat..sangat.. asing… kalau kamu semua dengar kursus ini mesti tercengang dan tak ada idea mengenai kursus ini. Biarlah kursus ini rahsia.. kang tak pasal-pasal jadi kontroversi.
Berbalik cerita apa yang aku belajar sepanjang empat tahun di sana..hahhh…yang bestnya…kursus aku ni…semua benda aku belajar Cuma yang sedihnya aku belajar benda yang terlalu asas sahaja..sampaikan objective ye tak sampai.. dan aku sangat kecewa..semua nak balun. Contohnya subject marketing..kamu tahu aku belajar apa dalam satu semester tu Cuma hanya perkata apa itu marketing sahaja..that’s all.. itu belum lagi masuk bab nama subjek..nama subjek je lain-lain tapi isi kandungan lebih kurang sama Cuma adalah bercambah sikit daripada biji benih keluar lah 0.01mm tunasnya. Sedih sangat..
Lagi yang part paling sedih tiap kali masuk semester baru dan semua pensyarah aku akan cakap ayat macam ni “rugi awak semua tak ambil subjek ini, subjek itu”.. dalam hati aku ini aku sabar je. Dah sampai 5-6 subjek dok bincang topic yang sama je. Membazir kredit je.. dari semester 1 sampai 8 wajib lebih 21 kredit, sedangkan university limit sampai 18 jam kredit je kan. Iya aku tahu kursus lain pun jam kredit lagi banyak. Cuma aku rasa membazir jam kredit aku je ambil subjek yang ambil lebih kurang sama je, kenapa dia tak combine. Sedih lagi kat sini. Paling kelakar pensyarah dari semester satu sampai lapan semua sama je, sampaikan satu pensyarah mengajar 2-3 subjek dalam satu semester dan bukan bidang mereka. Mereka juga baru nak buka buku dan belajar. Jadi, objektif memang tak sampai dan capai..sedih.. pernah satu subjek tu, kelas hanya 2-3 kali dalam satu semester, minggu yang lain hanya buat kerja laporan berdasarkan buku semata dan 100% bahan rujukan daripada buku luar Negara,tiada dijual, kadang bernasib baik adalah di perpustakaan.
Tapi alhamduillah pensyarah aku berusaha juga nak sampaikan ilmu mereka dengan sebaik mungkin, bagi bahan rujukan. Semua bahan rujukan(buku) aku kena fotostat.. satu buku..terpaksa sebab buku tu satu je kat Malaysia, itupun pensyarah punya, sedih betul dan kelakar.. Lagi sedih subjek elektif(pilihan), kami tak boleh pilih..semua jabatan kursus yang tentukan, sedangakn pelajar kursus lain berhak untuk memilih subjek elektif mereka.
Kat sini part best ye kursus aku banyak berjalan, Malaysia dah nak habis berjalan dan luar Negara adalah 2-3 buah Negara dah pergi. Syukur alhamduillah.. Kursus aku ini sangat banyak pakai masa dan duit..memang kursus aku banyak sangat pakai duit dan kami semua sendiri buat pelbagai aktiviti untuk kumpul duit nak diggunakan untuk aktiviti dalam subjek pelajaran kami. Setiap semester sangat sibuk beraktiviti. Kekadang ada pelajar kursus lain ni cemburu siap cakap lagi “korang ini tak belajar ke, asyik main je, pergi sana pergi sini”haha..
Alhamduillah juga, kursus ni banyak mengajar aku dari segi survival.. yes.. aku boleh hidup kat mana-mana, cuma belum rezeki aku lagi nak berdikari tetapi Allah bagi ujian(eh nih dah masuk cerita lain). Kursus ini juga ajar aku erti kerjasama dan persahabatan. Alhamduillah.. walaupun kami pelbagi kaum dan agama sampai sehingga kami masih rapat, mengambil berat satu sama lain walaupun jauh di mata dekat di hati..cewaahh… aku sayang sangat kawan- kawan aku. Eh.. cerita aku tak habis lagi pasal kursus aku ni.
Hah.. sambung balik pasal kursus aku, sekarang masalah mula timbul bila nak mohon kerja..yang ini lagi sedih nak pilih kursus dalam pilihan, kursus aku tak ada dan tak wujud. Kursus aku major takde, minor tak ada, kerusi meja tak ada, pening sangat. Masalah mula timbul sebab kita tak boleh masukkan secara manual, hanya ada pilihan sahaja tapi…untuk aku tak ada.. sedih..aku la tak ada apa-apa mengharapkan SPM dan degree je. Kekadang timbul rasa menyesal bayar university mahal-mahal tapi sijil lansung tak laku..rasa nak koyak je. Tapi sebabkan harga sijil 97k disubsidikan, ptptn byr 28k..ermm..ptptn tu satu cerita lain pula..alahai..(menyesal dulu tak berkeras nak masuk poli ambil bidang kesukaan aku dan sekarang cita-cita dan minat aku tu dah terkubur layu, layu di pusara sedih lagi)
Berbalik pada kursus aku ni(haha..tak habis lagi)..setiap batch baru masuk akan ada perubahan subjek.. macam aku dengan second batch silibus dah lain. Aku tak tahu berapa batch lain perlu jadi bahan eksperimen untuk mendapatkan silibus yang betul2 comprehensive. Aku harap ia tidak lama dan Aku harap sangat kalau nak buat kursus baru itu buatlah betul-betul, jangan kami dijadikan mangsa keadaan.. kesian sangat aku tengok..kami ni macam tak tentu arah je terutama aku lah.. kawan-kawan aku semua hebat dan bagus..ramai sambung belajar.. dan aku tahu mereka masih gigih mencari kerja yang terbaik untuk mereka. Aku harap apapun yang mereka lakukan mereka bahagia..semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan Berjaya di dunia dan di akhirat.. aamiin.
Terima kasih yang sudi baca bebelan aku ni, sori la dah hampir 1000 patah perkataan. Pada yang dah dapat agak tu..hehe.. Minta maaf sangat-sangat kalau tersalah perkataan dalam penulisan ni. Tiada niat nak guriskan dan hiriskan hati sesiapa. Sekadar pengkongsian rasa yang tak seberapa.
– Cik Sabar bt Tabah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit