Nasib Graduan

Assalamualaikum..

Terima kasih admin kerana sudi approved confession saya. Saya mempunyai kelayakan phd dan kerjaya saya sekarang adalah seorang pendidik di sekolah swasta dengan gaji rm1k++. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk memiliki kerjaya sebagai pendidik. Tetapi agak berat juga untuk menghadap pandangan ahli keluarga dan masyarakat yang tidak dapat menerima kerjaya saya yang tidak sesuai dengan kelayakan sedangkan saya redha dan enjoy dengan kerjaya saya.

Sejak akhir2 ini, banyak komen-komen negatif tentang graduan lepasan universiti. Contohnya, terbaru saya baca artikel mempromosi bidang pengkeranian untuk menggalakkan mahasiswa mencuba bagi mengatasi masalah pengangguran. Diselitkan sedikit komen tidak membina tentang perangai graduan yang memilih kerja, tiada kemahiran, demand gaji tinggi dan lebih sanggup untuk penganggur. Hal ini secara tidak langsung akan memburukkan nama IPTA itu sendiri.

Terdapat banyak faktor2 yang perlu dikaji, bukan sekadar menunding jari kepada para graduan.

Pertama: Faktor kemerosotan ekonomi.
Kerajaan telah memainkan peranan yang bijak kerana tidak menghebah2kan status ekonomi negara dengan jelas supaya rakyat tidak panik. Seperti tidak menyatakan berapa jumlah hutang negara yang sebenar dan sebagainya. Namun begitu, rakyat masih terkesan kerana kemerosotan peluang pekerjaan terutama yang sesuai dengan kelayakan. Pada tahun 2011, negara Mongolia merupakan negara yang paling pesat membangun di dunia, tetapi pada tahun 2017, Mongolia mungkin akan diisytihar muflis kerana hutang negara sebanyak 1.48 trilion tugrik Mongolia (kira-kira RM2.7 bilion). Media pro-kerajaan telah menyatakan bahawa muflis sesebuah negara tidak bergantung kepada hutang negara. Harap2 betul apa yang diutarakan. Selain kepayahan mendapat kerja, pekerja swasta juga ramai yang mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika diberhentikan secara mendadak. Hutang negara dalam bentuk dolar Amerika yang mana sekiranya mata wang Malaysia menurun, maka hutang akan meningkat. Alhamdulillah, matawang Malaysia semakin kembali mengukuh dan ekonomi Malaysia semakin stabil walaupun agak perlahan.

Kedua: Graduan tiada kemahiran
Fisrt thing first, apa tujuan sambung belajar di universiti sekiranya para graduan diberikan komen negatif di media2. Sekarang, saya perlu menghadapi masalah untuk menjawab pertanyaan pelajar2, ke mana harus mereka pergi selepas SPM? Surprisingly, mereka tidak berminat untuk masuk universiti kerana memilih institusi kemahiran seperti IKBN, ILP dan sebagainya. Lebih2 setelah mereka membaca komen2 negatif tentang graduan di dada2 akhbar. Mereka juga tiada target untuk mendapat straight As, cuma memilih untuk fokus subjek2 yang mereka suka. Betul, diakui kemahiran graduan tidak seperti yang dijangkakan tetapi semua itu boleh diasah setelah mereka bekerja. Begitu juga dengan senior2, mereka start from zero dan sekarang dah jadi pekerja berjawatan tinggi. Beri graduan2 peluang sebelum menghentam. Mereka telah sia2kan keputusan SPM yang cemerlang, 5 tahun di universiti kerana pada akhirnya apabila graduated, dikecam. Seharusnya, sistem pendidikan di universiti perlu berubah, mungkin perlu menekankan aspek praktikal seiring dengan teori. Rata2 graduan IPTA merupakan pelajar cemerlang, ruginya negara kita jika kita hanya pandai mengecam tetapi tiada inisiatif untuk menyelamatkan masa depan mereka.

Ketiga: Sistem Pendidikan di IPTA
Sekitar tahun 90-an, pelajar2 sekolah diberitahu, “Belajar rajin-rajin nanti dapat masuk universiti. Keluar universiti, boleh dapat kerja bagus2”. Pada zaman itu, banyak bukti2 tentang kejayaan graduan dan ramai yang mengidam untuk masuk universiti. Tetapi, zaman dah berubah. Ramai yang mengeji produk2 universiti tidak berkualiti. Mungkin segelintirnya ada, tapi tidak semua. Pelajar2 sekolah sekarang seolah2 tidak menjadikan universiti sebagai target. Mereka lebih berminat untuk memulakan perniagaan sendiri. Sistem pendidikan di IPTA perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Benar, mudah untuk menyatakan pendapat, tetapi untuk melaksanakan memerlukan masa. Sistem pendidikan perlu menekankan teori, kemahiran berdasarkan keperluan industri (bukan lab scale semata2; contoh cadangan: universiti ada syarikat perindustrian sendiri dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk bekerja dengan syarikat tersebut), menyediakan course keusahawanan yang mana bila graduate, mahasiswa sudah memiliki syarikat yang kukuh dan sebagainya. Kajian 10 tahun kehadapan tentang kos2 popular juga perlu diambil kira. Contoh, bidang islamik kurang popular pada awal tahun 2000.. tetapi mutakhir ini, kos islamik mendapat permintaan tinggi di pasaran kerjaya. Mungkin sudah tiba masanya untuk mempopularkan sektor pertanian, perikanan dan penternakan memandangkan negara kita kaya dengan hasil bumi.

Maaf, sekiranya saya memberikan pendapat yang tidak seberapa. Saya ingin menerangkan tentang situasi pelajar2 sekolah zaman sekarang serta keadaan graduan pada masa akan datang. Diharap media tidak lagi merendah2kan kualiti para graduan supaya masa depan IPTA tidak turut terkesan. Terima kasih sebab sudi membaca.

– Guru Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit