Salam.
Aku terpanggil untuk buat confession ni bila terbaca post pasal ‘Nak sambung Master ke Tak?’ . Aku just nak share pengalaman.
Dari kecil, memang aku sangat bercita-cita nak jadi seorang pensyarah. Tambah pulak, ada orang yang kata, aku ada ciri-ciri seorang pensyarah. Lagi lah semangat aku nak kejar cita-cita aku. Oleh sebab itu, pada final semester pengajian degree aku, aku terus daftar untuk masuk ke peringkat sarjana. Alhamdulillah, semuanya dipermudah untuk masuk master.
Untuk master ni, aku perlu buat pinjaman untuk tampung kos belajar. Pada first semester, aku cari kerja untuk tampung yuran pengajian sementara tunggu permohonan pinjaman pelajaran aku diluluskan. Kerja sambil belajar memang payah. Aku betul-betul struggle untuk first semester tu. Dengan jarak tempat kerja yang jauh, tiada kenderaan, aku selalu missed first half kelas (aku amek coursework). Aku nekad. Dapat je duit pinjaman sem ni, aku nak berhenti kerja, focus on my studies. Kebetulan kerja aku tu, contract. So, boleh quit 24hours.
Sebelum aku masuk master lagi, ada orang pesan kat aku, nak jadi lecturer, kena dekatkan diri dengan ilmu. Join talk, dekatkan diri dengan research, belajar pasal collecting data, and sewaktu dengannya la. Bila dah takde kerja ni, aku memang ada banyak masa. Walaupun aku amek byk subjek untuk satu semester, tapi, pengajian sarjana ni, bukan macam masa degree. Amek subjek banyak pun, kelas tetap sekali sehari. So, memang aku ada banyak masa. Aku cuba dekatkan diri dengan sesuatu yang boleh menambah pengetahuan dan skill untuk menjadi seorang pensyarah.
Aku try apply jadi RA(research assistant). Tapi, tak pernah dapat (Aku try banyak kali, sampailah aku final semester). Aku rajin gak pergi talk2 kat dalam uni. Aku suka dengar orang berdiskusi. Rasa saraf otak ni bersambung dengan baik! :) Aku try nk jadi guru tuisyen untuk asah skill mengajar aku. Itu pun xpernah dapat. Sampailah aku final semester, aku decide balik kampung sementera tunggu result tesis. Allah macam bagi sign kat aku yg pensyarah bukanlah kerjaya yang sesuai bagi aku. Tapi aku still positif je. Mungkin aku kena lalu jalan jauh nak jadi seorang lecturer.
Alhamdulillah, sebelum aku graduate master, aku dah ada kerja tetap. Non-executive level. Gaji RM1500. To be honest, aku sangat down dengan kerja aku sebab pada aku, kerja yang aku buat tak sama level dengan taraf pendidikan aku. Until now, aku msih kerja yang sama. Lepas aku grad, aku mula terfikir nak cari kerja lain. Yg fit dengan education aku. Aku fikir, kalau aku terus kerja yang sama, aku tak dapat tingkatkan potensi diri dan tiada pengalaman yang luas. Umur pun makin meningkat. Ada ke company nak hire pekerja yang pengalaman ciput dengan umur yang tua? Nak compete dengan fresh grad lagi. Aku risau ilmu yang aku ada ni tak dapat aku kembangkan. (Jumudnya aku masa ni… hmm..). Dah banyak uni aku hantar resume untuk jadi lecturer. Yang part time pun aku ada mintak. Tapi sampai sekarang aku tak dapat jawapan.
Aku ingat nak sambung phd terus untuk melayakkan aku menjadi seorang pensyarah. Tapi, hasrat aku tersekat bila memikirkan tentang sumber kewangan. Memang aku planned nak kerja dulu, dapat gaji stabil, sambung phd dengan guna duit gaji aku je. Tak mau dah pinjam2 ni. Dulu aku ingat, habis master, aku dapat kerja yang at least gaji RM2.5k sebulan. tapi, rupanya tidak. Aku jadi makin stress dengan keadaan diri aku. Lagi stress bila tak dapat cukupkan keperluan mak pak aku. Kadang aku rasa menyesal sambung master terus lepas habis degree. Kawan2 aku, gaji 4-5k, ada kereta, rumah, dah kahwin, pendek kata semua dah complete. Tapi, aku? ada segulung sarjana je la.
Mak aku kalau jumpa orang, selalu cakap aku baru habis master. Aku down wei. Ada master tapi kerja collecting data yang tak fit with my knowledge and education level. Tapi aku pendamkan je kat mak aku. Bukan salah mak aku pun. Dia bangga dengan anak dia. Aku biarkan je. Mak aku bising2 kenapa tak masukkan lagi gambar konvo aku kat frame. Aku malu sebenarnya nak tunjuk yang aku ada master. Aku diamkan je. Lama2 dah tak tanya.
Baru-baru ni aku ada pergi satu interview kerajaan. Interview ni buat aku sedar satu perkara. Gred 41. Dalam interview tu, panel ada tanya a few questions, tapi soalan ni yang menjadi titik tolak akan kesedaran aku, ‘apa awak akan buat untuk majukan Malaysia sekiranya awak seorang Menteri Kewangan’. Aku jawab seyakin mungkin. Panel macam tak puas hati kat aku, sampailah dia kata, “I dont get your point. Saya nak dengar jawapan seorang graduan Master. Menteri kewangan kita pun takde master ni” Ayat tu seperti memerli aku. Aku down betul bila habis interview tu. Macam orang pasrah. Daripada interview tu aku sedar yang aku masih raw, tiada pengalaman, ilmu aku sangat cetek. Kalau aku dapat pun jawatan tu, macam mana aku nak memimpin orang bawahan aku. Gred 41 wei! Aku sedar yang aku perlu follow the flow yang Allah dah tentukan untuk aku. Sekalipun aku akan kerja sebagai collecting data ni sampai ke tua, aku akan kerja bersungguh-sungguh. Jaga kualiti kerja. Tapi still cuba cari kerja yang boleh tingkatkan knowledge and skills aku. Aku nak jadi yang terbaik dalam apa yang aku buat sekarang even perkara tu nampak remeh di mata manusia. Lagipun, aku nak dapat gaji yang berkat. Sebab dengan duit gaji tu lah aku nak kasi makan mak pak aku. Mungkin, belum masanya rezeki aku sampai. Aku yakin dengan ketetapan Allah!
Pasal cita-cita aku nak jadi pensyarah, aku still ada simpan hasrat tu. Aku selalu doa yang ni. Aku berazam, sebelum umur aku 30 tahun, aku dah daftar sebagai student phd. Mudah2an, dimakbulkan Allah. Kalau tak capai pun, aku still akan positif. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya. Niat aku sambung master memang nak tambah ilmu, bukanlah nak terus dapat jawatan besar bila aku habis belajar.
Daripada cerita aku ni, aku nak bagitahu yang sambung Master ni tak salah pun. Ada yang fikir kalau ada master, nanti kerja boleh dapat gaji lebih baik. Boleh ada hasrat tu, tapi, jangalah kerana duit korang nak smbung belajar. Ilmu itu patut jadi the main sebab kau sambung belajar. Ramai gak yang tanya aku , patut ke dia sambung belajar sekarang. Jawapan aku senang, kalau rasa memang ada minat nak belajar, kau sambung. Pasal dapat kerja ke tak lepas habis belajar, itu soal no2. Itu semua rezeki. Janji kita usaha. Allah itu tidak pernah menduga hambanya dengan perkara yang dia tidak mampu. Ada master ke tidak, itu semua bukan pengukur siapa kita di akhirat kelak.
Cerita aku ni bukanlah nak downkan korang yang sedang sambung belajar atau yang ada keinginan nak sambung belajar. Cuma, janganlah fikir bila kita dah ada master, kita boleh dapat kerjaya yang kita inginkan. Ya, aku tak nafikan ada je orang yang dapat capai kerjaya yang dia inginkan bila dia tamat pengajian sarjana. Rezeki dia cepat. Cuma nak cakap, pada sesiapa yang senasib dengan aku, janganlah sesekali menyesal dengan keputusan yang anda buat. Keep on positive and berusaha tingkatkan potensi diri. Aku tahu, ramai je yang senasib dengan aku. Aku ada dengar batch sebelum aku, ada yang sampai sekarang still xdapat kerja. Aku bersyukur sangat even aku xdapat capai lagi cita-cita aku, or even gaji aku kecik, aku still ada kerja tetap untuk tampung perbelanjaan keluarga. Ingatlah, kalau kita rasa susah, ada orang yang lagi susah daripada kita. Itu yang aku pegang sampai sekarang. Jangan pernah putus asa ya, kawan2!
Kepada yang sedang dalam pengajian, semoga berjaya hendaknya. Ambil semua peluang yang ada depan mata. Ilmu itu berharga.
Kepada yang berhasrat nak sambung Master, sambunglah jika kau mampu dari segi kewangan, mental dan fizikal.
Semoga berjaya! :)
– Graduan Master
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit