Nasib Keluargaku

Assalamualaikum dan hi. Aku Ras. Sebelum aku mulakan, aku minta maaf dengan cara penulisan yang tidak seberapa.

Kalau tengok tajuk, aku nak confess pasal family aku. Aku buntu. Selama berbelas tahun aku Hidup, baru aku rasakan betapa peritnya nasib yang keluarga aku alami, mungkin disebabkan aku sudah mula berfikiran seperti orang dewasa.

Keluargaku boleh dikatakan keluarga yang tidak besar. Hanya orang tuaku, atok dan nenek ku, serta kami adik beradik 6 Orang. Aku Anak kedua, mempunyai seorang kakak, 2 adik perempuan, 2 orang lelaki.

Hanya aku dan kakak ku sahaja yang sudah Mencecah dewasa dan lain nya adikku masih berada dalam lingkungan sekolah menengah, rendah dan yang bongsu masih 3 Tahun. Tapi, tidak semua bersekolah. Adikku yang perempuan tidak bersekolah kerana masalah disiplin.

Nasib Keluargaku, ya nasib kami kurang baik bila sebut pasal duit. Kami bukan dr keluarga yang senang. Kadang lebih, kadang kurang. Kedua orang tuaku kerja dengan gaji yang rendah hanya sekitar RM1000. Tp bila gaji, duit akan habis dengan bayar keperluan harian, bil”, keperluan sekolah.

Kakak ku? Dia tidak begitu peduli dengan nasib Kami. BTW, dia tinggal di area KL dan tidak pernah balik kerumah selama beberapa tahun ni. Aku pun tak tahu Kalau dia masih study atau tak sebab jarang aku tahu pasal akak aku.

Dia juga jarang kirim duit dengan parents aku. Hanya apabila diminta dia akan bg tp tak Banyak. Hanya RM100 lebih jew. Bukan tak Bersyukur, tapi sebagai sulung dan dah Kerja, sekurang nya dia boleh jadi harapan family kami gak. Tapi haprak.

Bukan itu je, adik aku yang tak sekolah pun suka buat perangai. Selalu lawan parents aku, jalan rumah kawan tak balik2, suka curi duit parents aku. Serius aku bengang Gila.

Bila aku marah, adik aku lari dari rumah. Bila parents aku marah adik aku siap pukul lagi, adik aku tetap lawan balik lepas tu lari rumah. Aku kesian sangat dengan parents aku.

Oleh sebab tulah aku yang macam sulung sekarang. Aku jaga adik-adik aku, jaga nenek atok aku. Aku jaga semuanya sebab parents aku busy cari rezeki.

Aku tak Kerja, aku masih study but still waiting for practical. Aku ada juga try buat business online tapi tak berapa Untung. aku duk rumah jaga kebajikan family aku.

Aku nak sangat berhenti dari study, tapi parents tak bagi. Bukan apa, aku kesian sebab adik-adik aku yang lain tak dapat nak nikmati apa yang orang lain rasa including me, my parents and my atok nenek. Kalau sakit teruk pun, duk rumah tak pergi hospital sebab duit tak Cukup.

Family kitaorg pun tak de transport like kereta or motor. Parents aku tumpang kawan diaorang. Jd boleh bayangkan bila kita orang prlu sangat tp takde transport. Terpaksa tebalkan muka minta tolong dengan jiran2 lain.

Kadang rumah kami pun takde lauk, beras. Makan maggi je. Aku srs sedih sangat bila kenang nasib family kami. Aku tau, parents aku buntu dengan keadaan sekarang ni. Aku selalu tengok ibu aku nangis bila dia solat.

Bila aku tanya, ibu akan cakap, “ibu minta maaf sebab keluarga kita tak kaya”. Aku pun apalagi Weh, mencurah air mata aku.

Aku nak cari kerja, tp adik2 aku siapa nak Jaga? Terutama yang bongsu. Atok Nenek aku dah tak larat nak jaga cucu. Aku setiap malam mesti nangis. Sedih sebab kenapa Allah uji Kami begini.

Kakak aku dengan yang tak pernah balik, adik aku yang suka buat hal, dengan gaji parents yang tak Cukup, keperluan yang Banyak. Sangat buntu.

Kami ada juga buat simpanan, tapi bila keadaan terdesak duit simpanan lama2 Habis. Lagipula, semua duit simpanan ayah dah habis digunakan for my elder sister dulu masa dia sambung study. Tapi tak sangka kakak aku jadi begini pulak.

Aku kadang jeles dengan kawan2 aku yang mampu dari semua hal. Aku tak mampu Beli baju2 yang Lawa, tak pernah beli mekap2, semuanya tak pernah. Yang ada pun, Baju2 ibu aku yang dia suka bagi kat aku.

Aku cuba untuk Bersyukur dengan apa yang ada, tapi susah.

Oklah, itu je yang aku nak luah. Aku tak tahu nak luah kat mana so aku luah kat sini.

Thanks…

– Ras (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *