Salam pembaca budiman. Nama aku Butterfly. Semalam aku menangis sedih baca posting kawan aku.
Pasal kisah dia masa student dulu. Kurang duit dan pilih berbuka puasa di masjid untuk berjimat. Malangnya, masa tu ramai family yang berbuka di masjid jadi lauk habis.
Dia bawa diri jauh dari kerumunan orang sebab malu sorang2 diri. Sorang2 diri duduk jauh. Sambil berharap ada yang menjemput dia makan. Tapi tak ada sape pun ajak dia. Dia berbuka dengan sebotol air jer.
Aku sedih sebab aku ni walaupun datang dari family susah, masa kat uni dulu, aku banyak duit. Bab makan ni, aku murah rezeki, makan sedap.
Kawan aku Hakim ni aku kenal dalam FB jer. Aku tahu dia asal dari family orang senang. Ayah dia berjawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.
Dia add aku kat FB lepas baca komen aku kat posting kenalan kami, Fatimah yang merupakan mutual friend.
Mula kenal dia, aku macam malas nak layan mesej dia. Satu malam ni aku mimpi dia datang rumah aku. Pelik sebab aku tak pernah mimpi sapa2 datang rumah.
Aku pun search la maksud mimpi tu. Aku ingat2 lupa dah maksud sebab masa tu anggap tak penting. Dah lama kot, 3 tahun lepas.
Kononnya ia bawa kebaikan untuk aku. Jadi mulai hari itu aku layan Hakim ni baik sikit. Pastu baru aku sedar, Hakim ni ada banyak kelebihan. Kiranya kitaorang ni se frekuensi.
Aku ni susah nak rapat dan baik dengan lelaki. Selalu mesti bergaduh dan akhirnya bermusuh. Tapi dengan dia ni, aku boleh get long.
Ada la kami bergaduh tapi dia selalu mengalah. Dia ni satu2nya kawan laki yang faham silent treatment aku. Tu kot aku boleh ngam dengan dia.
Dia cite, masa form 3. Kena buli kat sekolah. Kerusi dan meja dia dirosakkan. Tiada tempat belajar.
Rakan2 sekelas ejek dan hina dia. Dia menangis sorang diri tiada siapa back up. Tu yang kena anxiety. Aku sedih giler baca cite dia.
Lepas baca kisah sedih dia, aku tanya la pasal life dia. Setahu aku ayah dia berpangkat, takkan tak ada duit. Aku ingat dia ni hidup mewah dari kecik.
Dia kata ayah dia tak ada duit. Sebab baik dan mudah percaya orang, kena tipu beratus ribu ringgit. Sudahnya terjerat hutang dan anak2 terima tempias, hidup susah sikit la.
Hakim ni bijak. Belajar bidang engineering aircraft. Kos pengajian RM120k. Buat pinjaman dari MARA. Grad dengan CGPA 3.76.
Sepatutnya pinjaman tu jadi biasiswa la sebab CGPA tinggi, tapi masa tu MARA ada masalah kewangan jadi dia kena bayar jugak RM15k.
Lepas grad, dia dapat kerja. Tapi sayang, nasib tak selalu baik. Tahun 2020, pandemik Covid melanda dan dia diberhentikan kerja.
Baliklah kampung menganggur. Tapi dia rajin kerja. Buat macam2 kerja untuk cari pendapatan.
Dia dapat jer tawaran kerja tapi terpaksa tinggal di kampung untuk jaga ibu. Ayahnya baru meninggal.
Dia ada la cite kat aku, kerja dia buat. Ambik macam2 job. Buat bisnes. Dia minat bisnes.
Ambik upah buat suara latar (voice over) untuk syarikat2 pengiklanan. Dia hantar rakaman suara dia buat. Sedap suara dia.
Buat aerial surveillance guna drone. Video editing. Korang boleh tengok channel Luq Skypixel Studio kat youtube, video2 yang dia buat.
Bila borak, kami boleh sembang macam2 topik isu semasa bahkan bergosip kadang2. Hahaha.
Aku tulis kisah dia ni sebab aku nak minta jasa baik korang yang baca confession ni doakan aku dan dia berjaya.
Kami ni sama2 anak bongsu. Sama2 hilang kerja masa pandemik. Aku dikira bernasib baik sebab dapat sokongan family.
Walaupun dah tiada mak ayah, adik beradik aku jaga kebajikan. Aku ni dimanjakan dalam family. Kakak2 aku kadang masih bagi duit.
Aku ada duit simpanan masa kerja dulu. keluarkan KWSP masa MCO dulu banyak juga. Pandai2la jimat. Aku ada buat part time job, gajinya aku simpan untuk emergency.
Aku dapat banyak hadiah dan duit beberapa ratus ringgit dari beberapa follower sebagai hadiah sebab suka baca posting aku.
Dia plak atas dia semua lelaki tapi biasalah lelaki kena berdikari. Semua kena usaha sendiri. Tak ada nak dimanjakan abang2.
Sejak hilang kerja, aku cuba bidang baru, cuba jadi content creator di medsos. Acah2 nak jadi Li ZhiQi, youtuber China yang serba boleh.
Aku tulis macam2 topik. Pengalaman hidup, bab agama sebab aku sekolah agama. Aku share kisah lucu, seram yang aku lalui.
Aku kongsi resepi2 masakan, tip berkebun dan menjahit sebab hobi aku masak, berkebun, menjahit.
Aku suka tulis topik kewangan. Aku ada tulis posting ‘cara saya urus kewangan, berbelanja dan berjimat’.
Sebanyak 4.7 ribu orang share. Aku terkejut giler ramai orang suka post tu. Aku bukan pakar. Aku cuma share cara aku berbelanja.
Arwah mak sifu kewangan yang ajar aku menabung, urus duit dan simpan emas. Aku mengikut perangai emak yang suka menabung.
Aku jugak suka baca pasal ekonomi dan perang. Pastu aku buat ulasan kat posting aku. Ni antara sebab Hakim nak berkawan, rare katanya perempuan macam aku ni.
Setakat ni berjaya kumpul 12k followers. Orang add aku sebab penulisan aku dan baca komen2 aku kat pelbagai page.
Sejak tahun lepas, aku kerap share tip pasal prepping. Ramai follow dan tanya aku. Minta ajar sebab aku rajin post pasal prepping yang aku buat selama ni.
Aku ingat nak bukukan semua penulisan aku yang ramai like dan share, jadikan E-book.
Aku nak jual. Kalau tiada sales pun tak mengapa. Sebab aku memang suka menulis.
Untuk kawan aku Hakim ni, dia cerita dia baru dapat surat dari pihak MARA kena blacklist sebab tak bayar loan.
Dulu dia bayar tapi sejak dia hilang kerja, tiada pendapatan tetap, jadi dia skip bayar.
Aku rasa sedih dengar kisah dia. Ada banyak dia share tapi tak sesuai ditulis untuk tatapan umum. Biarlah kami berdua je tahu.
Aku minta sangat2 sempena bulan puasa yang berkah ni, korang tolong la doakan kami. Mungkin ada antara kalian yang mustàjab doanya.
Untuk aku sendiri, aku bangun malam tahajud dan solat hajat. Mudah2an ada berita baik untuk dia settlekan masalah dia.
– Butterfly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit