Nasib Lelaki Tak Hensem

Salam sejahtera semua. Terima kasih admin kalau penulisan aku ni di siarkan. Seperti yang korang sedia maklum, telah banyak isu lelaki tak hensem yang curang, ada perempuan lain, kahwin dua, 18-19, suami tak hensem kena bedal dengan kawan baik sendiri dan sebagainya.

Dan main isu nya adalah laki tak hensem ni curang. Ada yang buat meme macam ni. Dua gambar laki hensem kat atas dengan caption “SETIA” (salah sorang nya laki wawa zainal) dan 3 gambar laki kat bawah yang buat hal serta tak hensem mana dengan caption “CURANG”

Untuk manusia yang buat meme itu, terima kasih sebab dah merunsingkan hidup aku. HAHAHAHAHA! Aku dah kawen. Baru ja 2 tahun lebih kurang. Bini aku cantik gila dan aku ni tak hensem mana.

Di sebabkan lately, tular dan berderet isu laki tak hensem ni curang bagai, bini aku dah terkesan secara tak langsung. (HADOI LA ISTERIKU) dia jadi lebih curiga dan cemburu dia juga lain macam.

Macam ni. Kat tempat kerja aku obviously ada perempuan dan ada masa aku akan berkomunikasi dengan dorang ni. Selalunya bini aku tak tanya sangat macam mana kat office hari ni, tapi lepas kes ni, balik kerja dah bini aku bertukar menjadi inspector. Soalan dia banyak lain macam.

Hangpa yang dah kawen mesti hangpa tahu soalan pelik tahap dewa petala tujuh mana yang boleh keluar dari mulut bini hangpa. Mula-mula dia tanya macam mana hari ni kat office. Then tanya ada cakap dengan perempuan tak,

Then tanya kenapa boss aku perempuan (mampos nak jawab) tanya mesti ke kena ada perempuan kat tempat kerja, (bukan company bapak aku) then tanya perlu ke bercakap dengan perempuan?

Duduk sorang- sorang tak boleh ke, (aku manage projek bukan sorang-sorang cek oi. Bukan aku yang hire pekerja) kadang-kadang time kerja dia video call. Kalau tak angkat mula hantar whatsapp bnyak-banyak tapi satu satu. CONTOH :

Kenapa

tak

angkat

video

call

orang

hah?

Bu

at

A

pa

tu?

te

ngah

ca

kap

de

ngan

pe

rem

pu

an

ke

tu?

Ha. Macam tu la HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Sebab kes laki tak hensem curang aku kena hadap benda macam ni, Untuk pengetahuan hangpa, bini aku pregnant dan dia alah dengan bau makanan (orang cakap memang peel ibu mengandung ni lain).

So aku la masak, aku la basuh baju (guna tangan ok sebab mesin rosak) aku la kemas rumah, cuci tandas sapu sampah semua.

Kalau dia lapar tengah malam, bukan dia nak pergi bukak peti amek makanan sendiri, kejut aku juga mintak tolong amik kan. kalau tido aku, kena make sure dia tido dulu, kalau aku tido dulu, sampai ke sudah la dia tak leh tido. Anda rasa bagai mana?

Aku ni masa yang tak de depan mata dia betul-betul time kerja ja. Yang lain semua depan mata dia. Tak ade aku nak balik lambat, habis kerja terus balik.

Tak de nak melepak dengan kawan, tak de nak keluar malam, tak de nak konvoi ride hujung minggu, kalau bersukan sekali pun aku bawak bini aku sebab kesian dia sorang-sorang kat rumah.

Aku pun tak de nak install apps pelik-pelik. Wechat ka, tak dak! yang pelik pada dia ada satu. Mobile legend tu jela. Tak de nak hide pasword phone tak de nak privacy mana. Dia boleh nak access phone aku bila-bila masa sebab pada aku dah kawen kena tahu semua hal laki bini.

Benda-benda yang aku buat ni lebih membuatkan dia curiga dan takut laki dia dikebas orang sebab dia rasa tak ramai laki akan buat macam mana yang aku buat. Hadoi la bini ku! kalau suami mu tak buat seperti yang diatas, sapa nak buat? dia nak masak, kang dok UWEEKK UWEEKK!

Nak beli kedai aku plak tak suka makanan kedai. Dia nak basuh baju 4-5 helai tu, tangan dia luka-luka kalau kena sabun basuh ikut la pakai glove ke tak.

Nak kumpul baju banyak-banyak basuh dobi, aku plak tak suka, serabut baju banyak. Dengan emosi dia yang pelik-pelik, tiba-tiba nangis, tiba-tiba masak, WAAAAAAA…. HOW?

Ni semua mula dengan kes 18-19, kawan baik bedal suami sendiri, suami pergi menjahanam ketika anak masuk hospital dan yang menjahanam bersama si suami adalah perempuan bertudung proper sedangkan laki tu free hair. Dan isu isu ni sedang hangat di siarkan oleh media sosial tempatan.

APOO CEK OI! dah Allah jadikan muka aku macam ni. tak hensem mana, mana la aku tahu!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!

Akhir kata luahan hati ku ini, TAK SEMUA LAKI TAK HENSEM ITU JAHANAM. TAK SEMUA LAKI HENSEM ITU ELOK. TAK SEMUA SUAMI ITU NAK ADA BANYAK ISTERI, TAK SEMUA LELAKI ITU CURANG. kite ni same je. pembawakan diri tu yang menentukan semua.

Untuk isteri, saya dah cakap benda ni banyak kali dah. Awak la satu-satunya isteri saya yang saya sayang.

Saya doa agar hanya awak seorang sahaja yang akan menjadi isteri saya sampai ke syurga. Tak ada dua, tak ada tiga, tak ada empat. Saya doa Allah tetapkan hati saya hanya untuk awak sahaja dan hati awak tu hanya untuk saya.

Mohon doa agar kami dikurnia rezeki yang melimpah ruah dari segala sudut, dan aku mohon agar semua pembaca confesion ni mendoakan kami dan kesejahteraan mummy dan baby yang bakal lahir. Biar sempurna cukup sifat akal fikiran, jadi anak soleh solehah untuk kami..

Maaf andai terkasar bahasa, maaf andai penulisan berterabur, aku tak de talent menulis sangat. Sekian terima kasih!

– SUAMI KEPADA ISTERI CANTIK (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *