Nasib Lelaki Tak Hensem II

Untuk part I, (https://iiumc.com/nasib-lelaki-tak-hensem/).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat menghadap covid-19. Sekarang aku masih tak hensem macam biasalah. Mungkin tak sempat pergi korea buat plastic surgery. >.<

Sepertimana yang korang tahu, dunia sedang dilanda wabak covid-19 yang semakin orang tak pandang serius.  Mula2 pkp dijalankan, amboi, patuhnya semua rakyat malaysia. Sekarang? No komenlah. Tu tak masuk lagi geng konspirasi dengan konspirasi mereka. Geng anti vaksin lagi.

Apa nasib untuk orang yang tak hensem macam aku ni? Jeng jeng jeng! Aku telah dibuang kerja sebab, projek yang aku uruskan tu kebanyakannya melibatkan budak-budak sekolah.

Jadi tak ada budak sekolah, tak ada la projek aku. Aku adalah orang yang nak sangat budak-budak pergi sekolah demi kelangsungan hidup aku.

Tapi bukan untuk kelangsungan hidup budak-budak, cikgu, komuniti dan rakyat malaysia sebab mereka berisiko tinggi mampos sebab dek covid ni. Haha.

Jadi company tak boleh survive, aku dan beberapa rakan lain dibuang kerja. Sayu. Pening. Tapi nak buat macam mana kan. Hadap jela.

Next. Benda yang aku kena hadap adalah perangai bini cantik aku yang sememangnya begitu cantik! Cantik sangat engkau! Sampai aku tak tahu nak handle macam mana.

Cerita nya begini. Dapat je tahu aku tak kerja, ok dia serabut. Aku serabut, dia pening, aku pening, dia marah, aku??

Ofkos laa tak boleh marah. Hahaha! Nak mampos engkau. Beranila kau mengamok time bini ko mengamok. Jadi lagi besar perkara yang nak dibincangkan. Adakah aku tak boleh mengamok disebabkan aku tak hensem? Hah!

Aku dah tak berhubung dengan orang luar basically sebab dah tak kerja kan. Aku dok rumah jela sambil-sambil apply kerja lain yang tak berjawab jawab. Lagu menanti sebuah jawaban dari kumpulan padi tu hari-hari aku nyanyi.

Aku nyanyi bini aku cakap aku suka hati. Tak fikir pasal kerja. Suka tak ada income dan tak usaha untuk mencari income. Padahal time tu aku tengah menghadap komputer apply kerja kot.

Hahaha! Aku pusing-pusing cari kerja dekat kfc mcd. Jadi rider. Banyak jugak la tempat lain. Tapi tak ada rezeki kat situ. Balik rumah jumpa isteri, mari kita ulang semula. Dia serabut, aku serabut. Dia pening aku pening. Dia marah, aku?? Korang sambung kat komen.

Aku yang dah tak berhubung dengan sesiapa ni, dia masih keep on looking at my phone and keep looking at my whatsapp chat, facebook messenger, instagram, dan lain-lain.

Ofkos la tak ada dah whatsapp dengan rakan sekerja perempuan yang lama. Tapi masih ada suspicious. Asyik check, check. Lepas tu suspicious. Lepas tu fikir bukan bukan.

Lepas fikir bukan bukan, mari kita ulang ye anak-anak… dia serabut, aku serabut, dia pening aku pening, dia marah, aku?? (facepalm) aku tak paham laa. Hahahaha!!

Katanya, “orang tak hensem ramai peminat.” Aku cakap la, “nak minat apa nya sekarang ni dah ada kat rumah. Bukan pergi mana-mana pun. Dengan covid nya. Baik orang minat dekat nyawa sendiri”

Tuan-tuan yang dihargai. Aku ingat aku hebat la cakap, “nak minat apa nya sekarang ni dah ada kat rumah. Bukan pergi mana-mana pun. Dengan covid nya. Baik orang minat dekat nyawa sendiri” aku rasa aku hebat.

Namun aku tersilap. Bertahun kahwin dengan dia, aku masih tak kenal dia. Dia jawab, “Ooo. kiranya time kat luar sebelum ni ada la orang minat????” !@#$%^&*()_

Aku nak jawab apa tuan-tuan sekalian. Kalau tanya puan-puan kang, dorang mesti jawab, “sape suruh jawab macam tu.” kan? Hahaha.

Sepanjang tak bekerja ni, soalan-soalan macam ni lah yang aku kena hadap hari-hari. Hari-hari bro.. Aku terkenang lagi. Adakah ini disebabkan oleh muka aku yang tak hensem??

Padahal isu laki tak hensem curang bagai-bagai ni dah lenyap nampaknya walaupun si 18-19 dah bercerai dengan isterinya. Kita doakan yang baik baik aje untuk mereka.

Aku stress jugak nak menghadap benda ni. Tapi bila dikenang sakitnya dia masa deliver baby tu, aku redha diajukan soalan-soalan tak masuk akal dari si isteri cantik.

Oh ya. Aku dah ada seorang anak. Alhamdulillah. Sihat elok je anak dan mak. Cuma kadang-kadang stress la nak menghadap soalan unik dia tu..

Aku serabut jugak nak fikir macam mana nak dapat income untuk bayar komitmen aku bulan-bulan. Yang tu dah merisaukan dah.

Tambah lagi dengan pressure dari si isteri cantik, dengan soalan-soalannya, dengan kerenah dia, waahhhh.. Just waaahhhhh… kadang-kadang aku rasa aku dah tahap kemurungan ni. Tapi macam tak ada la rasa kemurungan. Entah laa..

Mohon luahan aku ni menjadi penguat semangat para suami yang hensem dan tak hensem untuk terus cekal menjadi suami yang baik.

Ini adalah realiti alam perkahwinan yang segelintir lelaki bertuah ditakdirkan untuk korang hadapi. Cuma aku ada tambah sikit la lelaki bertuah yang tak hensem. Hahahahahah. Apa-apa pun anda tidak berseorangan.

Aku yakin aku tidak berseorangan. Kepada yang nak kawen, ready nak hadap benda macam ni?? Haha.. Jangan risau. Kita sebagai seorang lelaki mesti boleh hadap punya.. Chill saja brooo.

Tujuan lain luahan ini adalah untuk memohon doa kalian agar aku disegerakan mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan beserta diberi kesihatan yang berpanjangan. Aku doakan kepada mereka yang hilang kerja tu, cepat-cepat dapat kerja baru yang lebih baik.

Netizen malaysia ini sangat hebat dalam memberi komen. Jadi aku nantikan komen-komen yang positif untuk menguatkan semangat aku lagi.

Kepada yang tak ada benda baik nak komen, korang diam dan baca jela. Nak komen, sila tulis komen buruk korang dalam diari. Tunjuk kat anak cucu nanti. Ini lah kerja korang time covid dulu.

Hahahahaha!!!! Gurau je ekkk, maaf kalau tulisan cacamerba dan tidak terurus. Aku kena release stress jugak.

Sekian..

– Suami kepada isteri cantik yang dah tak ada kerja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *