Hi, semua. Cukupla gelar diri saya “SI MALANG”.
Ya hidup saya memang malang tapi dalam banyak-banyak ujian saya yang hadapi.. saya rasa kena scam adalah yang paling teruk sekali yang pernah saya rasa.
Ketika ini saya menaip dalam keadaan airmata bercucuran. Kilat sabung-menyabung seakan-akan memahami kepedihan hati saya.
Mana tidaknya ini kali kedua saya kena scam. Kejadian yang sama berlaku lagi hari ini.
Saya tidak tahu kenapa saya bodoh sangat percaya bulat-bulat business JUTAWAN APPS sebanyak RM390 dan Promosi Baju Kurung Berjenama RM100 3 pasang dan free postage. Dua-dua scammer ini saya jumpa di Instagram.
Kali pertama di scam pada awal bulan 3 baru-baru ini. Kononnya bila dah bayar modal RM390 saya akan dapat gaji dibayar 3 kali seminggu secara automatic melalui aplikasi JUTAWAN Apss.
Hakikatnya 1 sen pun saya tidak dapat. Habuk pun tiada.
Saya tunggu sebulan andai kata ada masuk duit walau seratus dua dalam akaun bank saya tapi tetapi tiada.
Saya dah minta balik duit saya tapi perempuan tu kata saya pemalas tak usaha promote aplikasi pada orang lain sebab katanya business ni apabila kita dapat menarik customer untuk ikut serta kita akan dibayar komisen RM250.
Bunyi kedengaran lumayan tapi semuanya dusta. Indah khabar dari rupa.
Saya dah merayu kembalikan duit itu semula. Sebab kononnya apabila saya dah dapat komisen yang banyak dari customer, saya dah tak perlu bergantung dengan duit ayah saya.
Ayah saya sakit jantung berlubang dan perlukan biaya yang banyak untuk kos pembedahan. Manakala ibu saya cyst breast tahap 2.
Saya baru nak plan belikan laptop untuk adik saya dan bayar yuran adik saya masuk universiti nanti bulan 9 ini tapi impian saya tidak kesampaian oleh scammer ini.
Dia berpurdah dan dia cemarkan kemuliaan purdah pakaian Fatimah Az Zahra dengan sifat nya yang pembohong itu. Dia berulang kali tekankan bahawa dia bukan scammer.
Kalau benar dia bukan scammer kenapa tak pulangkan semula sahaja duit RM390 ke dalam akaun bank saya? Kenapa susah sangat nak pulangkan duit tu kembali.
Saya tidak tahu kenapa saya bodoh mudah percaya kata orang.
Adakah sebab saya terlalu naif atau saya terlalu beranggapan bahawa semua orang adalah baik-baik dan tidak akan berniat buruk terhadap saya? Kerana saya percaya Allah Maha Melihat apa yang kita semua lakukan.
Kerana saya terlalu berpegang konsep kifarah dan beranggapan orang lain juga berpegang teguh dengan konsep yang sama?
Saya lupa tidak semua orang baik. Saya lupa dalam dunia ini ada orang yang jahat dan mengambil kesempatan terhadap ketulusan dan kepercayaan yang kita berikan kepada mereka.
Kenapa orang seperti ini tidak menghargai kepercayaan yang kita berikan? Saya sedih sangat. Sebab hari ini saya kena scam lagi buat kali kedua.
Kali ni promosi baju kurung RM100 3 pasang & free postage. Saya ugut orang tu untuk bayar semula kalau tidak saya akan viralkan.
Tak lama kemudian saya disekat dari akaun Telegram beliau. Kecewa saya dibuatnya. Dalam tempoh bulan 3 hingga penghujung bulan 5 ini dah kali kedua saya kena scam.
Apalah nasib saya, ibu saya mesti kecewa. Saya dah kecewakan dia. Dan saya kecewakan dia lagi hari ini. Saya tidak tahu macam mana nak dapatkan duit itu semula.
Dan saya juga tidak berani beritahu ayah saya sebab ayah saya menghidap jantung berlubang dan darah tinggi.
Saya risau kalau ayah saya terkejut dan mengalami serangan jantung seperti sebelum ini kerana hospital ibarat rumah kedua ayah saya. Saya tak sanggup melihat ayah saya menderita atas kebodohan diri saya ini.
Mereka lupa kifarah itu wujud, Allah Maha Melihat. Mereka lupa doa orang yang dikhianati itu makbul. Sanggup mereka tipu saya, saya dahlah orang susah.
Ujian kali ini benar-benar menginsafkan saya untuk tidak mudah percaya orang lain.
Saya harap ada sesiapa yang sudi bantu saya. Total saya di scam RM490. Saya tahu mesti ramai yang senasib dengan saya, sedihkan dengan nasib ummah kita. Tidak takut dosa dan api neraka. Seolah-olah hari kiamat itu tidak wujud.
Dunia sudah nazak, patutnya sibuk mengumpul pahala bukannya topup dosa. Seagama tetapi sanggup berlaku khianat. Allahurabbi.
Sekarang saya risau kalau ibu saya tanya tentang baju tu bila sampai.
Sebab biasanya hanya perlukan waktu 1 minggu untuk sampai ke tempat saya atau dalam erti kata lain baju tu patutnya sampai minggu depan tapi macam mana nak jelaskan duit pun dah hilang. Satu untung pun tiada.
Saya harap ada yang sudi bantu saya dari segi kewangan. Saya tahu saya terdesak dan tidak tahu malu. Tapi keadaan saya betul-betul tak tahu nak cakap apalagi.
Sebagai seorang pelajar uni, saya cuma makan kais pagi makan pagi. Duit ptptn pun sekadar cukup-cukup makan.
Sekian dari,
– Yang Malang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit