Nasib Menantu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/nasib-menantu/).

Sebelum aku meneruskan part yang ke 2, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi membaca/mendengar dan memberi komen terutamanya komen yang sangat positif. Aku sangat menghargai setiap komen yang diberikan.

Untuk pengetahuan pendengar dan pembaca semua, di awal luahan, aku menyatakan aku dan suami merancang untuk bertunang terlebih dahulu tetapi dengan terpaksa untuk mengikut kehendak mertua untuk terus berkahwin.

Aku dan suami masih menabung untuk rumah, oleh itu kami berdua belum merancang untuk berkahwin lagi.

Satu, oleh kerana masalah kewangan, satu lagi oleh kerana jarak tempat kerja yang jauh dan kami terpaksa LDR (long distance relationship).

Beberapa minggu sebelum majlis, suami aku diuji dengan masalah hilang pekerjaan. Company suami bekerja diambil alih oleh anak boss. Suami kata, di company hanya tinggal yang berbangsa cina sahaja. Yang lain semua kena out.

Sepanjang hilang pekerjaan, suami hanya melakukan kerja-kerja di kampung untuk menampung perbelanjaan. Terkikis sedikit demi sedikit simpanan untuk rumah tu. Kereta pula mula buat masalah. Dah repair ini, rosak pula yang ini.

Aku sangat faham keadaan suami. Aku kata tak payah bagi aku duit, tapi suami tetap juga bagi duit. Nanti dosa kalau abang tak bagi nafkah walaupun tak banyak sangat jawab suami. Besar sungguh dugaan di awal perkahwinan ya.

Aku dan suami tiada pilihan lain, sementara menunggu suami mendapat kerja yang baru, nak tak nak, kami terpaksa duduk rumah mertua dulu.

Setakat ini aku belum berbincang dengan suami untuk pindah dari rumah mertua. Sebab aku tahu, ekonomi suami sedang teruk.

Tambahan pula, tempat kerja suami yang sekarang sangat dekat dengan rumah mertua. Rumah sewa ada tapi terletak di bandar dan kami jauh dari bandar.

Di awal perkahwinan, aku masih bekerja ye. Aku duduk hostel, sebab tempat aku bekerja di pedalaman. Tiada rumah sewa dan semuanya hanya perkampungan. Nak membeli barang pun dalam 1 jam perjalanan untuk sampai di pasar. Kena stock banyak-banyak lah jawab nya.

Aku dan suami terpaksa LDR, aku dah pesan kat suami,

“Nanti kalau kita berjauhan jangan pula orang cakap aku ni takda tanggungjawab sebagai isteri dan suka-suka hati nak jauh dari suami. Dulu dah cakap kan nak tunang dulu, sekarang aku tak nak orang menuding jari sebab semua keputusan ni orang yang buat, bukan kita”.

Bab ni, tak dinafikan memang mertua aku faham. Mereka faham aku nak kerja. Cuma mulut orang kampung lah ye, penat aku dengar soalan “kenapa tak cari kerja dekat je?”

Aku kerja di sektor swasta yang merupakan bidang kerja semasa aku belajar di Universiti dulu. Gaji pun boleh tahan besar. Aku sayang kerja tu. Tambahan pula zaman sekarang susah nak cari kerja.

Ada lah sekali-sekala tu mertua dan ipar aku suggest kerja-kerja yang dekat. Kata nya kerja aku tu kotor dan berat, kenapa nak kerja yang susah?

Kalau dah minat, orang memang tak akan faham. Bagi aku, asalkan kerja tu halal dan kita bebas bekerja dalam keadaan yang tenang.

Masalah yang aku hadapi sekarang adalah aku ni ada lesen tapi takut nak bawa kereta. Bukan apa ye, habis je belajar kereta memang tak pegang kereta dah. Nak dikatakan takut, tak lah takut sangat. Nak dikatakan berani pun tidak seberani yang mungkin.

Banyak yang cakap pakai lah kereta family, bukan aku tak nak tapi orang tak ada kepercayaan kat aku. Aku diamkan saja lah. Aku pun takut ter’rosakkan kereta orang kan. So, aku diamkan saja lah.

Berbalik kepada cerita, selepas berkahwin, tak lama je aku kerja, aku pun resign. Sebab kenapa? Aku sakit. Ya, aku sakit. Aku ada mental disorder.

Aku disahkan doktor ada anxiety & panic attack. Aku disahkan ni sebelum aku berkahwin lagi lah ye. Mungkin sebab tu aku sangat lemah dan mudah terasa hati.

Tapi bila difikir-fikir, semua orang pun akan makan hati kalau diperlakukan dengan teruk macam tu.

Fikiran aku kacau. Overthinking tak habis dan rasa takut yang teruk menyelubungi diri ini. Aku memang lemah. Aku dulu pernah rujuk pakar, tapi dah okay.

Sekarang nampak nya anxiety tu datang lagi. Anxiety memang tak hilang cuma teruk ke tidak, tu jer.

Sekarang ni pun aku masih sambung rujuk pakar psikiatri kerana anxiety aku dah semakin teruk. Tak mudah untuk aku kerja dalam keadaan macam ni.

Selain ada anxiety, aku juga kerap sakit, asyik ambil MC je. Berat badan turun mendadak. Suami dan family aku dah risau dah. Mereka sarankan aku berhenti kerja dan rehat secukupnya. Aku pun resign, dalam 2 bulan macam itu lah aku dalam keadaan tak sihat.

Suami dan family dia bawa aku pergi Ustaz, Ustaz cakap aku terkena buatan orang di tempat kerja lama dulu. Benda tu dah lama cuma yang teruk nya sekarang lah sebab benda tu makin hari makin memakan diri aku.

Belum habis lagi waktu berpantang aku berubat, dalam fasa sembuh, ipar aku dah start dah suruh-suruh aku cari kerja. Dia suggest macam-macam.

Tidak lah dia seperti memaksa cuma aku merasakan mereka dah kenapa? Mereka tak nampak ke aku ni tak sihat sangat? Stress lah orang duk ulang benda yang sama. Sekali cukuplah.

Aku balik rumah ibu sebab bagi aku dalam keadaan tak sihat senang lagi duduk rumah sendiri. Nak baring, baring lah. Tak nak masak, ada ibu sentiasa bantu. Cukup masa, kena jugak balik rumah mertua. Emm sedihnya aku.

Family suami kalau part buat kerja rumah semua tiada masalah. Maksud saya semua buat kerja tak berharap pada satu sama lain. Semua saling membantu. Cuma part tertentu tu lah yang aku agak makan hati.

Aku dan suami memang plan nak buat rumah di kampung. Ya, rumah sendiri. Aku dan suami masih mengumpul duit.

Maafkan sedikit kesalahan yang aku tulis di part 1 yang mengatakan untuk membeli rumah. Dengan kata lebih jelas ialah mempunyai rumah sendiri.

Untuk membeli rumah, aku dan suami memang tak mampu. Slowly but surely memang akan buat rumah sendiri di kampung.

Korang doakan aku cepat sembuh dan dapat bekerja semula. Doakan suami aku terus murah rezeki dan mendapat pekerjaan baru di bandar. Boleh lah duduk asing selepas ni.

Doa aku tidak putus untuk semua ini. Aku percaya Allah mendengar, setiap ujian yang diberikan kerana aku mampu. Allah Maha Mengetahui.

Terima kasih.

– Shaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *