Assalamualaikum semua. Harap sangat dapat disiarkan nota ni. Ada pengajaran insyaaAllah.
Saya perempuan belum berkahwin, anak sulung dari 5 beradik. 3 adik dah berkahwin. (2 adik lelaki, 1 adik perempuan) dan seorang lagi macam saya juga belum berkahwin. Dia ni tinggal dengan ibubapa. Saya pula tinggal dirumah sendiri yang tak jauh mana dari rumah keluarga.
Saya dah lama pendam rasa ini. Sekarang saya dah tak tahan sangat dan rasa perlu diluahkan. Saya tak terkeluar suara nak luah pada rakan baik saya kerana memikirkan apa mereka boleh buat kalau saya ceritakan pun dan bimbang menjatuhkan aib keluarga sendiri. Biarlah saya luah di sini sahaja kerana no one knows me here.
Kisahnya, adik2 saya. Yang perempuan tak kahwin lagi buat rumah keluarga macam tempat singgah sahaja, dia sibuk dengan halnya sahaja walaupun dia tinggal bersama keluarga. Begitu juga adik perempuan yang dah berkahwin, dia bekerja di luar daerah tapi weekend balik di rumahnya di daerah yang sama.
Yang seorang lelaki dah berkahwin, tinggal diluar daerah. Yang ni saya tak kisah sangatlah. Jauh tapi kalau mereka balik pun mereka sibuk dengan aktiviti anak beranak atau aktiviti sendiri seperti pergi memancing atau makan, jalan2 dengan keluarga mereka sendiri. Dah la balik 2, 3x setahun. Jarang nak luang masa duduk2 dengan ibubapa, bersembang dengan ibubapa kalau balik. Kalau ada pun sekali sekala.
Seorang lagi pula, berkahwin tinggal di daerah yang sama buat rumah keluarga tempat mereka suami isteri yang bekerja balik makan (sekali sekala) dan letak anak mereka minta tolong ibubapa saya uruskan sekolah anak mereka pagi dan petang.
Bayangkan ibubapa saya yang dah 70an pergi balik hantar dan ambil cucu2 dari sekolah termasuklah untuk kelas agama di sessi petang naik motor, kalau hujan naik kereta. Hari sekolah, anak2 saudara saya itu tidur dirumah atok dan nenek mereka.
Walaupun dia cuti (kerja shift, rotating off day) dia tetap hantar anak2nya untuk ibubapa saya uruskan. Sekali sekala dia akan ambil anak2nya dari sekolah dan hantar kelas agama petang. Isterinya saya fahamlah memang kerja waktu pejabat.
Sebelum ini saya tak nampak semua ni kerana bekerja tapi sejak saya berhenti kerja, baru saya nampak aktiviti ibubapa saya yang sangat sibuk dan saya betul2 tak suka ibubapa saya jadi macam ni. Mereka berdua dah tua, ada darah tinggi, kena makan ubat hari2.
Saya tau tak bagus mereka berenyah2 lagi dah. Pagi2 gerak, siap, hantar cucu pergi sekolah. Cucu pun boleh tahan mengada tak dengar cakap. Terjerit2 mak saya di pagi hari. Kadang minta dibuatkan nasi goreng untuk mereka bawa bekal ke sekolah.
Sejak 2007 ayah saya selalu sakit2 on and off. Saya redha. Biasalah dah tua macam tu lah. Pelbagai sakit datang. Saya ambil tanggungjawab untuk uruskan hal operation, ubat mereka, janjitemu dengan doktor dll.
Saya akan bagitahu adik2 saya tentang perkembangan kesihatan ibubapa samada melalui whatsapp group keluarga, telefon atau bersemuka. Mereka nampak bersimpati tapi tak hulur bantuan kewangan mereka pun. Saya tahu mereka tahu saya ada duit, semua diserahkan bulat2 pada saya. Ini saya masih boleh terima, tak kisah sangat.
Sejak ayah kena serangan jantung hingga kena rush ke kecemasan hospital baru2 ni, saya balik tinggal dengan keluarga kerana menurut doktor ia boleh berulang.
Yang saya kisah dan jadi tertekan sejak adik lelaki tak rasa nak tunggu waktu malam bila ayah masuk wad beberapa hari. Kalau tak tiap malam pun sekurangnya satu malam. Kalau ikut ayah saya memang kata tak payah tunggu kerana tak nak menyusahkan. Tapi common sense lah kan.
Siang hari saya, ibu dan adik perempuan bergilir teman ayah di hospital. Masa itu saya pun kena panic/anxiety attack. Saya jadi trauma bila kena rush seorang diri bawa ayah ke hospital pukul 5 pagi. Gastric saya datang balik. Masa kejadian itu, ibu saya tak dapat pergi bersama kerana sakit perut nak membuang.
Saya nampak mereka rasa selesa kerana saya ada di rumah ibubapa. Pernah suatu pagi saya minta adik lelaki saya datang rumah keluarga kejap sementara saya nak ke kelas makraj tapi jawapannya sangat menguris hati. ‘Kau pergilah, aku nak nak pergi pasar tani. Kalau apa2 mak boleh call aku’.
Mereka adik2 datang rumah keluarga seperti pelawat sahaja. Kejap2 aja, balik. Tak terfikirkah mereka kakak mereka ni macam tiada life dah? Ada kawan2 yang ajak pergi day trip atau 2d1n pun saya tolak. Saya risau nak tinggalkan bapa. Kalau saya nak keluar ke mana saya rasa perlu ada seseorang di rumah. Ibu saya tak boleh memandu kereta atau sayakah yang bimbang lebih2?
Saya hanya mengadu rasa hati saya ni pada Allah tiap kali solat atau tahajjud. Saya berdoa supaya diberi kesedaran, kekuatan, kesabaran untuk kami sekeluarga menerima ujian ini.
Saya terfikir nak share di sini untuk dijadikan pengajaran. Anak2 kena ada tanggungjawab bersama terhadap ibubapa bukan tolak ke seorang sahaja dek kerana dia yang ada kat rumah atau tak kerja atau tak kahwin.
Sekian. Mohon doakan yang baik2 untuk saya sekeluarga. Terima kasih.
– Cik Temah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit