Nasib Pelajar Art Dan Design

Assalamulaikum admin,aku harapp sangat confession aku ni diterima.Aku nak cite hakikat hidup budak Art n Design.

Kakak aku budak AD (shortform Art and Design) Dia bahagian product. Ada lagi bahagian lain,transport,fine art.

Selalu dia bawak balik produk FYP(final year project) dia sampai semak bilik tidur kitaorang. Ada ular,bekas shampu,meja,and bebaru ni kerusi. Ada jugak satu beg hitam besar,aku kira ni beg himpunan lukisan dia lah. Besarnya beg tu hampir sama besar dengan kakak aku. Kakak aku ni kecik je. Ada la dawai apa semua,kotaknya,spraynya…

AD ni biasa didominasi oleh budak lelaki,mungkin tak ramai perempuan berminat? Classmate kakak aku dalam 3 4 orang je perempuan,lain lelaki. Pakat pakat ambil course ni ye gadis sekalian.

Budak AD ni ada risiko dalam bengkel.. haritu ada kes kawan kakak aku putus jari terpotong dengan mesin…Terpaksa extend sem. Kakak aku pun ada sakit jugak,paling panas hati bila nurse tu dengan angkuhnya kata tukarlah course lain. Hoi dah separuh jalan tu nak stop rugila!

Dan diorg ni selalu stay up kat bengkel sampai 5 pagi.. tengokla keadaan camne. 3 pagi ke,4 pagi ke,untuk siapkan projek diorg. Siang diorg tidur. Pengalaman aku,kalau kakak aku balik rumah,siang dia banyak tidur,malam dia siapkan projek dia. Tak dela aku takut tidur memalam. Hahahaha.

Aku sayang kakak aku. Kalau korang nak tau,budak AD ni adalah budak yang paling banyak guna duit untuk PROJEK diorang. Diorang lah yang selalu pokai sepokai pokainya. Poket kering setiap minggu adalah satu kewajipan.

Bapak aku bagi RM 100 atau RM150 biasanya. Walaweh RM100 tu seminggu je habis! Untuk makan je tau! Sekali makan RM5, makan 3 kali sehari,RM15. Darab 7 hari,dah berapa? RM105! Tu x termasuk topup,barang projek,print,keperluan harian shampu ke,stok ke,detergent ke…

Biasa kalau kakak aku minta duit,mesti bapak aku kata,bukan baru transfer ke haritu? Memang x memahami langsung! Sampai kakak aku hutang kawan dia,lecturer dia semata untuk survive padahal dia ada tempat bergantung,cuma x bertanggungjawab dan x memahami. Aku tau dia selalu takut nak minta duit. Aku tau. Sebab perangai kedekut dan x memahami bapak aku tu. Bapak aku beli ubat dia kat farmasi (bukan atas saranan doktor) sampai RM200++ sebotol (dia x beli sebotol ok) kasi anak duit belanja punyala payah. Selalu merungut. Buat muka. Kalau bukan family senang je dia hulur duit. Volunteer,xyah mintak pon! Pernah dia sembang dengan kawan dia,kata kakak aku ni asyik mintak duit,duit,duit! wooo luka dalam hati tu meninggalkan parut yang x terubat tau! Rasa macam nak melawan je.

Aku bersyukur ada mak yang memang memahami dan selalu backup bagi duit kat kakak aku. Gaji dia x tinggi,tapi berkat. Sebab dia utamakan keluarga berbanding orang lain.

Aku harap sangat dalam Bajet 2017,kerajaan sediakanlah duit untuk pelajar AD untuk beli barang projek diorg,atau tak pun,sediakanlah kantin free. At least ringanlah sikit beban diorg. Kesian budak AD.

– Yang Kesian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit