Ijazah. Ramai yang berlumba-lumba nak dapatkan tempat di universiti tak kiralah IPTA ataupun IPTS. Aku pun salah seorang daripadanya. Belajar kat universiti ingatkan senang. Sebab bukan nak cakap apa, kecil-kecil dulu kalau tak belajar sangat pun boleh dapat beberapa A. Kalau tidur pun, Alhamdulillah boleh cover balik dan boleh skor dalam peperiksaan. Oh ya, aku selalu duduk kelas pertama. Masuk ke matrikulasi, sekali lagi prestasi peperiksaan aku oklah, takdalah mengecewakan sangat. Orang cakap, matrik suka tendang orang, tapi, aku boleh je skor. Aku fikir, ni mesti ada kes-kes terpencil yang buatkan diorang gagal.
Ok, masuk universiti, seperti biasa mungkin senang kot. Jadi, aku pun sambil lewa macam biasa dan study sangat last minit macam biasa dan result first sem pun keluar. Kau rasa? Boleh berjaya lagi ke? Tak wei, sangat mengecewakan. Lulus tapi kalau kurang 0.1 pointer aku maksudnya aku gagal. Syukur,tapi pedih sangat rasa masa tu. Kawan-kawan lain asyik nak tahu result aku, mesti aku tak terluah, perit nak bagitahu, rasa nak berhenti belajar je time tu sebab aku tak pernah hadapi kekecewaan macam tu sekali. Baru tahu perasaan kawan aku time sekolah yang tak berapa bagus result dia, lepastu aku pula asyik2 nak tahu.(Tapi, kadang2 aku malas gak nak tanya).
Perit time belajar, berusaha, berdoa lama2 keputusan makin baik. Tapi, total CGPA tak sampai 3.0 pun. Sipi2 je lagi. Sedih. Orang cakap kalau tak cukup 3.0 susah nak dapat kerja. Aku mula rasa berputus asa. Lantaklah apa nak jadi. 3 bulan menganggur. Bulan ke 2 menganggur tak silap masa tu tengah raya. Jumpa makcik-makcik saudara yang suka menyibuk hal orang. Tanya kerja mana sekarang? Aku jawab “belum kerja”. “Dah lama habis belajar takkan tak dapat kerja?” sambung mak cik ke 2. ” Anak aku belajar takdalah tinggi mana, tapi, alhamdulillah gaji dekat RM3000″ Terdengar suara lain bercakap2 dengan ayah aku. Pedih lagi sekali, ingat senang ke nak dapat kerja sekarang, Mungkin memang salah aku sebab tak hantar resume awal2 sebelum grad. Jadi, bila dah habis belajar, esok tu boleh lah terus pergi kerja, tak payah menganggur. ( Kagum dengan kawan aku yang berusaha mencari kerja semasa sedang buat final year lagi). Aku pekakkan telinga dan cakap “baru habis belajar, takkan nak terus kerja?” Mentaliti aku yang teruk masa tu lah balas macam tu kat mak cik- mak cik aku. Bukan nak kurang ajar, tapi, aku rasa sakit sangat dan rasanya raya tahun tu paling teruk dalam sejarah hidup aku.
3 bulan lepastu, aku dapat kerja, tapi, kerja-kerja kat pasaraya. Ya, sekali lagi pedih bila ternampak makcik-makcik aku dan diorang pandang sinis kat aku kerja kat situ. Ya, gaji aku halal tapi, mulut diorang bercakap2 macam2. Bukan aku tak berusaha cari kerja yang lebih baik yang sesuai dengan kelulusan, cari, tapi , belum rezeki aku. Ya, aku kurang keyakinan diri, bercakap tak lancar time interview, tak tahu nak jual diri dengan baik kepada interviewer yang sangat bagus semasa diorang belajar lagi. Tapi, aku tahu yang aku boleh buat kerja dengan bagus, aku boleh paham sesuatu tugasan dan mampu laksanakan tugasan dengan sangat baik. Yalah, sebab masa belajar aku sangat tak suka bidang yang aku dapat, semakin lama, prestasi aku meningkat bila aku sedar diri, bina motivasi diri (motivator terbaik adalah diri sendiri), fokus dan tak main2. Aku cepat tangkap bila aku dah faham konsep sesuatu subjek. Tapi, aku lemah bab-bab menjual diri masa interview sebab kalau aku jual benda yang tak betul pasal diri aku, aku akan rasa pekerjaan tak berkat. Ada orang kata jangan fake time interview, tipu semua tu, kau kena jadi fake sebenarnya untuk dapatkan position yang bagus.
2 bulan kerja kat situ, aku dapat tawaran masuk program kerajaan untuk graduan lepasan ijazah. Ada macam2 program untuk fresh graduate ni. Aku, sebab malas nak pergi cari kerja, korang boleh cari sendiri. Betul tu, boleh belajar banyak benda semas program dan terkadang rasa membazir masa juga sebab aku fikir kalau aku cari juga kerja tetap sampai dapat dan tak masuk program2 ni mesti dah boleh jadi HOD dah aku sekarang (OK, tipu). Dijanjikan bulan dan bintang, ingatkan dapat kerja tetap lepas habis program. Akhirnya, tamat macam tu je dan aku pun terkapai-kapai. Boleh jadi sebab program ni tak bagus ataupun aku yang tak cukup bagus untuk dapatkan title pekerja tetap. Dalam group pelajar program tu yang dah dapat kerja, asyiklah membincangkan tentang gaji mereka, kepenatan kerja dan segala macam benda. Sekali lagi rasa sedih datang bila kawan kau tak peduli pun perasaan kau yang tak bergaji besar macam diorang. Ya, bagi aku besar sebab aku kembali kerja kat pasaraya yang aku kerja lepas grad tu. Diorang kata gaji diorang kecil, padahal aku rasa diorang tak tahu erti syukur sebab gaji aku kat pasaraya tu lagi kecil. Aku diam dan jadi silent reader. Macam masa kat u, kawan aku sedih sebab pointer dia cukup makan. Bila tanya barapa pointer cukup makan dia,oh, rupanya pointer dia cuma tak cukup makan untuk dapat dekan je.
Aku rasa, bagi pandangan dan rasa hati kawan yang tak berapa maksum macam aku ni. Aku rasa kawan aku semuanya tak tahu erti syukur, dia tak tahu dia riak dengan kejayaan dia, dia tak tahu dia dah lukakan hati orang yang tak bernasib baik macam dia. Ya, dia tak rasa lagi, dan, aku cuma berharap2 dia paham apa yang aku rasa ( Aku ada juga berharap diorang rasa apa yang aku rasa, tak baik ni…..). Majikan nak cari orang yang ada pengalaman, kalau fresh graduate, kalau boleh time interview pandai cakap boleh sembang lebat pasal kebolehan diri dia. Aku tak reti nak cakap macam tu. Kawan aku (A) punya kawan (B). Dia cerita B time kat universiti, tak pandai mana, result teruk, tapi dapat kerja. Kat company besar pulak tu. Tu semua hasil sembang lebat masa interview dia dan rasa2 macam mana? Ya, B susah nak selesaikan tugasan sebab banyak dia tak paham. Jadi, A ni lah banyak tolong B bagi idea untuk selesaikan masalah kat tempat kerja. Betul, aku nak cakap, orang yang pandai cakap ni kadang2 bukannya tahu sangat pun nak buat kerja.
Majikan selalu cakap pointer tinggi tak guna kalau tak boleh perform time interview. Okay, ambillah yang tak score tu , yang pandai bercakap tu dan tengoklah macam mana diorang kembangkan syarikat kau. Kesian kawan aku yang pandai tu. Tu cerita dia.
Aku pula pointer tak tinggi, pastu takda keyakinan diri dan segala macam kelemahan dan semestinya peluang tu lebih tipis. Aku tahu aku sebenarnya boleh, cuma tak all-out kebolehan diri. Dan masa tu bernanah lagi telinga dengan mulut makcik-makcik dan aku malas dah nak jumpa diorang jengukkan muka aku yang kusam ni. Alhamdulillah, satu hari semuanya berjalan lancar untuk aku. Aku dipanggil iv, dan dapat position yang aku nak. Tak sangka diberikan peluang. Interviewer tak tanya pasal diri aku sangat, dia tanya apa yang aku belajar dan suruh terangkan benda yang aku belajar. Dan, semuanya berjalan ‘agak’ lancar ( nervous aku memang teruk time interview sebab aku ada penyakit fobia interview, aku rasalah). Ni lah satu-satunya company yang terima aku, percaya pada diri aku, dan nak bagi aku peluang. Sebab bidang aku kena dengan company tu dan interviewer tu tengok prestasi pembelajaran aku makin bagus tiap sem. Ada juga tanya masalah aku masa awal-awal sem. Clichenya, culture shock and take time to adapt. Sekarang, aku cuba jadi lebih flexible dengan persekitaran. Bina keyakinan diri dan belajar secepat mungkin segala ilmu. Pekakkan telinga dengan orang yang tak paham aku. Dan buat yang terbaik dengan orang yang telah memberikan kepercayaan kepada aku yang banyak kelemahan ni.
Ringkasnya :
1) Kepada kawan2, paham kawan dan jangan asyik nak pandang rendah kat orang lain dan jaga sikit ayat tu sebelum bertutur.
2) Kepada makcik-makcik, makcik boleh perlahankan aktiviti panah memanah hati anak saudara ataupun anak jiran.
3) Kepada majikan, berikan peluang kepada semua orang. Dia takda pengalaman, bagi pengalaman. Dia tak reti bercakap, tengok dulu cara kerja dia dan beri dia peluang. Mana tahu dia lebih bagus.
4) Kepada adik2 yang tengah belajar. Belajarlah. Pekakkan telinga dari dengar buat apa belajar tinggi2?? kerja je cari duit dan untuk perempuan sambungannya nanti masuk dapur juga. Korang tahu niat korang nak menuntut ilmu untuk dapatkan pahala dan korang tahu korang boleh berbakti dengan segala ilmu tu nanti.
Sekian
– Pemegang segulung ijazah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit