Nasib Seorang Graduan ILKKM

Aku raj. Aku adalah salah seorang graduan salah sebuah institut latihan kementerian kesihatan dalam bidang Diploma Pembantu Perubatan. Mesti ramai yang tertanya-tanya kan diploma apa ni? Pembantu perubatan ni wujud sejak zaman penjajahan british lagi. Dulu dikenali sebagai apothecaries dan namanya bertukar-tukar dari Dressar, Pembantu Hospital, Pembantu perubatan dan yang terbaru adalah Penolong Pegawai Perubatan. Penolong Doktor la kiranya. Aku bukan jururawat, Doktor pun bukan. Aku wujud supaya perjalanan dalam sesebuah hospital tu berjalan lebih lancar. Terutamanya di Jabatan Kecemasan & Trauma. Tapi tak bermakna aku hanya kompeten bekerja dekat jabatan kecemasan & trauma sahaja. Jabatan Haemodialisis (cuci darah), Operation Theatre (bilik bedah), Klinik Pesakit Luar, Klinik Pakar,Jabatan Orthopedik dan banyak lagi tempat untuk seorang penolong pegawai perubatan beraksi. Selalunya kami dikaitkan dengan Jabatan Kecemasan & Trauma sebab seorang Penolong Pegawai Perubatan di bawah latihan kementerian kesihatan malaysia wajib menjalani Program Penempatan Wajib di bawah seliaan Doktor pakar di hospital-hospital terpilih selama 6 bulan sebelum dilantik menjadi Penolong Pegawai Perubatan dan ditempatkan di penempatan kedua. Program ini lebih tertumpu kepada praktikal dalam pembelajaran Perubatan Kecemasan. Lebih kurang hampir 250 penyakit ( Emergency Medicine – In A Page) yang dikategorikan sebagai kes kecemasan dan seorang PPP patut tahu pengurusan bagi masalah-masalah ni.

Buku rujukan aku waktu belajar dulu antaranya Kumar and Clark’s Clinical Medicine dengan 1 lagi buku Surgical yang kawan aku bagi. Subjek untuk diploma ni antaranya ialah Anatomy & Physiology Medical Microbiology,Surgery, Clinical Pharmacology, Orthopedic, Nursing Science, Behaviour Science, Emergency Medicine,Bioscience, Community Health. 3 semester kami perlu hadam teori-teori ni. Siapa yang gagal dan tak lepas paper ulangan perlu mengulang semester ataupun ditamatkan latihan. 3 semester lagi kami praktikal. Setiap kali hujung semester akan ada ujian OSCE dan ujian bertulis berkaitan apa yang telah dipelajari. Yang mana gagal tindakannya adalah sama ada ulang semester atau ditamatkan latihan.

Kelas pelatih ILKKM bukan macam kelas biasa. Semua macam bekerja dalam waktu pejabat. Setiap hari kelas dari pukul 8.a.m hingga 5.p.m. Attendance list memang wajib. Yang mana kaki ponteng tu akan dapat lampiran A & tindakan tatatertib yang akan menyebabkan masalah semasa lantikan dan memburukkan rekod pekerjaan. Tu baru kelas, kalau kolej wujudkan sebarang program pun wajib hadir, hatta program gotong royong sekalipun.

Kalau waktu praktikal. 3 sem tu memang betul-betul waktu bekerja. setiap hari 6 pagi sampai 2 petang bagi yang bekerja syif. Yang mana kena syif petang tu syif petang lah.yang mana dapat jadual waktu pejabat tu waktu pejabat lah. Habis je 6 sem belajar. Kalau ikutkan waktu menunggu posting adalah 3 bulan paling lewat. Jadi kebanyakannya akan dapat surat panggilan PPW selepas 3 bulan menunggu.

Telah genap 1 tahun 8 bulan Aku menunggu posting. Aku agak sedikit kecewa dengan pengurusan pihak yang berkenaan tentang posting aku yang terbengkalai sehingga ke hari ini, Cakap kat aku siapa je yang tak kecewa bila dalam banyak-banyak diploma tu diploma kau yang mempunyai masalah pelantikan jawatan?. Belajar sama-sama dengan kursus diploma yang lain. 3 tahun belajar, hanya diploma pembantu perubatan yang mempunyai kelewatan lantikan sebab SPA dah buat perlantikan jawatan secara trade off. Maksudnya tidak wujud penjawatan baru sebaliknya kena tunggu mana-mana jawatan kosong yang sedia ada.

masalah posting ni satu hal. Yang lebih menyedihkan graduan diploma ni macam tak laku. 3 tempat aku interview yang tawarkan basic cuma rm1100.00. terutama klinik-klinik dengan nursing home. Gaji starbuck dekat pekan sana pun RM1300+300 elaun nak kelulusan SPM sahaja. Ada satu syarikat ambulance tu lagi la menyedihkan RM1300 dengan mandatory OT. pekerjaan yang ada peranan sebagai seorang PPP pun tawarkan gaji yang terlalu murah. Rumah sewa yang aku duduk sekarang pun sebulan RM600. macam manala nak bayar sewa rumah semua. Ada 1 tempat aku interview, request basic RM1600.00 pun kena reject katanya tiada pengalaman bekerja. Padahal 1tahun 6 bulan pengalaman bekerja waktu praktikal.

sekarang aku bekerja dekat satu nursing home yang tawarkan gaji basic RM1200.00. maksudnya RM1200/26 hari. RM46 sehari. Ada tak yang senasib dengan aku? ada tak sesiapa yang boleh syorkan dekat aku pekerjaan yang boleh bagi pendapatan yang lumayan selain dari MLM dan sewaktu dengannya?

Aku bukan tak bersyukur, cuma aku rasa aku perlukan lebih sebab aku ada impian dan cita-cita aku sendiri. tentang penempatan PPW aku dah move on. Kalau bukan rezeki aku, aku redha.

– Raj

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit