Nasib Seorang Graduan ILKKM II

Graduan tak boleh memilih kerja!. Kalau tak boleh memilih kerja buat apa memilih untuk sambung belajar in the first places? Nak guna diploma dengan degree tu untuk bungkus nasi lemak?. Kalau tidak, tiadalah universiti yang menyediakan pelbagai bidang kepada lepasan SPM. Masing-masing ada minat dan tujuan hidup. Salam 1 Malaysia, Apa khabar kepada semua graduan ILKKM yang masih menunggu posting dengan sabar dan telah kehilangan kenaikan tangga gaji seandainya dipanggil posting tahun ni nanti. Apa khabar kepada mereka yang masih bekerja dengan gaji di paras basic RM1200, dah naik gaji?
seronok mandatory overtime dengan basic yang kecil? seronok dapat multitask dengan gaji yang macam tu? Job role kena melayan karenah klien, kerja yang memerlukan interpersonal skill yang baik tak termasuk kemahiran dalam melakukan prosedur dibayar sebanyak itu?

Selepas beberapa bulan menganggur dan mencari pengalaman dalam bidang swasta. Banyak juga perkara yang aku belajar berkenaan halatuju karier aku ni. Ada la terbuka sedikit sebanyak tentang kesusahan rakan-rakan diploma yang bekerja di syarikat swasta.perlu bayar Ptptn, perlu bayar kereta hutang 9 tahun, perlu kumpul duit untuk kahwin.Aku Sedikit sentap, bila ada orang kata graduan-graduan dekat malaysia ni semua jenis memilih kerja. Anggaplah aku ni bukan graduan yang asalnya dari Institut Latihan KKM, dan sekarang aku menulis untuk mereka. Jadi mari kita berbincang sedikit sebanyak tentang isu graduan memilih kerja.

Memilih kerja tak bermakna seseorang tu sejenis yang manja dan penuh dengan ragam. Orang yang memilih kerja ni la yang sebenarnya ada misi dan visi hidup. Asal mereka memilih kerja adalah mereka nak cantikkan profil diri mereka. Kebanyakan syarikat-syarikat besar semua nak experience kerja dalam bidang berkaitan dengan kursus yang diambil di universiti. Macam aku contohnya, Untuk masuk bekerja dengan Hospital-hospital besar dan well established mestilah memerlukan pengalaman kerja beberapa tahun dalam bidang berkaitan. Semua nak pengalaman kerja bekerja di Hospital kalau boleh. Selain itu, pengalaman kerja dalam bidang berkaitan juga memudahkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan atau yang lebih baik di masa hadapan. Ambil Diploma Pembantu Perubatan. Belajar tentang anatomy & fiisiologi manusia tapi bekerja sebagai pembantu jualan. Kalau engkau yang bekerja dalam “Human Resource” pun engkau akan fikir banyak kali sama ada pengalaman sebagai pembantu jualan tu boleh digunakan untuk demand kenaikan gaji atau tidak.

Ada yang cakap, Biarlah gaji kecil asal berkat. Bersyukur kepada Tuhan sebab ada kerja dari mereka yang tiada kerja. Janganlah semua benda kita gunakan agama. Ayat macam ni sebagai penyedap hati boleh lah. Bukan isu bersyukur sebenarnya. Isunya, tangga gaji yang tak sepadan dengan kelulusan, isunya adalah kesinambungan perjalanan karier seseorang tu.comapany ni pun berniaga juga. Semua mestilah nak kurangkan kos operasi, kau diploma ke apa ke kalau boleh memang mereka nak tawar dengan harga yang paling murah. Kalau kerajaan tak buat gaji minimum kalau boleh mereka nak bagi bawah paras RM1000. Macam syarikat-syarikat yang ambil internship dengan elaun RM300 tu.
Dapat projek berpuluh-puluh ribu, gaji pekerja bagi murah-murah. Seorang patient sebulan caj sampai RM3-4000 tapi gaji pekerja sekadar minimum siap kena mandatory overtime lagi sebab kakitangan tak cukup. Overtime tu bergantung kepada basic, makin sedikit basic makin sedikitlah overtime.

Nak lari daripada overtime tak boleh sebab kalau lari, nanti sah akan berlaku konflik dengan kakitangan lain. Sebab kerja ni perlukan teamwork. Nanti datang kerja pun tak seronok. kepada mereka yang sayang sangat dengan company mereka tu, ketahuilah tak semua company yang ikhlas dan sayangkan sangat pekerjanya. Kalau betul sayang dah lama bagi pelbagai jenis intensif. Kalau dah kena kerah tenaga gila-gila tu sebaiknya company macam tu guna untuk cari pengalaman sahaja. untuk cantikkan resume. Dah ada pengalaman kerja, pergilah cari kerja dengan company lain itu yang terbaik.

– Raj

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *