Nasib Si Miskin

Assalamualaikum, salam Jumaat. Ada sekali tu bangun tidur pinggang saya rasa sakit sengal2. 

Saya pun ingat salah tidur ka apa. Ada la sapu2 minyak lepas tu pergi kerja. 

Saya kerja kantin sekolah ja. Gaji hari. 

Dah berapa hari sakit tak hilang. Rasa sakit keliling pinggang sampai tulang belikat. 

Sakit tu tak reti nak cerita macam mana. Rasa keliling pinggang ke perut. Macam cram pun ada. 

Macam mencucuk pun ada. Tapi bahagian belakang ja la. 

Semua rasa tu berselang seli. Sampai tak reti nak cakap macam mana rasa sakit tu secara tepat. 

Saya pun mula la risau. Takut ada kanser ka apa. Sebab dah banyak hari tanggung sakit. 

Akibat tak tahan sakit, saya pun pergi la Klinik Murah. 

Orang susah macam saya mana mampu nak pergi Klinik Mahal. Klinik Murah ja pilihan yang kami ada. 

Kali pertama, doktor bagi panadol dengan ubat urat.. Dia cakap sakit ni datang masa bangun tidur kan. Mungkin ada salah urat. 

Dah seminggu lebih. Ubat pun dah habis. Sakit masih tak hilang. 

Saya pergi klinik tu lagi. Doktor lain pulak. Doktor lelaki. Hari tu doktor perempuan. 

Dia ada x ray ambik urine apa semua. Doktor cakap semua ok ja. 

Dia cakap tak pa, dia bagi satu lagi ubat. Ubat ni kuat sikit. Tapi 1 papan ja. 

Sehari 2 kali ja makan. Masa makan memang saya rasa sakit tu berkurang. 

Sakit tu tetap ada, cuma berkurang sikit. Saya pun berdoa moga2 sakit hilang terus. 

Bila kena di pinggang, nak buat kerja apa pun tak kena.. Berdiri tak kena duduk tak kena. 

Nak cuti lama2 pun takut orang buang kita. Dah la kerja susah dapat. Sakit pun saya terpaksa tahan diri buat kerja. 

Tapi sakit tu tak lega2 walaupun dah sangat lama. Saya tak dak pilihan klinik lain sebab yang lain jauh2. 

Nak pergi Klinik Mahal saya risau mahal. Jujurnya gaji hari saya cukup2 makan ja. 

Sekali lagi saya pergi sana. Kali ni doktor cucuk di pinggang saya. Kemudian saya rasa kebas2 dan tak rasa sakit dah. 

Doktor ada bagi ubat tahan sakit jugak. Kalau sakit baru makan. 

Balik tu saya happy la. Sebab langsung tak sakit dah. Dah dekat malam sikit, saya rasa slow2 sakit tu datang balik. 

Saya fikir kenapa ya. Makin lama makin teruk. Saya makan ubat tu. Macam ada kurang sikit. 

Kawan saya cakap injection tu mungkin tahan beberapa jam ja.. Sebab tu sakit balik. Sebab ubat dah hilang dari badan. 

Satu hari tu saya rasa sakit gila. Nak bergerak pun rasa sakit. 

Terpaksa saya pergi balik klinik tu. Klinik Murah doktornya sama ja kan. Cuma nasib dapat la dapat bilik mana. 

Saya dapat doktor perempuan yang sama macam first dulu. Doktor melayu. 

Saya cakap la dah lama sangat sakit nak masuk sebulan dah. Mungkin masa tu sakit sangat. 

Mungkin saya pun tak sepatutnya cakap macam tu pada doktor tu. Tapi saya terlalu sakit. Saya menyesal cakap macam tu. 

Saya kata, doktor boleh tak chek betul2 saya sakit apa. Sebab dah banyak kali ulang. Doktor pun boleh tengok rekod kan. Tapi tak lega2. 

Terus dia berhenti menulis pastu pandang saya tajam. Dia tanya apa maksud awak chek betul2?

Saya pun terdiam. Dia tanya lagi, awak nak chek macam mana. Semua ujian pun dah buat. 

Dah semua ok. So awak la cakap awak nak saya buat apa sekarang. 

Saya cakap dalam hati ja. Kalau saya tahu nak buat apa, buat apa saya kerja kantin. Baik saya ja jadi doktor. 

Saya pun cakap la. Bukan doktor, saya risau la ada kanser ka apa.. Sebab sakit tak hilang langsung. 

Kurang2 kalau tau awal boleh buat sesuatu. 

Dia diam ja. Saya fikir la, sebab doktor macam tak tahu saya sakit apa. Macam tak dapat kesan. 

Jadi saya pun kata la, ataupun tak boleh ke doktor rujuk saya dekat pakar. Ataupun admit saya kat wad. Mungkin kat situ orang boleh chek betul2. 

Saya rasa dia trigger dengan ayat saya “Chek betul2”. 

Dia macam senyum sinis. Dia cakap setiap hari beratus orang datang lagi teruk sakit. 

Bukan semuanya boleh dirujuk ke pakar. Ada prosedur. Kalau awak banyak sangat permintaan. 

Apa kata awak pergi ja Klinik Mahal. 

Klinik2 pakar pun banyak sekarang ni. Awak tak perlu appointment pun, boleh terus jumpa pakar. 

Kalau Murah perlu appointment. Dan bukan terus dapat. 3 4 tahun pun belum tentu giliran awak sampai. 

Ataupun awak jugak boleh pergi hospital Klinik Mahal. Admit sana. Suruh diaorg chek awak ada kanser ke tak. 

Saya ni pun satu bodoh. Boleh pulak saya tanya dia, agak2 berapa kos kalau pergi klinik pakar. Saya nak bajet duit. 

Punya la bodoh saya ni sampai tak sedar dia perli saya ja sebenarnya. Saya ingat dia betul2 bagi cadangan. 

Dia cakap yang pastinya bukan bayar seringgit. So jangan nak ajar kerja orang. 

Ni saya bagi awak mc sehari. Sebab awak sakit sangatkan.. Kalau orang kerja pejabat, sakit tak boleh jalan pun saya tak bagi mc tau. 

Tapi sebab awak kerja kantin kan, sebab tu saya berbaik hati bagi mc. 

Masa tu saya betul2 blur. Saya tak faham satu apa doktor tu cakap. Sedangkan saya tak perlu mc pun. 

Sebab saya kerja gaji hari ja. Datang kerja ada duit, tak datang tak de duit. Tak kisah la kau ada mc ke apa. 

Tapi sampai mati saya tak akan lupa ayat dia. 

Masa tu saya masih diam, masih duduk. Sebab saya blur. 

Dia cakap, ada apa2 lagi ke. Saya ada banyak patien lagi ni. Saya tak dibayar gaji untuk rawat satu orang ja. 

Saya pun keluar dalam keadaan sakit dan keliru. Saya tengok dia bagi panadol dengan ubat urat. 

Saya dah serik nak pergi klinik tu lagi. Takut jumpa doktor yang sama. Saya nekad tak nak jejak kaki situ lagi. 

Kawan saya ajak pergi hospital terus. Hospital pulak tak nak terima. Dia cakap kalau ada surat dari Klinik Murah baru diaorang terima. 

Saya pergi Klinik Murah lain, diaorang cakap ikut alamat rumah saya, saya kena pergi Klinik Murah tu la. Itu paling dekat dengan rumah. 

Saya terus keluar la. Saya malas nak bertekak lagi dah. Saya rasa letih dengan Klinik Murah. Sepak sana sini macam bola. Time tu saya rasa sedih gila. Rasa kenapa saya tak mati ja. 

Akhirnya saya pergi Klinik Mahal akibat tak tahan sakit dah. Doktor cakap boleh nak chek, tapi kos dia beratus jugak. 

Tapi dia ada injection saya. Lepas tu bagi vitamin, ubat saraf, antibiotic dan macam2 ubat lagi. 

Saya kena 180 masa tu.. Mengigil saya nak bayar. Sebenarnya saya ada 60 ja masa tu. Mujur kawan saya teman. 

Dia pun tak cukup duit jugak. Terpaksa pinjam kawan dia lagi. Dekat sejam tunggu klinik kawan dia hantar duit. 

Masa tu saya rasa bersalah sangat susahkan kawan saya. Lepas tu saya dah jadi orang berhutang pulak. 

3 4 hari saya tak boleh guna duit gaji saya untuk bayar hutang. Saya kena makan dulu sebelum makan ubat. Mujur beras dah beli masa tu. Hari2 saya makan bubur kosong dengan kicap. 

Sebab kalau saya beli lauk, saya akan sangkut untuk bayar sewa dan bil2. Gaji saya sehari 45ja. Tu pun kalah sekolah cuti, kantin tak buka. Gaji tak ada. 

Mujur jugak la lepas tu sakit saya tak de dah.. Sebab doktor ada bagi painkiller. Setiap masa saya trauma fikir tkut sakit tu datang balik. 

Jadi walaupun tak sakit, saya makan ja ubat tu.. Saya risau macam kawan cakap, kesan ubat hilang nanti sakit datang balik. 

Kenapa saya buat macam tu, sebab saya sedar satu benda. Walaupun sakit ni bukan pilihan kita, tapi kalau dah hidup miskin, kita tetap kena pilih untuk tidak sakit. 

Sebab sakit pun perlukan duit. Macam doktor tu cakap la. Saya rasa sakit saya paling teruk dah. Tapi dia cakap lagi teruk pun ada. 

Kalau saya tak de duit, lebih baik jangan sakit. Tapi andai semuanya dalam pilihan kita, saya pun tak akan mintak lahir macam ni. 

Sekarang satu lagi kerunsingan saya. Kalau paintkiller ni dah habis macam mana pulak. 

Dekat farmasi tak jual kalau tak de surat doktor.. Kalau pergi klinik mau beratus lagi. 

Sengsaranya hidup saya. Saya cuba muhasabah diri anggap Allah nak hapus dosa saya. 

Tapi demi Allah, sakitnya pinggang saya tu Allah ja la tahu. Lebih baik kita miskin dengan tak ada makan, dari miskin yang ada sakit. 

Lagi satu, benda paling sadis, apabila kita sakit, doktor tak dapat kesan apa punca sakit tu. Sejak tu saya sentiasa berdoa, tolong la bagi saya sihat sampai mati. 

Tapi andai saya diuji sakit lagi, semoga doktor dapat kesan punca sakit tu dan bagi rawatan yang tepat. 

Kes saya ni Klinik Murah tu tak tahu pun apa punca sakit saya. Diaorg pun buat andaian ja. Dan cuba ubat itu ini. Macam doktor tu cakap dah x-ray, dan dah check semua. Tapi tak tahu sakit apa. 

Sebab tu la saya berdoa moga lepas2 ni doktor dapat kesan apa sakit saya. Tolong doakan saya cepat sihat.. 

Kalau tak kena fikir duit lagi 3 4 ratus untuk chek di Klinik Mahal. Sebab Klinik Murah pun tak suka orang miskin macam saya. 

Sekian nukilan dari orang miskin. 

– Orang Miskin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Salam dik, adik boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan. Adik kena bayar rm1. Adik kena jumpa dr, beritahu sakit kat mana semua. Dr akan suruh nurse ambik darah adik , air kencing. Kena tunggu dalam 2 jam. Lepas tu Dr akan panggil adik semula dalam seminggu lepas tu untuk review result test darah dan air kencing tu. Ini ikhtiar yg adik boleh buat.

  2. Saya cadangkan awak baca apa kesan sampingan ubat tahan sakit tu. Ada ubat tahan sakit boleh bawak kesan buruk atau mati(contoh jenis kene makan before makan ubat).

    Saya ada pengalaman slipped disc. Saya prrgi hospital “mahal”. Kos dlm 2-3 ribu untuk check, bukan untuk rawatan. Syarikat saya bayarkan.

    Hakikatnya, medical treatment ni very2 limited. Diorg boleh check, rawatan belum tentu baik. Kawan sy buat treatment dgn ortho london grad, tapi lepas surgery makin sakit.

    Even dekat USA yang advanced pon, medical doctor pon tak betul2 conclusive. Nak tak nak try and error jugak. Tak sembuh pon kene bayar jugak.

    Mcm saya,saya dah belanja beribu2 untuk rawat. Tapi takde rezeki lagi masa tu.

    Penutup cerita ni,
    Sy terjumpa channel YT, squat university, dia phd in physio kalau tak silap(dia bukan medical doc), dia cadangkan buat mcgill big 3 exercise. alhamdulillah membantu.

    Kalau awak nak ubah hidup awak, cuba awak tgk video azri walter. Dia ada ajar cara buat biz.

    Salam sayang dari saya orang kaya(sy tulis mcm ni supaya awak faham, tak semua org yg kewangan lebih baik dari awak, tak kisah pasal org miskin).

  3. Kalau duduk sakit, takut tulang belakang sudah start senget mungkin kearah slip disc. Memang perlu ke pakar. Ini based on saya punya pengalaman (cumanya saya bukan duduk sakit). Mana mana klinik, masuk terus je cakap sakit dah lama, boleh ke dapat surat referral?. takdelah doktor asyik bg painkiller. just pandangan saya.

  4. Rasanya klinik murah tu klinik kesihatan la, kalau nk pi KK lain tukar alamat ic tempat tu guna la alamat sapo2, mcm remeh tp takpe janji masalah ko selesai, masuk spital nnt ada DR pakar boleh cek kan.

    Tak pon ko gi je lagi KK sampai Dr. Situ bg refer letter boleh refer hospital. Ko mintak maaf kat dia kalau ada kata2 sakitkan hati. pastu mintak dia tlg ko bg refer letter utk further check up, nangeh depan dia kuat2 pon ok. Da sakit nk wat camna kan mgkin hati dia terbukak nnt

    Klinik mahal pon takes time nk detect sakit apa2 nasib x baik 2 3 kali cek duit habih pon tatau sakit apa. Mcm awak pi tu last2 bg painkiller je wat pa punca sakit tatau.

  5. hai awak, kalau sakit lagi pergi je klinik murah tu lagi ye, mintak surat refer ke hospital, doc tu takde hak nak layan awk macam tu, pergi je sampai 10kali, itu hak kita ye dah sakit nak buat mcm mana

  6. Doktor klink murah tu tak sedar diri. Dia lupa gaji dia tu dibayar oleh rakyat.

    Kalau boleh rakam dan viralkan bagus ni, biar dia sedar diri sikit

    • Typical netizen. Asik2 org yang keje dr ni rakyat bayarkan..pala otak hangle..aq pon bayar tax sume tu..bukan xbayar..dah yang keje kerajaan lain ni, rakyat xbyar kan le..apalah agenda mengarut ko ni

  7. adik

    minta kawan hantar ke kecemasan, hospital. jangan pergi waktu kerja. pergi malam, lepas isyak cam tu atau malam malam sikit. kata sakit belakang tak boleh tahan. pasti mereka akan check

    semoga Allah SWT hilangkan penyakit adik ini. penyakit ni kifarah, hilang dosa, dan kalau kita sabar dan redha dengan ketentuan ALlah ini, dapat pahala

  8. Dik, ko report je kat sispa (aduan online tingkah laku penjawat awam) pasal doktor tu. Ambik semua detail dia, tarikh & masa terima rawatan.. lebih mudah dari ko menaip confession ini.

  9. klu nk mudah, pasni klu masih sakit lagi…p je klinik swasta dulu utk minta refer letter ke hospital kerajaan. mungkin kena charge tapi xtinggi sgt. jgn request ubat-ubatan nti mhl

  10. kesian kamu dik..akak turut bersimpati..naseb kamu dpt Dr yg begitu, tapi xsemua Dr klinik murah sebegitu rupa..sabarlah dik..moga berkat kesabaran kamu Allah angkat sakit yg kamu tanggung ni..jaga diri dik..moga segalanya dipermudahkan buat kamu, insyaAllah..

  11. saya faham perasaan awak apa kata try pegi urutan traditional cari orang berurut dkt kawasan pedalaman cari org yang pandai ubat org, at least ikhtiarlah ya ubat traditional kadang sakit yang doctor tak dapat cari ni mungkin yang traditional boleh membantu. try cari ok tanya jiran saudara mungkin ada kenal urutan traditional.semoga cepat sembuh.

  12. Makan painkiller lama2 pon tak elok. Saya cadangkan awak pergi klinik swasta minta surat rujukan ke hospital kerajaan. Bagitau doktor terus terang tentang sakit yg berulang, tak sembuh2, budget tak ada nak beli ubat yg mampu pergi hospital kerajaan je. Biasanye doktor akan faham & tolong bagi surat rujuk ke hospital kerajaan. Saya doakan agar awak diberi syifa’ (kesembuhan) & dimudahkan segala urusan. Aminn ya Mujib

  13. Miskin BUKAN masalah besar bang. Cara abang berfikir tu kena ubah sikit. Abang ada komitmen ke dekat kampung? Kalau tiada, and if abang nak level up cara berfikir, level up taraf hidup, abang boleh berhijrah kawasan bandar pesat. Kuala Lumpur, Johor Bahru, Bandar Nilai ke, sebab kat sana ada peluang kerja lagi baik.

    Cari kedai makanan segera, restoran internasional, pasaraya internasional macam AEON , food court LOTUS (internasional= ada cawangan kat negara lain) ka dan banyak lagi peluang kerja ikut suggestion orang bandar. Sebab kedai-kedai macam ni, kalau kat bandar pesat Kuala Lumpur, company sediakan hostel. Ada yang FREE even anda kerja part time ja. Ada company yang mereka suruh kongsi dengan penghuni hostel utk bayar salah satu bil tertentu ja(air/api/ sewa).

    Peluang utk abang naik pangkat, naik gaji dari peringkat part time > full time >leader > supervisor > assistant/bos manager sangatlah beri manfaat kat abang. Then, bila ada company yang buka kedai sampai larut malam hingga 2 atau 3 pagi, sebab demand orang bandar yang duduk di kawasan berpenduduk padat, maka gaji sangatlah masyuk, boleh buat overtime malam, elaun sampingan operasi kedai lewat malam selain gaji asas rm7.50 setiap 1 jam tempoh kerja. Tak tambah lagi gaji simpanan selain gaji asas yang company wajib masukkan dalam EPF/SOCSO/KWSP .

    Abang susah pasal transport pon tak payah fikir kalau kat bandar pesat. Ada lrt rm 1, bas ulang alik free, ktm, monorail dll. Kadang ada hostel yang boleh jalan kaki ja ke tempat kerja.

  14. Sy syak batu karang. Nk detect kene scan. Dari symptom tu 60% batu karang. Semoga dipermudahkan urusan.

  15. spasm kot, dia bkn slip disc, tp ikut bahasa mudah otot tegang.. pernah kena dulu masa tlg mak kt kedai.. mmg sakit gila belakang.. tp kena pergi diagnose dulu lah, susah nk ckp sbb masa pergi klinik tu mmg awal2 mintak referal letter pastu bwk g hosp kerajaan.. pastu dia check betul2, tp awal2 sy mmg bgtau la sy angkat berat n sakit belakang.. jgn malu2 ckp dgn doktor bab perli tu, abaikan je.. nk buat cmne dh dia nk bitter..

  16. Doc skrg jgn ditegur, sbb kita ni bodoh mana tahu ape2.

    Klu sy dulu sy pegi klinik swasta mintak surat rujukkan ke klinik kesihatan, dari klinik kesihatan baru dapat surat ke hospital. Akan makan masa sikit la. Tak pun cuba pegi berurut kg tengok mcm mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *