Nasib Si Pekerja Kontrak

Assalamualaikum..

Terima kasih pd admin sebab sudi siarkan confession aku ni. Dan terima kasih juga kepada pembaca.

Apa yang aku nak kongsikan ni berlaku pada seorang kawan sekerja aku sendiri. Aku gelarkan kawan aku ni sebagai “nadia”. Aku dan nadia bekerja di sebuah syarikat yang agak terkenal di Malaysia. Aku dan nadia berkerja di syarikat ni lebih dari 4 tahun. Dan status kami adalah “pekerja kontrak” . Means kau akan berkhidmat selama 6 bulan dan kalau bos nak kau, dia akan continue. So aku dan nadia ni macam biasa la masuk office buat kerja macan orang lain jgk. Dan kami pn kerap balik lewat pukul 8 or pukul 9. Penah jgk pukul 11 baru ktorng kelua office. Kenapa bahagian aku bz? Sebab aku duduk di bahagian yang sentiasa ada event utk syarikat.

Aku dan nadia jenis tak kesah sebab macam dh lali dgn keje mcm tu walaupun kadang-kadang sedih juga memandangkan aku dh pun berkeluarga. Sebenarnye kerja kami bukan isu utama. Tapi isu utamanya adalah bos kami. Seorang perempuan dan aku gelarkan sebagai “puan A” . Sikap dan perangai puan A ni mmg betul-betul menguji aku dan rakan sekerja yang lain. Boleh dikatakan 1 company aku dah tau sikap dia. Dan semua orang memang tak sukakan perangai puan A ni. Yang jadi masalah nya aku dan nadia duduk di bawah bahagian atau selian puan A. Setiap hari rasa hidup kau memang stress. Kena marah memang dah berbakul-bakul dan walaupun kau buat keje tu cepat dan betul pun.

Kawan aku nadia ni ada 1 sikap yang agak tegas. Kalau dia kata tidak tu means tidak. Tapi setidak-tidak dia pun. Dia mesti akan siapkan kerja tu jugak. Bos aku ni memang pandai bermuka-muka. Depan aku dia kutuk nadia. Depan nadia dia kutuk aku. Dan mcm tu jugak pada staff yang lain. Sampaikan aku kerap jugak bergaduh ngn nadia kerana mulut puan A ni.

Perkara tu berlanjutan sampai ke bulan Mei lepas dimana Nadia akan habis kontrak. Kami semua yakin nadia akan disambung dan nadia pn memang tak kemas langsung barang-barang dia. Hampir seminggu setelah nadia tamat kontrak aku hubungi nadia dan tanya ada ke HR col? Nadia cakap tak ada. Aku minta nadia col HR untuk sahkan hal tu. Nadia hubungi aku semula dan menangis. Katanya HR maklumkan kontrak dia tak disambung. Aku terkejut sangat dan aku sendiri naik ke HR untuk sahkan hal ni. Dan betul nadia tak disambung. Aku tanyakan punca nadia tak disambung namun HR tak dapat bagi tahu.

Tapi kalau dah 1 company walau macam mana nak rahsia pn dapat tau jugak. Kami dapat tau puan A punya kerja. Dia yang tak mahu nadia lagi. Aku sedih kawan sendiri diperlakukan sedemikian rupa. Aku kenal nadia. Aku tau cara dia bekerja. Dia adalah orang yang agak cepat siapkan kerja. Banyak idea. Dan agak cekap berbanding dengan aku. Dan aku bertambah sedih bila aku dengar segala cerita yang puan A cipta untuk singkirkan nadia pada bos atasan. Sehinggakan nama aku terpalit sama dalam isu nadia tak di sambung ni. Aku rasa bersalah dengan nadia kerana aku dia hilang punca rezeki. Pada aku puan A sangat tidak berhati perut.

Lagi satu dia memang tak suka kalau kami sesama staff rapat. Dia memang akan buatkan orang tu bergaduh atau pisahkan. Dan itu juga yang terjadi pada aku dan nadia. Kami langsung tak dibenarkan keluar untuk event sekali. Dan dalam segala hal pun dia akan berusaha asingkan kami. Sedangkan bos lain dan bos atasan semua tiada masalah dengan staff. Nak kata tak buat kerja? Kerja jalan dan settle macam yang dia nak. Tapi tak tahulah kenapa dengan dia.

Untuk nadia..aku doakan kau ada rezeki yang lebih baik. Doa orang-orang teraniaya ni insyallah Allah makbulkan. Maafkan aku nadia. Cuma aku nak pesan kepada mereka yang berstatus kontrak tu. Jangan terlampau selesa dengan kerja korang kerana bila-bila korang akan dibuang bila dah tak diperlukan. Mungkin orang akan cakap dah tak rezeki. Itu aku tak nafikan tapi sentiasalah bersedia lagi la dengan keadaan ekonomi sekarang ni.

-Anisah-

– Anisah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit