Untuk part I, (https://iiumc.com/nasib-tinggal-dengan-family-mertua/).
Assalamualaikum. Aku Rose (Bukan nama sebenar). Aku sebenarnya tak terfikir nak tulis sambungan untuk story aku. Tapi, ade sesetengah perkara yang aku rasa teringin nak sampaikan.
Aku dah baca semua komen-komen korang. Terima kasih untuk setiap doa dan kata-kata semangat yang korang titipkan. Moga Allah angkat doa-doa yang baik dari kalian semua.
Percaya tak, aku menangis time baca komen yang pertama dan seterusnya. Air mata macam tak berhenti. Speechless. Sampai aku confess story aku, aku tak pernah terfikir aku dibuli atau dijadikan hamba. Until aku hadam satu-satu komen yang aku baca.
Ya, aku memang tak terima apa-apa upah sepanjang aku jaga anak-anak SIL.
Sebelum aku kahwin and tinggal dengan family mertua, anak SIL yang pertama dah bersekolah rendah. Balik sekolah, boleh stay kat rumah sorang-sorang. Lagi dua anak SIL sebenarnya memang hantar kat pengasuh.
Tapi lepas aku tinggal dalam 4 5 bulan kat rumah MIL, mereka terus tak hantar pergi rumah pengasuh dengan alasan anak yang kecik tu menangis taknak duduk rumah pengasuh. Benda ni aku pernah je story dengan suami.
Aku cakap, biar jela hantar budak-budak tu pergi rumah pengasuh. Atleast, waktu pagi kat rumah tu aku ade privasi sikit. Tapi, finally, SIL and MIL buat keputusan taknak hantar sebab aku kat rumah and boleh tengok-tengokkan.
Jujurnya, dalam penat, aku tak kisah jaga anak-anak SIL. Cuma aku kadang tak puas hati bila aku marah budak-budak ni kalau nakal, MIL macam tak boleh terima.
Mulut kata tak kisah, tapi aku tau, MIL tak suka aku marah,rotan anak-anak SIL. Aku garang, dan aku sangat tekankan disiplin.
Anak-anak SIL sepanjang aku jaga mampu buat pengurusan kendiri sendiri. Baju kotor pandai masuk bakul,makan pandai basuh pinggan, berak pun pandai basuh sendiri. Aku selalu cakap belajar dari kecik nanti dah besar jangan buat macam pak sedara mereka.
Kenapa aku kata mereka lubuk pahala? Mereka tak salah, kalaupun aku penat, dah lumrah memang jaga budak akan penat. Dan moga dengan jaga mereka akan jadi asbab Allah kurniakan aku anak. Aminkan please.
Ade komen tanya perlu ke aku masuk bilik MIL nak kemas. Rumah MIL aku ni actually ade dua je bilik. Satu bilik aku dengan suami. And satu lagi bilik MIL ni, adik-adik ipar tidur sekali dalam 1 bilik. Kalau anak-anak SIL tak balik pun memang akan tidur sekali kat situ.
Adik ipar sorang lagi ikut mood. Kadang tidur kat ruang tamu. Yang ni paling aku tension, sebab kalau dia tidur kat ruang tamu, tv memang pasang kuat, tak tutup sampai pagi.
Kalau minum pulak, gelas memang merata lah sampai air tumpah dan esoknya aku yang akan lap. Tu kalau air masak. Kalau air teh, kopi ? Faham kan.
So, nak tak nak, memang aku terpaksa kena masuk pagi-pagi bilik MIL sebab baju-baju budak pun memang simpan dalam bilik MIL.
Aku mungkin ade masalah perfectionist macam yang korang cakap, thats why aku pantang tengok rumah tak terurus macam tu.
Mesin basuh memang share pakai. Kira kongsi pakaian basuh (tak termasuk pakaian dalam aku dan suami, aku cuci tangan). Disediakan bakul, tapi tetap juga bajunya dicampak luar bakul.
Bila ahli rumah ramai, so nak lipat kain memang banyak la kan.
Ni pun, aku usahakan lipat sebab kalau aku tak lipat, kain tu akan menimbun dalam dua bakul besar dan memang takkan terlipat sampai kiamat.Dan part paling sedih, bila disusun cantik dalam almari pakaian, esoknya semua baju habis tunggang-langgang balik.
Aku baru dapat berita baru ni, SIL dengan suami kena berpindah tempat kerja baru kat cawangan lain. Anak-anak SIL memang akan duduk dengan MIL buat masa ni sebab masalah Covid ni, MIL kata payah nak bawa budak tinggal sekali.
Ade yang suruh aku bekerja. Selain menjahit, aku memang ade buat job lain yang aku tak boleh sebut kat sini. Dengan kerja yang aku ade ni alhamdulillah mampu cecah RM1500++ sebulan. Salah satu sebab kenapa aku tak cari kerja luar buat masa ni.
Ade satu komen yang betul-betul buat aku tersentuh hati. Tentang MIL aku.
Ya, aku tak rasa MIL aku anggap aku hamba atau orang gajinya. Aku lebih rasa MIL aku sayang, selesa dengan cara kerja aku dan sangat percayakan aku. Maybe sebab tu MIL berat nak bagi aku dan suami pindah.
Lagi satu MIL aku ni tak pernah cakap pasal aku kat sedara mara yang lain. Part ni saja yang aku mampu faham hati MIL aku. Yang lain tu, macam aku cakap, kurang common sense.
Time bulan puasa haritu, aku pernah balik rumah parents aku. Tak jauh pun dalam 30 minit perjalanan. Aku tak stay. Lepas berbuka aku balik.
Guess what, rumah memang tak berkemas. Nak kata mereka tunggu aku nak kemas, entahlah. Maybe mereka selesa dengan ‘keadaan’ macam tu.
Aku ade terbaca satu komen cakap, sebab aku duduk rumah MIL aku jadi mengungkit, kalau kat rumah parents maybe aku berlapang dada.
SALAH! Dekat rumah parents aku pun, beginilah, lebih sedih, lebih rasa macam orang gaji sebab kerja yang aku buat tetap akan ade saja tak kena kat mata mak aku. Bezanya family aku terlebih perfectionist ya.
Aku pernah jumpa doktor, sebab aku ada masalah period tak teratur. Soalan doktor bila tanya hubungan suami isteri macam mana aku jadi terkedu kadang-kadang. Betul, doktor cakap kalau stress memang susah untuk mengandung.
Part yang ni kadang memang boleh buat aku down. Bila aku penat, bila malam aku habis menjahit, bila suami balik dekat tengah malam, aku memang kurang bermesra dengan suami aku.
Jadi moody sebab, badan, otak penat. Suami aku baik sebenarnya. Suami aku selalu ajar aku postif dan tak layan stress/ fikiran bukan-bukan.
Aku faham suami seorang ‘family man’. Suami banyak tersepit dengan familynya sendiri. MIL minta tolong dengan suami untuk tengokkan adik suami yang bermasalah. Another point kenapa tak dapat pindah dalam masa terdekat.
Aku tak pernah share story semua ni dengan ni mak atau family aku. Aku kahwin dengan suami aku, pilihan sendiri. Hubungan MIL dengan family aku baik setakat ni. Aku takkan mungkin story ni pada family aku. Boleh rosakkan hubungan mereka.
Aku takde pilihan walaupun aku tau confess kat sini macam buka pekung dada sendiri, tapi percayalah, baca komen-komen kalian sememangnya bagi semangat yang baru untuk terus berusaha nak pindah,
Untuk terus doa banyak-banyak moga aku tak melukakan hati banyak pihak, dan moga aku terus kuat pertahankan kebahagiaan untuk aku dan suami. Thanks korang. Moga Allah berkati hidup korang.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit