Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan confession saya. Saya adalah suami yang mempunyai isteri seorang ustazah KAFA. Untuk makluman isteri saya adalah graduan UIA. Sebelum kami berkahwin isteri saya sudah banyak apply untuk kerja tetapi semuanya ditolak.
Memandangkan situasi ekonomi yang mencabar, isteri saya terpaksa meminta apa sahaja kerja yang boleh dia buat. Dari dropship, business online, cod, mengajar mengaji, dan sebagainya. Sampailah dia mendapat tawaran guru KAFA.
Semasa proses pemilihan begitu ramai calon2 yang mohon. Bukan calang2 juga calon2 itu semua, kebanyakan mereka ada degree seperti isteri saya, malah lebih dari itu pun ada.
Alhamdulillah isteri saya lepas sehingga pemilihan akhir dan dapat bertugas sebagai guru KAFA. Hanya beberapa orang calon sahaja yang diterima bekerja, dalam 10% dari total pemohon. Bayangkan, bertapa mencabar untuk graduan kita hendak apply kerja.
Berbalik kepada tajuk saya nasib ustazah “dipaksa“ merangkak untuk sesuap nasi. Hari pertama isteri saya bertugas, saya amat kasihan melihat keadaan tempat kerjanya.
Mereka guru2 KAFA tiada bilik guru, hanya kerusi2 disusun diluar untuk mereka duduk dan kemas2 buku2 atau fail2 untuk silibus subjek. Murid2 pula MasyaAllah, nakal!! Yang berlari2 nya yang terjerit2 nya yang bergaduh nya. Saya pula jadi pening tengok mereka.
Selepas itu saya balik kerumah. Selepas isteri saya balik kerja saya bertanya mngenai sekolah. Untuk pengetahuan, isteri saya ni mmg terlalu baik orgnya, lurus betul. Dia cakap semua ok macam biasa je. Padahal saya dah perhati semuanya dari lepas saya hantar kesekolah.
Hari demi hari berlalu sehinggalah saya asyik perasan isteri saya tak lepas dari phone dia setiap hari. Hati saya mula syak bukan2. Terus saya ambil phone dia senyap2 dan buka wasap. Fuhhh!! Beratus2 chat dari ibu bapa murid2. Berpuluh2 chat dari guru2 senior. Semuanya minta isteri saya uruskan masalah2 mereka yang perlu diselesaikan. Macam2 hal!!
Yang ibu tanya pensel warna anak, yang ayah tanya anak dia bila nak habis kelas, yang pengetua suruh pergi kursus itu ini sebagai wakil. Hmmm terus rasa bersalah dalam hati ini kerana mengesyaki bukan2 padahal isteriku ini adalah wanita terbaik Allah amanahkan untukku jaga.
Keesokan harinya selesai subuh saya bertanya kepada isteri. Berapa gaji awak? Dia jawab dalam 1000. Saya tanya lagi elaun berapa? Dia jawab tiada gaji sebenarnya, yang dapat hanya elaun lah jumlah tu sahaja. Terkejut saya! Dah lah guru KAFA bukan kerajaan tiada pencen dan Tiada privileges seperti guru2 lain.
Saya pun bertanya lagi, betul ke ok dengan kerja ni? Saya mahu dia jujur. Terus air mata dia mengalir, dia cakap dia penat sangat. Dia stress, tapi dia taknak berhenti kerja. Kerana mak ayah dia hantar dia belajar sampai degree, dan mereka mahu dia berkerja. Kalau ikutkan, gaji saya sudah cukup kalau isteri saya tidak kerja sekalipun.
Dia beritahu murid2 sangat susah dikawal, paling saya terkejut usia2 macamtu dah pandai benda2 lucah. Belum masuk hal2 mak ayah yang banyak sangat kerenah, sampai waktu selepas bekerja pun sibuk duk tanya itu ini.
Isteri saya ni baik dan lurus sangat, saya pesan supaya jadi garang dan jangan ikut sangat kehendak orang lain. Tapi itulah diri dia, end up dia akan menangis luah kat saya. Jadi apabila timbul isu baru2 ni ustazah dipaksa merangkak memang saya agak terkilan dengan perkara itu.
Untuk pengetahuan ibu bapa. Kebanyakan guru2 agama kita bukan orang biasa2. Mereka pun ada lulusan tinggi2, malah sebahagian mereka memang tak pandang kerjaya tinggi2 gaji mewah2 ni. Memang mereka niat ikhlas untuk didik anak2 tuan2 puan2 mengenai ilmu agama.
Santunilah mereka sebagai saudara saudari islam yang sepatutnya. Kalau dibandingkan gaji mereka 1000 itu dengan keringat kudrat yang mereka curahkan. Tak terbanding tuan2 puan2 sekalian. Mereka juga punya suami punya anak2 dan periuk nasi yang perlu diisi.
Sebenarnya, banyak lagi perkara2 yang saya tak dapat nak luah mengenai nasib guru2 KAFA ini. Dikesempatan ini, Harapnya kerajaan baru ini, buatlah penyerapan guru2 KAFA yang berkelayakan tinggi ini untuk masuk kerajaan. Bukan lagi swasta yang hanya dapat elaun 1000 sebulan.
Bukan saya nak complain untuk isteri saya, tetapi ramai lagi guru2 KAFA lain yang nasib mereka tak terbela. Ada antara mereka yang suami dan isteri guru KAFA. Bagaimana mereka nak survive dalam ekonomi yang mencabar ini?
Dari beberapa tahun lepas janji nak serap masuk kerajaan, ramai yang berharap dan sanggup stay dalam bidang ini. Saya akan terus perjuangkan hak dan nasib isteri saya dan guru KAFA lain.
Itu sahaja dari saya. Terima kasih.
– Suami Ustazah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit