Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Salam Ukhwah dan Salam Persahabatan buat semua.
Sedikit saya tuliskan luahan perasaan seorang wanita, isteri dan ibu yang telah dilukai oleh seorang wanita, isteri dan ibu- yang mana sehingga ke saat ini,
Bahkan sehingga jasad terpisah dari bumi saya bersumpah saya tidak akan memaafkan wanita, isteri dan ibu tersebut dan menyerahkan segala gala penghakiman, pengadilan dan balasan Allah SWT kepada “perosak rumahtangga dan perampas suami orang” yang berkaitan.
Andai, luahan ini menepuk hati hebat dan kotor wanita, isteri dan ibu tersebut; Alhamdulillah – mungkin jua anda masih berpeluang bertaubat daripada melakukan pekerjaan tersebut dan menjadi sebaik baik yang sepatutnya wanita, isteri dan ibu yang disyariatkan oleh agama Islam.
Bodoh, meniti usia senja sepatutnya anda bersyukur diberi kesempatan Allah untuk bersuamikan malaikat (suami yang baik, beragama, memenuhi semua tuntutan agama bertoleransi dalam urusan kerja rumah dan menjaga anak),
Sepatutnya bersyukur Allah bagi RAHIM untuk kandung benih dan melahirkan zuriat halal (sedangkan ada wanita, isteri dan ibu lain menangis memohon dikurniakan anak; yang sepenuh nya kasih dan sayangkan anak walau digigit nyamuk),
Sepatutnya bersyukur diizinkan Allah untuk mempunyai status ISTERI( yang mana apa sahaja penat lelah atau usaha pengorbanan yang dibuat untuk suami, anak anak dan rumahtangga adalah ladang pahala!),
Tapi sayang peluang tersebut dipersiakan hanya kerana kelemahan diri sendiri dalam akhlak, agama dan iman ; bersahabat dengan syaitan dan iblis ; menjadi hamba dunia.
Kalau ada sedikit dikit rasa malu dan ilmu agama, anda tidak akan jadi perosak rumahtangga orang dan perampas suami orang- kalau tahu agama masakan mampu menconteng arang di wajah suami dan ibubapamu dengan menjalin hubungan dengan lelaki terlarang,
Mana mungkin untuk tanpa rasa segan silu sekamar, serumah, setilam dengan lelaki yang terlarang,
(apatah lagi menikmati makanan haram, dosa, zina – bukan sekadar peluk manja dan kiriman mesej lucah dan telanjang yang sepatutnya sudah tidak dilakukan oleh seorang wanita, isteri dan ibu TUA seperti anda.)
Mempunyai kerjaya yang lebih sedikit daripada suami, bukan penanda aras anda boleh melampaui suami dalam segala macam hal hanya kerana rumah anda bayar, segala perbelanjaan anda buat, suami tetap patut ditaati selagimana ia tidak memesongkan kita daripada agama atau larangan Allah SWT.
Masa susah, anda hargai suami. Bila senang, mula ada duit dan kewangan untuk kuruskan badan, putihkan kulit hitam, betulkan gigi jongang dan kapak, dari busuk mampu wangi sampai orang pening, daripada muka berkarat mampu pakai topeng kosmetik,
Anda lupa diri tatkala dikelilingi lelaki yang selain daripada suami yang terima kehodohan anda, perangai buruk anda dan terus bersabar dengan anda anda menjadi seorang wanita, isteri dan ibu yang papa kedana kerana anda sendiri telah menjatuhkan maruah dan ketinggian yang Islam telah tempatkan untuk wanita, isteri dan ibu.
Hitung kira apa dosa anda sebagai seorang isteri dalam rumah, luar rumah, di pejabat, di lapangan, di luar daerah, di tempat tersembunyi, di dalam kereta, tepi laut atas bukit, di kafe, di restoran, di pasaraya, di parking kereta, di tempat gelap, dia tempat cerah, dalam keretapi, dalam rumah lelaki asing, atas katil lelaki asing, subhanAllah!
Astagfirullah KOTOR dan JIJIK nya pakaian dan tudung yang anda pakai ! Lebih baik tanggalkan-
Maaf, sehingga ke saat ini tidak ada lagi diskusi kebaikkan bahasa kebaikkan yang mampu saya gambarkan untuk anda, seburuk buruk anda adalah seperti seekor BABI – yang mana baru saya faham kenapa wanita dalam kelas dan level anda dikatakan sebagai PENYONDOL suami orang.
Anda musnahkan rumahtangga saya.
Anda heret suami saya ke jalan fasiq munafiq dan maksiat!
Anda bunuh kehidupan saya, kehidupan keluarga saya, kehidupan anak – anak saya.
Anda matikan jiwa anak – anak saya,
Anda menikmati bahagian makanan, duit dan harta anak-anak saya tanpa sedikit pun rasa malu!
Anda rasa semua itu boleh saya maafkan seperti 4 kata MAAF? Tidak,tidak akan sama sekali.Semua bentuk penganiayaan dan kezaliman yang anda buat adalah air mata saya yang bercucuran tanpa henti, yang mana hanya Allah yang akan membalas, bahagian saya dan anak – anak saya.
Anda rasa anda layak berada di posisi sekarang? Anda rasa anda layak bergelar seorang ibu setelah anda khianati anak anak anda dan bunuh jiwa anak anak saya? Anda rasa KEMALUAN anda di mana?
Malu pada diri sendiri, malu pada Allah, malu pada orang yang menyangka anda baik, malu pada orang yang anda fitnah, malu membawa nama keluarga anda, malu pada anak anak yang panggil anda ibu!
Ibu! Ibu!
Paling tidak malu bila wanita TUA seperti anda menjadi ibarat muda mudi yang baru datang haid yang galaknya menjadi jadi, yang baru kenal dunia, baru pegang duit, baru kenal lelaki, baru kenal facebook, baru kenal instagram, baru kenal tiktok… Allahuakhbar.
Kalau hati telah hitam, tolong duduk dan fikir;
Anda suka ayah anda digoda wanita lain?
Anda suka rumahtangga ibu anda dikacau wanita lain?
Anda suka kakak anda bercerai sebab wanita lain?
Anda suka adik anda jadi janda sebab wanita seperti anda?
Anda suka wanita lain buat perkara yang sama anda buat kepada suami orang(suami anak anda) melainkan anda memang bukan ibu manusia- beranak pandai malas jaga anak; kucing pun sayang anak?
Atau anda suka wanita macam anda buat perkara yang sama kepada anda(kacau suami anda, berdua dengan suami anda, mesej dan emoji suami anda, ambil harta suami anda, kikis harta suami anda,
Gunapakai aset harta kereta rumah bilik handphone suami anda- suruh suami anda belikan emas dan sara kehidupan sanak saudara keluarga wanita tersebut, anda mahu??????
SAH SAH ANDA TAK MAHU, kan.
Jadi, jangan sesekali rosakkan rumahtangga orang. Jangan berusaha gigih jadi perampas suami orang.Sebab karma adalah benar, apa kita buat akan berpatah balik kepada kita.
Macam boomerang. Mungkin juga tidak pada kita tetapi pada waris dan keturunan.Berhati hatilah kalau anda ada anak perempuan. Kalau anda sayang- bertaubatlah daripada semua perbuatan terkutuk dan keji anda, kembali kepada kebaikkan, cari Allah.
Hati hati kalau anda tidak didatangi rasa bersalah, kalau anda masih tidak bertaubat dan meneruskan kerjaya perampas suami orang- pengikis harta suami orang…
Hati-hati kalau ada masih belum menerima apa apa PENGAJARAN daripada Allah SWT- sebab ujian adalah tanda Allah jentik hati,
Tapi kalau anda masih bergembira tanpa berubah jadi wanita baik, hitung kira siapa teman anda dalam kubur nanti – apa anggota badan anda akan bersaksi atas setiap perbuatan anda dan sejauh apa anda perlu merangkak mencari saya.
Anda yang mulakan- anda yang ganggu suami saya. Anda rasa perbuatan anda rampas suami orang dan musnahkan rumahtangga orang adalah “struggle yang anda ikhlas jalani untuk mencari kebahagiaan” – BODOH! tak ada kebahagiaan kalau kena struggle, kena struggle sebab anda merosakkan rumahtangga orang.
Kalau suami anda jahat – mungkin berbaloi anda main jantan lain dan kacau suami orang, musnahkan rumahtangga orang.
Dan Allah pun akan jumpakan anda dengan yang lebih baik, sepadan dengan anda.
Tapi kalau suami anda baik- anda buat hal dengan lelaki lain, suami orang pula tu, anda memang kena fikir 2 benda ni:
1-Ujian untuk tarbiah diri anda sendiri supaya anda sedar keburukan kejalangan kejelekkan diri anda sendiri dan menyedari hakikat sebenar tentang suami terbaik yang Allah dah bagi seterusnya supaya anda tahu bersyukur dan lalui jalan anda ke syurga!
2-kalau anda mati rasa mati jiwa dan tidak lagi nampak kebaikkan, dan anda kehilangan seorang suami yang baik , anda sebenarnya berdepan musibah…anda isteri durhaka! Belum tentu yang anda puja, yang anda mahu adalah seindah dan sebaik yang anda nampak dan sangka! Barangkali sama sama iblisnya seperi anda.
Bina bahagia di atas air mata orang lain,
Anda tahu apa akan anda dapat kalau bukan hari ini esok pasti ada.Ingatlah, kalau kalau anda berjaya rampas suami orang, belum tentu ada akan dapat restu dari ibu suami baru anda- anda tahu kan restu ibu sangat beherga untuk seorang lelaki.
Paling penting – ingat saat akhir bahawa satu hari anda akan mati.anda belum tahu jalan kematian anda. Bertaubatlah jangan nanti sampai anda mati dalam keadaan aib, ditemui bersama mayat anda adalah mayat lelaki yang bukan suami anda.
Di hujung usia, bersyukurlah Allah ketuk kebodohan anda bersisa lagi kehidupan ni untuk anda ubah diri anda, kalau bukan untuk anda tapi untuk ibu dan ayah, jangan biar mereka terpalit kotor macam awak.
Saya tahu semua hasil perbuatan anda
Saya tahu sejauh mana hinanya anda
Saya tahu segalanya tentang anda
Saya orang yang pemaaf.
Tapi bukan untuk awak.
Sampai akhir hayat dan selesai semua keturunan anda.
– Sofeaa Arissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya anak dara tua. Baru-baru ni saya mula rapat dengan suami orang yang jauh lebih muda. Dia tinggal seorang di JB. Anak-anak dan isteri tinggal di BP. Dia sangat baik. Lembut tutur kata. Penyayang. Rumah tangga dia memang bermasalah. Tapi kalau nanti dia sudah cerai, saya tak nak la anak dia dengan dia. Nanti dia tak ada masa untuk saya pula.