Nasihat dan Teguran Rumahtangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cukuplah aku perkenalkan diriku sebagai Arin dan merupakan seorang isteri juga ibu.

Sebelum ni aku hanyalah pembaca dan pemerhati di sini. Tapi setelah apa yang terjadi di sekeliling aku, aku terpanggil untuk menulis.

Jujur aku dibesarkan dalam keluarga yang minitik beratkan soal solat dan membaca al quran dan juga dikelilingi dengan rakan yang menjaga solat dan al quran.

Tapi setelah berkahwin dan bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang membuatkan aku buka mata.

Satu persatu kenalan terdekat dan ahli keluargaku mempunyai masalah rumahtangga. Apabila aku bertanya tentang solat, aku sedih! Kebanyakan pasangan mereka solat tidak penuh.

Ada rakan aku yang mempunyai masalah rumahtangga mengadu tidak pernah membaca al quran selama 3 tahun sepanjang berkahwin.

Suami pula tidak mengajarkan membaca al quran atas alasan takut salah bacaan. Sedangkan si suami kaki masjid. Allah!

Dan si suami telah banyak kali curang ya. Sedangkan si isteri tersangatlah baik dan cantik.

Maaf kiranya terlampau panjang intro. Cut the story short, ingin aku berpesan di sini bagi mereka yang bakal berkahwin.

1. Jagalah solat dan al quran. Kerana solat tiang agama dan al quran penenang hati.

Sungguh aku katakan mereka yang pencinta al quran tidak akan tenang jika sehari tidak membacanya walau sepotong ayat. Buat kalian dan juga aku sendiri, marilah perbaiki dan jagalah solat kita sebaiknya.

Lopong solat, robohlah rumahtangga kerana tiada keberkatan dan redha Allah. Masih belum terlambat untuk kita sama-sama berubah.

Buat bakal imam, kemaskan diri anda untuk mendidik isteri dan anak-anak. Semuanya akan di soal tanpa terlepas walau satupun.

2. Jadikan ayat seribu dinar sebagai amalan zikir selepas solat. Amalkan dan insyaAllah urusan hidup kita sentiasa mudah dan lancar. Beriman dengan Allah dan beramal dengan kalam sucinya.

Dan bagi para isteri, sentiasa berselawat dan zikir ketika memasak. Semoga yang jauh semakin dekat. Yang keras menjadi lembut

3. Buat yang sedang mengalami masalah rumah tangga, pertahankanlah selagi mana mampu.

Duduklah berbincang, muhasabah diri apa yang kurang. Jangan saling tuding menuding kerana tiada yang sempurna. Jadikan perceraian jalan terakhir buat masalah kalian.

Duduk dan pandang sejenak wajah polos anak. Ingatlah kembali detik ketika saat ijab dan kabul. Semoga bahagia sampai syurga.

Buat yang ketiga, fikir panjang sebelum teruskan hasrat kalian. Bahagia hanya sementara sesalan seumur hidup.

4. Jaga keberkatan sumber rezeki. Jauhi yang syubhah dan haram.

Cukuplah hanya setakat ini coretan aku. Apa yang telah aku lihat, yang terjadi di sekeliling aku juga mungkin boleh jadi teguran halus dari Allah untuk aku.

Semoga ada hikmah di sebalik kejadian. Semoga Allah pelihara rumahtangga yang dibina. Dan semoga Allah jadikan kita dan zuriat keturunan kita hambanya yang tidak meninggalkan solat dan pencinta al quran.

Salam,

– No one will love us like Allah does.

– Arin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *