Nasihat Dari Ana

Assalamualaikum semua pembaca. Mohon admin post yea. Maaf andai penulisan aku agak berterabur. Dekat sini aku nak ceritakan tentang kawan aku yang aku gelarkan dia sebagai Ana. Aku suka sangat tengok ana sebab dia sentiasa tersenyum walaupun orang cakap macam2 dekat dia. Macam2 yang aku belajar dari dia. Dekat sini aku nak share sebahagian apa yang aku belajar dari ana.

1. Ana pesan dekat aku agama ini bukan untuk diwarisi. Dia kata ibu dia seorang yang agak beragama ajar mengaji hafal surah2 alquran tapi ayah dia tidak seperti ibu dia. Selalu culas solat dan buat sesuatu yang wajib sahaja. Selalu ibu Ana pesan dalam diri setiap manusia Allah SWT dah hadiahkan kita akal fikiran. Mungkin ayah kita tak kisah kita tidak bertudung depan sepupu saudara mara tapi kita kena ingat Allah sediakan kita akal fikiran untuk digunakan dengan cara yang betul.

2. Hana bukan tudung labuh ataupun mereka2 yang join usrah. Ana ni seorang yang sangat simple. Dia pun seperti remaja2 lain yang sentiasa nak cuba benda baru. Pernah dia cakap dekat aku. Ana jelous tengok mereka2 yang bertudung labuh yang memang dari sekolah agama. Sampai uni masih kuat lagi seperti itu. Ana ni hanya skadar stoking di kaki dan tudung 45 pin kebawah je mampu. Ana akui yang dia kadang2 rasa mahu berhias seperti orang lain tapi bila fikir balik terus tak jadi. Banyak mata kena jaga. Ana selalu pesan iman ada naik turun dia sendiri beberapa kali cuba bertudung bidang besar tapi tak lama kembali kepada asal.Jangan kita cuba judge seseorang sebab kita taktahu mereka itu tengah bergelut untuk berusaha jadi yang terbaik.

3. Sentiasa beradab walaupun nampak kecil yea. Untuk rakan2 walaupun anda rasa anda seorang yang boleh straight to the point, atau rasa cakap suka hati. Ingat . dosa sesama manusia kita kena minta maaf sendiri. Mungkin anda tak perasan anda berkata2 yang menguris hati orang lain. Itu ana selalu pesan lebih baik senyap dan memerhati daripada berkata2 tapi menyakitkan.

4. Solat dhuha jangan tinggal. Hana selalu pesan. Cuba cari masa solat dhuha. Ana pesan dekat aku senang je. Nak pegi class ambik terus wuduk boleh dapat 2 in 1 punya keberkatan. Belajar ada wuduk dan terus boleh solat dhuha. Sambil tunggu lecturer masuk dari main2 game ke gosip2 pergi surau solat tak sampai 5 minit. Ana kata dia baru 5 6 bulan buat solat dhuha kosisten. Allah dah makbulkan doa dia lepas 7tahun. So geng jom kita amalkan sama2 yea

Cukuplah 4 nasihat dari ana aku share dengan korang. Nanti lain masa aku share lagi yea. Doakan kami kawan sampai jannah yea. Untuk korang jangan tunggu seru sampai kalau diri sendiri tak cari seru tu. Doakan aku jugak yea. adiosss

– Kawan Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit