Assalamualaikum dan hi. Saya ada membaca komen2 di post sebelum ni, alhamdulillah ramai yang dapat manfaat. InsyaAllah, saya tambah sikit lagi nasihat. Boleh rujuk link ni untuk post nasihat yang haritu.
https://iiumc.com/nasihat-
1. Kawal tekanan darah
Teringat masa tu saya bekerja di redzone. MA hantar seorang patient ke redzone, wanita berumur awal 50an. GCS 3/15 (tahap kesedaran yang sangat rendah ataupun koma), blood pressure 200+/100+mmHg.
Bila ditanya kepada saksi yang datang, patient sedang makan di kantin, tiba-tiba collapse dan jatuh ke lantai.
So proceed dengan CT brain, dan as expected, patient mengalami strok berdarah atau hemorrhagic stroke.
Bila anak-anak pesakit tiba di ED, saya cuba gather info pasal patient ni. Rupanya patient dah ada penyakit darah tinggi, pernah makan ubat tapi dah lama tinggalkan ubat tu hampir setahun sebab rasa diri dah sihat tanpa follow up di klinik.
Kesian kat patient ni, baru awal 50an dah diuji dengan stroke. Anak-anak semua masih belajar, ada yang masih di universiti.
Penyakit darah tinggi ni selalunya silent atau tiada symptom. Ada orang blood pressure 170-180 tapi dia tak rasa apa-apa pun, bole berjalan macam biasa, tak pening, tak sakit kepala pun. Cuma kebetulan dia datang untuk medical checkup untuk renew lesen bekerja.
Bila Dr suggest untuk start ubat, dia refuse sebab dia rasa dia sihat, kenapa nak kena makan ubat. Tanpa dia sedar, semakin hari tekanan darah makin tinggi. Lagi tinggi risiko untuk dapat stroke.
Bila dah dapat stroke, life takkan sama macam sebelum ni. Ada yang hampir pulih, ada yang bedridden (terlantar sakit dan lumpuh).
Kita boleh cuba untuk elakkan stroke dengan cara control blood pressure melalui ubat, tapi apakan daya, terlalu ramai orang yang refuse nak makan ubat. Maybe in denial state yang dirinya dah ada penyakit.
Ada juga yang katanya takut bergantung ubat seumur hidup, dan takut kesan sampingan ubat. Paling common kesan sampingan ubat darah tinggi yang selalu saya jumpa, just pening.
Antara pening dan stroke, mana yang lebih memudaratkan? Kalau pening sekalipun, banyak lagi pilihan ubat lain untuk tukar, huhu jangan sampai terus tinggal ubat.
Ada patient yang makan ubat beberapa bulan dan cuba amalkan healthy lifestyle, turunkan berat badan, alhamdulillah blood pressure makin menurun dan Dr stopkan ubat darah tinggi, tapi pada masa yang sama perlu frequent followup sebab risau jika blood pressure naik balik.
Cara – cara untuk kawal tekanan darah selain ubat adalah kawal stress, tidur awal dan cukupkan tempoh tidur, exercise, turunkan berat badan, dan kurangkan pengambilan garam dan makanan berproses.
2. Lakukan routine checkup at least setahun sekali
Seeloknya, buatlah routine medical checkup at least setahun sekali bermula umur 40tahun. Nak start lagi awal, lagi baik, especially kalau berat badan kita berlebihan atau obese.
Huhu, sekarang dah makin ramai yang obese. Risau saya tengok, ada yang sampai tak selesa duduk di kerusi klinik sebab badan terlalu besar dan tak muat saiz kerusi yang standard. Golongan ini sangat berisiko, buatlah checkup lebih awal.
Kalau takut nak ambil darah, boleh request untuk check bacaan gula, kolestrol dan uric acid menggunakan jarum yang dicucuk di hujung jari, kurang sikit sakit. Dan check urine jugak.
Tapi result yang lagi detail, better check melalui sample darah secara blood taking. Ada yang baru tahu, dia ada kencing manis bila buat urine checkup untuk apply university. Huhu sedih sebab adik tu muda lagi, dah diuji dengan penyakit kronik.
Memang ada yang takut nak check sebab perasaan takut nak terima kenyataan jika Dr inform ada penyakit.
Tapi perlu saya ingatkan, jika kita detect penyakit dengan lebih awal, banyak rawatan yang kita boleh offer. Kalau dah detect lambat, sampai mengganggu organ lain misalnya rosak buah pinggang, maybe masa tu dah agak susah nak offer banyak option.
Kalau ada yang tak ok dengan badan kita, jangan biar lama, cepat-cepat jumpa Dr. Ada patient yang dah ada ketulan di payudara, tapi dibiarkan sampai 2-3tahun, bila suami paksa jumpa Dr, barulah dia nak jumpa.
Bila check, ketulan tu agak suspicious, seakan breast cancer, so kes dirujuk ke pakar pembedahan.
Kalau ketulan tu dikesan dan dirujuk awal, jika kanser sekalipun, maybe ketulan tu dapat dibuang dan tak menjejaskan fungsi badan atau organ yang lain. Tapi kalau dah stage lambat, agak limited rawatan yang boleh diberikan.
Penyakit juga tak memilih usia dan jantina. Walaupun banyak kajian yang menunjukkan ada penyakit yang berkaitan dengan jantina lelaki, tapi bukanlah bermaksud 100% wanita takkan dapat penyakit tu.
Pernah ada seorang patient umur awal 20an datang berjumpa saya, mengadu sakit dan bengkak di bahagian buku lali. Bila diperiksa, tiada tanda-tanda infection. Dia pun tak jatuh atau terseliuh baru-baru ni.
So saya suggest untuk cucuk di hujung jarinya untuk check level uric acid sebab saya suspect gout.
Dia jawab, “Takkan lah gout Dr, saya dah lah perempuan, umur baru 20an. Gout selalu kena kat orang lelaki kan?”. Saya just jawab, “Takpe, kita check dulu ya.” Bila saya check, result yang keluar 0.5++, dan bila saya maklumkan kat dia yang confirm gout, dia terkejut sangat.
Bila ditanya lebih detail, dia mengaku ada makan organ dalaman lembu sehari sebelum sakit. Mujurlah gout ni boleh dikawal dengan diet yang bersesuaian, mudah sikit lah untuk elakkan dapat serangan.
Ada wanita lain pula yang pernah dapat serangan jantung pada usia 30an sehingga terpaksa jalani pembedahan bypass. Pernah saya dapat patient termuda, lelaki di hujung usia 20an dapat serangan jantung juga.
Di sini, saya nak tekankan yang umur yang muda tak menjaminkan kita bebas daripada sebarang penyakit. Zaman sekarang, kita makan macam-macam, banyak makanan yang tak sihat. Lifestyle kita pun tak ok, ramai yang kurang exercise, berat badan pun berlebihan.
Ada yang pantang selepas bersalin untuk 45 hari tapi selepas 45 hari tu, dimakannya semua fastfood, carbonated drinks, dan masa yang sama kurang makan sayur dan buah.
Kalau nak pantang, pantanglah seumur hidup, bukannya setakat 45 hari makan clean diet, baru lah betul-betul sihat dan fit sampai ke tua.
3. Masalah senggugut
Jika setiap bulan kita mengalami masalah senggugut, cuba scan rahim untuk check jika ada cyst atau fibroid. Kebanyakkan kes senggugut ada kaitan dengan cyst, ada jugak sebahagian yang berkaitan dengan hormon.
Menurut kajian, masalah senggugut boleh dikurangkan jika patient amalkan pengambilan kalsium seminggu sebelum dijangka haid.
Cuba minum susu setiap hari seminggu sebelum haid. Ia tak menghilangkan terus senggugut tu tapi mengurangkan intensity sakit tersebut.
Ada jugak kajian yang mengatakan pengambilan Omega-3 juga membantu mengurangkan sakit senggugut. Boleh juga tuam dengan tuala panas di bahagian abdomen untuk kurangkan sakit senggugut.
Bagi yang ada masalah cyst, elakkan makanan/ minuman yang berasaskan soya, roti putih, daging merah (lembu/ kambing), makanan berproses/ fastfood, makanan yang berasaskan tepung dan tinggi kadar gula.
Banyakkan makan makanan yang tinggi fibre seperti broccoli, orange, avocado, dan kekacang seperti almond dan walnut.
4. Jaga waktu tidur
Ada quote, “Early to bed and early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise.” Quote ni bermaksud, sesiapa yang bangun awal dan tidur awal, akan menjadi seorang yang sihat, kaya dan bijak.
Tidur antara aspek yang boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental kita. Tidur yang tidak berkualiti boleh meninggikan risiko untuk dapat penyakit anxiety, depression, dan penyakit kronik seperti darah tinggi, dan penyakit jantung.
Cuba dapatkan tidur yang secukupnya, tidur yang nyenyak dan berkualiti, tidur awal dan bangun di awal pagi.
Ada yang tidur cukup tempoh tapi waktu tidur yang tidak sesuai dengan keperluan badan, misalnya tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 10 pagi sebab nak siapkan assignment.
Walaupun cukup 7 jam tapi kurang berkualiti. Sepatutnya tidur lebih awal dan bangul seawal 4-5 pagi, especially untuk student. Waktu ini lah lebih mudah untuk dapatkan udara segar.
Islam jugak menggalakkan kita bangun awal. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang.
Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).
Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.
Tempoh waktu yang diperlukan oleh badan kita untuk tidur, bergantung kepada usia kita:
Bayi (0-3 bulan): 14-17 jam termasuk tidur siang
Bayi (4-12 bulan): 12-15 jam termasuk tidur siang
Kanak-kanak 1-2 tahun : 11-14 jam termasuk tidur siang
Kanak-kanak 3-5 tahun : 10-13 jam termasuk tidur siang
Kanak-kanak 6-13 tahun : 9-11 jam
Remaja 14-17 tahun : 8-10 jam
Dewasa 18-64 tahun : 7-9 jam
Warga emas 65 tahun keatas : 7-8 jam
Saya share few tips untuk sleep hygiene (teknik untuk tidur yang sihat/ berkualiti):
a) elakkan mengguna gadget sebelum tidur.
Tutup kesemua gadget sejam sebelum tidur. Blue light atau cahaya yang dihasilkan oleh gadget akan stimulate badan dan otak kita untuk berjaga, so kita akan lagi susah untuk tidur. Blue light juga akan menambahkan risiko untuk sakit kepala.
b) tutup semua lampu dan cuba tidur dalam keadaan yang gelap.
Terdedah kepada cahaya semasa tidur akan buatkan otak kita susah untuk dapatkan tidur yang berkualiti atau deep sleep.
Ada kajian yang mengaitkan tidur dalam keadaan lampu terbuka akan tinggikan risiko untuk dapat kemurungan, obesity, risiko untuk dapat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung, meninggikan risiko untuk breast cancer, disebabkan gangguan terhadap hormon melatonin yang dihasilkan ketika tidur.
Kalau kita jenis yang takut gelap, boleh slowly cuba dengan cara just buka lampu toilet dan tutup pintu toilet, hanya biar sebahagian cahaya lampu yang kita dapat lihat. Kalau boleh tutup terus kesemua lampu, itu yang lebih baik.
c) pastikan bilik selesa dan tidak panas.
Sesetengah orang terjaga di tengah malam, berpeluh-peluh dan susah untuk sambung tidur. Cuba jadikan suhu bilik lebih rendah untuk elak masalah, bagi yang mampu, boleh cuba untuk sejukkan bilik dengan aircond dulu.
Kalau kurang mampu, boleh ambil wudhu dan mandi sebelum tidur, ini antara cara untuk kurangkan suhu badan. Kalau masih berpeluh even dah pasang aircond, sila berjumpa Dr, ada kemungkinan ada masalah thyroid ataupun dalam fasa untuk menopause.
d) minum susu suam pada waktu malam.
Susu mengandungi tryptophan dan melatonin yang menggalakkan kita untuk relax dan membantu tidur yang lena.
e) kurangkan pengambilan kafein/ kopi.
Kafein boleh mengganggu kualiti tidur kita. Ada yang suka kopi dan minum 2-3 cawan sehari. Elakkan minum kopi pada lewat petang supaya tak mengganggu waktu tidur.
g) elakkan tidur immediately selepas makan.
Cuba ambil dinner lebih awal, dan just tidur selepas at least 2 jam selepas makan. Habit tidur selepas makan akan buatkan kita mudah untuk dapat penyakit reflux atau commonly disebut sebagai angin. Ada yang baru makan setengah jam pastu terus tidur.
Bila makanan tak sempat hadam lagi dan kita dah lie flat, kita akan mudah berasa sebu atau penat dan akan ganggu kualiti tidur kita. Ada yang akan rasa sesak nafas, sakit dada, atau juga muntah bila bangun tidur.
h) elakkan tidur siang terlalu lama.
Cukup just dapatkan nap atau rehat dalam 5-15min pada waktu tengahari. Dalam Islam digalakkan untuk qailulah atau berehat pada pertengahan siang. Tak semestinya tidur, just rehat. Waktu yang disunatkan dalam Islam adalah sebelum masuk waktu zuhur.
Bagi yang ada masalah berdengkur, segera berjumpa Dr. Orang yang berdengkur selalunya ada masalah saluran pernafasan yang sempit.
Even dia dapat tidur lama, tapi ketika siang hari, dia akan mudah letih dan mengantuk disebabkan tidur yang tidak berkualiti. Jika tak dirawat, tinggi risiko untuk meninggal dunia ketika tidur.
5. Berhati-hati jika ingin mencuba rawatan alternatif
Hati-hati ya jika nak mencuba rawatan alternatif atau supplement. Ada ramai yang cuba ambil kesempatan ke atas patient.
Ada perawat yang gunakan kapas, dimasukkan ke dalam mulut pesakit dan dibacakan bacaan tertentu, bertujuan kononnya untuk keluarkan batu karang di buah pinggang.
Tiba-tiba bila kapas dikeluarkan, ada batu-batu kecil yang dikatakan batu karang yang berjaya dikeluarkan. Saya tak pastilah makhluk apa yang dijelmakan sebagai batu tu.
Tapi kalau ikut ilmu perubatan, batu karang di buah pinggang hanya boleh dikeluarkan melalui air kencing.
Bila patient datang ke klinik untuk scan balik, tengok-tengok batu karang masih banyak. Kecewa patient habiskan beratus ringgit untuk setiap sesi, tapi tiada hasil. Ada yang habiskan hampir seribu ringgit untuk 3-4 sesi yang tak berhasil pun.
Ada juga perawat yang gunakan telur, digolekkan atas perut patient sambil dibaca bacaan tertentu. Pastu bila dipecahkan telur tersebut, keluar lah batu-batu kecil. Patient pun percaya, tapi bila recheck by scan, batu masih banyak.. Huhu..
Bila saya explain yang batu karang takkan keluar melalui kulit di permukaan abdomen, berubah riak patient, nampak makin sedih dan kecewa.
Sedih sangat bila tengok rupa kecewa patient yang dah sebaya parents saya, terasa patient orang dah tipu parents saya pulak.. Kesian, sanggup ya menipu dan ambil kesempatan kat orang-orang tua, huhu..
Ada yang masih kerja menoreh di usia emas untuk cari duit untuk berubat, tapi ditipu pulak, sedih sangat, huhu..
Jika sedang hamil dan ada masalah, berjumpalah dengan doktor. Ada kes patient yang hamil dengan uri dibawah/ rendah, berusaha jumpa bidan untuk urut, kononnya untuk naikkan uri tu.
Malangnya, patient alami pendarahan selepas diurut. Terpaksa proceed dengan operation atau caesarean section demi menyelamatkan bayi dalam kandungan.
Berhati-hatilah, ada masa Dr akan benarkan untuk berubat tradisional misalnya lenguh-lenguh tangan kaki, boleh je nak mengurut sikit-sikit. Tapi kalau sampai memudaratkan kandungan, memang para doktor akan menentang sebab kami risaukan keselamatan pesakit kami.
6. Berhati-hati dalam bergaya
Bagi yang suka bergaya dengan cara pakai kasut tumit tinggi atau high heels, hati-hati ya, ada limit ketinggian yang boleh ganggu posture tulang belakang dan boleh menyebabkan sakit tulang belakang, lutut dan pinggang dalam jangka masa panjang.
Sebaiknya, kurangkan pakai high heels untuk tempoh yang lama, dan limit ketinggian high heel yang boleh dipakai adalah maksimum 2 inci.
Ada parent yang suka gayakan anak-anak. Baby baru 5-6 bulan dah ditindik telinga, dipasang anting-anting, dipakaikan rantai tangan besar.
Tak salah nak bergaya, tapi saya sebagai doktor, rasa kesian sangat kat baby. Huhu, sakit tau kena tindik telinga. Pengalaman saya kena tindik masa darjah 4 pun rasa sakit even dah disembur ubat bius.
Kesian kat baby tu, disebabkan parents nak bergaya, anak yang kena tanggung sakit. Huhu. Ada juga yang pakaikan earing jenis tergantung-gantung.
Hati-hati ya ibu, bila-bila masa baby boleh tarik earing tu dan lukakan telinganya. Ada 2-3 kes kanak-kanak yang datang ke klinik sebab ada jangkitan di bahagian earing tu, end up kena buang earing tu sebab nak selamatkan cuping telinga.
Pernah ada kes 2-3 tahun lepas yang viral bila ada seorang ibu share kisah lengan anaknya yang tak sama besar.
Seingat saya, anaknya baru 1-2 tahun, dipakaikan rantai tangan untuk jangkamasa yang lama. Gambar yang diviral memang jelas menunjukkan pergelangan tangan anak kurang membesar di bahagian yang dipakaikan rantai tangan tu.
Disebabkan tu, doktor tak galakkan dipakaikan barangan kemas pada bayi/kanak-kanak, lebih banyak mudarat daripada manfaat. Kalau nak pakai pun, maybe pakaikan 1-2 hari semasa hari raya cukuplah, pastu simpan.
Pernah ada kes kecurian di majlis kenduri. Ada kanak-kanak yang tengah bermain, tiba-tiba ada lelaki yang approach dan terus grab rantai si anak tu. Mujur si anak tak cedera.
Tak pasal-pasal, dia jadi target penjenayah yang perasan barang kemas yang si anak tu pakai. Hati-hati ya, malang tak berbau.. Huhu.
Cukup perkongsian saya setakat ni dulu. Hopefully ada manfaat yang boleh kita pelajari dan ambil iktibar.
Wallahualam.
– Dr Aurora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit