Thank you Admin kalau sudi post cerita aku nie. Aku perempuan, sudah berkeluarga dan pernah berkerjaya.
Aku ikhlas hati nak nasihatkan org-org muda yang sedang berangan untuk buat Loan rumah atau beli banglo/semi D yang besar, bacalah pemerhatian aku ni.
Aku tau, sape je yang tak teringin nak ada rumah sendiri (walaupun HUTANG) apatah lagi developper2 skrg ni iklankan design rumah lawa lawa moden moden. Bank bank pulak memudahkan RIBA supaya boleh korang semua penuhi kehendak ini, ye RIBA yang haram tu. Allah dan Rasul dah isytihar perang ye kepada sesiapa yang terlibat dgn riba
Bank Islam dan Pinjaman Islam bebas riba? Kalau aku start bab tu memang panjang lagi lah post ni so aku tak nak explain . Pandai2 korang rujuk alim ulama yang arif utk check betul ke pinjaman2 Islam tu bukan Riba. Ok aku tak nak panjang kat sini, nak cakap benda lain.
Nasihat aku, korang JANGAN lah layan impian dan angan2 untuk beli rumah banglo atau Semi D ke yang besar besar tu. Kenapa? Sebab dah byk aku perhati ramai orang2 generasi sebelum kita yang mula menyesali tindakan mereka membeli rumah besar banglo besar.
Penyesalan itu hanya nampak setelah mereka menginjak umur 50 dan 60.
Kenapa?
Sebab akhirnya rumah yang besar itu kosong, hanya dihuni suami isteri yang sudah dimamah usia. Anak2 semuanya berpelajaran, ada kareer di negeri/negara lain2
Justeru
Peratusan untuk anak2 korang tinggal bersama korang masa korang umur 50-60 nanti adalah sangat tipis. Ada la 1 kut kalau anak tu tak belajar jauh tak kerja jauh
Last-last? Bilik2 semua tidak berpenghuni sedangkan kau kena MAINTAIN rumah seorang diri. SEORANG DIRI di kala umur kau dah 60. Debu berkumpul, lantai menjadi melekit, tingkap2 bersawang, rumput semakin tinggi.
Dulu kau umur 30 kau mampu la mop hari2 sapu hari2 basuh 4 bijik tandas tiap minggu. Kalau kau tak mampu, kau boleh hire maid sebab masa tu kau muda kau ada duit banyak lagi, kalau duit x cukup nak hire maid kau boleh kerja part time nak bagi cukup boleh panggil Indon bibik
Bila dah tua?
Energy tu semua dah TAK ADA. Kau tak larat nak part time part time, duit yang ada tak macam dulu, dan nak mop sendiri pun tak mampu. Anak2 balik beberapa bulan je sekali atau masa Raya je, maka, SIAPA yang nak maintain Banglo yang kau idam2 sangat ni? Siapa?
Tanya realiti ni 10x kat diri sebelum sign loan beli rumah 4 bilik rumah 5 bilik 10 tandas
FIKIR
Di usia yang tua, kau akan sedar “kalaulah rumah aku ni kecik sikit senang aku nak jaga”
“kalaulah rumah ni cuma 2 bilik je, taklah penat aku nak sapu dgn lutut yg sakit ni”
Anak2 zaman skrg pula ada yang tak mahu langsung buat kerja rumah, ada yang expect mak ayah upah kalau tolong2. So…memang susah nak harap anak KECUALI kau mmang didik dia dgn akhlak tinggi sejak kecik, kau didik dia spy faham pentingnya khidmat mak bapak seksok
Aku dah nampak byk family jadi macam ni. Banglo yg dulu cantik kini penuh semak samun sebab tuannya dah tua tak larat nak urus tak berduit byk lagi nak panggil Tukang Kebun
Ruang2 tamu tak terurus sebab takde sape dah nak tolong susun balik rak buku dan surat yang menimbun
Rumah jadi sgt serabut dan tidak terurus, anak2 tentulah hanya balik sekali sekala sebab kerja/tinggal kawasan lain
TIADA anak yang tinggal bersama mereka, kalau ada pun anak tu lebih suka buat hal sendiri
Ini byk terjadi
kenapa? sebab Dunia itu menipu. Angan2 masa kita muda tu, nak rumah cantik dan rumah besar, benda tu tak praktikal lagi 15-20 tahun akan dtg.
Yet kau kena bayar bulan2 hutang. By the time kau habis bayar, rumah tu dah jadi usang. Ye, banglo moden cantik tu dah jadi usang, cat nya luntur, pagarnya berlumut
Anak2 kau dah beli kondo/apartment moden di tempat lain, ye la dioang pun sama terperangkap dgn cita2 dunia Nauzubillah Astaghfirullah
jadi FIKIR baik2 betul ke nak beli rmh besar besar ni. Mampu ke, mampu bayar dan mampu MAINTAIN tak sampai tua?
Rumah itu tidak pandai sapu diri dia sendiri, rumput tidak pandai potong diri dia sendiri, lantai dapur tak pandai mop diri sendiri.
Semua kerja ni kalau kau nak orang buat, kau kena sedia DUIT. Adakah pada usia 50-60 duit kau sebanyak dan se-stabil skrg?
Kebanyakan org veteran tidak lagi berduit sebanyak masa muda, income yang masuk bulan2 dah tak sama , ada yang buat business tapi business pun pakai byk duit, tak byk dpt guna utk hal rumah lagi
Tu je nasihat aku, fikir2 lah k org muda generasiku .
– Feminin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit