Assalamualaikum semua, I lelaki berusia pertengahan 30-an dan i pembaca tegar dalam IIUM Confession ni.
I tengok la kan, kebanyakan confession adalah berkaitan konflik dan masalah rumah tangga, like penceraian, tak puas hati dengan pasangan, suami tak bagi nafkah, tidak disukai keluarga pasangan atau mentua dsb.
Bila I baca every confession tentang masalah2 ni, even I sendiri lelaki pun I geram tau dengan lelaki yang terlibat sebab sekarang lagi banyak isu suami tak tunai tanggungjawab atau curang terhadap isteri berbanding vice versa.
Isu ni sampai sekarang masih banyak berlaku and I rasa sudah sampai masanya ini diatasi dengan segera.
Ok la, I mungkin tidak pernah mengalami semua tu since I pun tak kahwin and still single. But I think it’s a dire need for me to speak out my opinions since I’ve read a lot about those confessions.
Like I’ve told you guys, I tak kahwin and memang tak nak kahwin sampai bila2. Sebab apa? I tak suka terlalu banyak commitments and tanggungjawab.
I yang single sekarang pun banyak dah komitmen, inikan nak kahwin which needs a much loftier responsibility. Takkan la nak makin serabutkan diri lagi kan? And kesian anak orang nanti teraniaya kalau kahwin.
Cuz if I kahwin, I kena ada tanggungjawab as a husband tauu. Ingat senang ke nak jadi laki orang ni? Let’s say I dapat monthly salary, I dah tak boleh nak suka2 beli apa I nak lagi dah. Should subside them sebab kena fikir nak bagi nafkah untuk isteri.
And kalau ada anak2, nak kena provide for them lagi… Gaji I pun bukannya tinggi sangat, tak sampai lima angka pun. But Alhamdulillah setakat nak sara diri sendiri, keperluan diri sendiri and parents tu lepas sangat2 laa…
Cuba bayangkan if you tak dapat nak provide nafkah secukupnya, mesti la isteri u tak puas hati and if berterusan, dia boleh mintak cerai. And kalau you ada anak, mesti la you nak bagi hidup mewah2 sikit kan? But that would be an uphill task.
Kalau perangai isteri yang tak elok, tak tunaikan tanggungjawab, suami boleh senang2 lafaz talak je. But what if isteri yang nak mintak cerai due to irresponsible husband? Diorang tak pasal2 kena tuntut fasakh kat mahkamah syariah. Such time and energy wasting. Even money too.
Kesian pulak kat isteri2 yang kena macam ni macam hukum nak cerai tu agak biased sikit. Tu baru bab nafkah zahir. Belum lagi nafkah batin. Other than berjimak, u also kena jaga hati pasangan juga. I guess that me and being romantic couldn’t be put in the same sentence.
Then, kalau suami tak tunai tanggungjawab, boleh dapat dosa jugak tau. I know that dosa tu masing2 yang tanggung, but kalau memang suami yang tak tegur kesalahan isteri and anak2, suami pun dapat dosa sekali.
Lagi banyak tanggungan lagi memeningkan dan memenatkan. At least if uolls tak kahwin, you terlepas daripada dihisab di akhirat tentang tanggungjawab suami isteri.
I cakap macam ni bukan sebab I datang from broken parents. Alhamdulillah, parents I besarkan I and adik beradik bagai menatang minyak yang penuh.
But seeing how they keep struggling nak besarkan kitorang tu buatkan I rasa I’m not destined to be a highly responsible and committed person. Maybe sebab tak mampu kot.
But still, I ada several pak sedara yang curang dengan pasangan. Tau2 dah kahwin lain. Isteri pertama diabaikan tapi tak diceraikan.
Dah tau tak suka tu cakap je la and ceraikan, ni tak. Biarkan tergantung tak bertali. Pelik dan bodoh. I taknak jadi suami like that and taknak isteri being treated like that too. So stay single is better.
Another thing is, I tak suka jaga hati ramai orang. If u are single macam I, you hanya perlu jaga hati diri sendiri, mak ayah, and kawan2 je.
Tapi kalau kahwin, nak kena jaga hati mentua la, adik2 beradik pasangan la, sepupu sepapat diorang la. Macam2 nak kena fikir dulu sebelum buat takut ada yang tak puas hati. Ada je yang tak kena. Haihh serabut laa…
And orang kita pun like memandang serong orang yang tak kahwin ni. Like hina sangat ke kalau tak kahwin? Just get rid of this bullshit stigma! Imam Nawawi and Ibnu Taimiyyah pun tak kahwin. Rabiatul Adawiyah pun sama.
Yup, tak dinafikan yang kahwin tu sunnah. I maybe sound liberal but I rela dicop like that daripada jadi penunggang agama. Bab sunnah yang ini kemain laju je ya? Sunnah Nabi yang lain takde pulak beria macam ni.
Jangan berdiri atas nama sunnah kalau you end up perhambakan pasangan, baik suami mahupun isteri.
Untuk suami, jangan berdiri atas nama nafkah tapi tak mampu jaga anak bini. Tahu nak sponsor benih je. Baru bab nafkah tau. Belum lagi jaga hati pasangan and tolong buat kerja rumah.
Jangan berdiri atas nama agama kalau anak2 ramai tapi nafkah setiap seorang ke laut. To those yang dapat suami yang elok tu, be grateful la ya. Jangan hangpa tak hargai pulakkk… Nanti jadi macam Johnny Depp dengan Amber Heard pulak dahh…
But still tak boleh diabaikan berapa ramai yang dapat laki macam firaun. So kalau hidup berdua membebankan, why not you stay single, right?
For sex life? Trust me lads, regardless of any gender; men or women, actually boleh hidup tanpa nafsu syahwat atau seks. Nothing more than just a basic need kalau sibukkan diri dengan perkara yang lebih membahagiakan diri kita.
After all, bahagia datang daripada diri sendiri tau. Bukan orang lain termasuklah pasangan. Why u need problem (pasangan) in your life when u can live without them?
Kalau nak sangat anak, boleh je pergi adopt anak yatim from rumah kanak2 sana. Diorang tu lagi memerlukan kasih sayang tau.
Kalau takde anak pun still ada jalan pahala yang besar which are ilmu yang bermanfaat and sedekah jariah. Sama ada warga pendidik atau bukan, menyebarkan ilmu tu satu amalan yang dipandang tinggi oleh Allah.
Untuk sedekah jariah pula, I harap I mula rajin untuk bersedekah and I harapkan doa uolls jugak supaya I slow2 jadi orang yang rajin dan ikhlas bersedekah ya…
Satu lagi I nak sentuh is poligami. Related jugak kan? Well, poligami tu asalnya untuk bantu janda yang susah je. But now, most janda out there dah boleh hidup independent without men.
And ramai (tak semua) jantan yang sial these days guna poligami untuk sex halal kononnya. Tak cukup ke bini sorang, bodoh?! Kalau poligami pun bukan senang nak berlaku adil tau! Mesti akan pilih bulu punya!
Nabi SAW dulu kahwin lain sebab kewafatan Khadijah RA, and baginda memang berlaku adil terhadap isteri2 termasuk Aisyah RA. Zaman sekarang lain. Perasaan isteri lagi penting. Rasa macam nak haramkan je poligami ni based on isu2 sekarang ni.
After that, kalau tak kahwin, akan terima soalan like ‘siapa nak jaga dah tua nanti?’ Kalau tak kahwin or lambat kahwin, bukan main lagi kata rezeki jangan ditolak, rezeki Allah bagi, jangan persoalkan perancangan Allah la bagai.
Hello, ingat I tak percaya rezeki ke? Betul la tu rezeki, tapi pandai2 la rancang. Tapi bila I nak stay single sampai tua, boleh pulak persoalkan siapa nak jaga dah tua? Hello, diorang boleh f*ck off, dude. Jawab je la, ‘Rezeki Allah bagi jugak walaupun dah tua takda waris’.
Ada pasangan dan anak2 pun belum tentu depa akan jaga kita tua nanti, yedok? Kita tak boleh puaskan hati semua orang, and tak boleh letak harapan jugak.
I pun dah plan nak survey rumah orang tua mana I nak duduk bila dah tua nanti. At least ada la geng borak. Boleh buat kelab. Kita jaga kita. Or I boleh hire maid or private doctor atau nurse nak jaga kat rumah, hasil simpanan duit I sebab tak kahwin.
Banyak negara maju yang ramai rakyat single, siap ada rumah untuk golongan macam ni. Kalau dah kahwin pun ada yang ada 1/2 orang je anak. Ada yang memang tiada anak. Kadar kesubitan negara kita pun menurun, so we’re in the right track towards a developed nation.
Doa boleh menembusi takdir kan, so I pun memang dah dari dulu lagi doa kat Allah supaya I sentiasa single sampai tua and semoga Allah tak bolak-balikkan hati I.
And a big no to girls or women who approach me to make the relationship more than just friends. Kesian diorang nanti.
So my advice and hope kepada yang dah couple and tunang tu semoga dipermudahkan urusan pernikahan. Kalau yang dah kahwin atas dasar cinta tu, semoga berkekalan hingga ke jannah.
Kalau dah bergolak and tak dapat diselamatkan lagi, better breakup or cerai. Maybe ia dibenci but u know what’s the best for you. Don’t waste your life for someone or something that’s not for you. Life is short and only once. Make it meaningful.
Bak bait lirik lagu, “I can love me better,” (Cyrus, 2023) and “no man no cry” (NSYNC, 2000).
Untuk yang masih single macam I:
– know your worth and love yourself more.
– for those yang masih ada parents and good with them, jagalah mereka sebaiknya.
– for those who have none, carilah apa yang membuat jiwamu bahagia tanpa komitmen yang tinggi.
– pray to Allah semoga merahmati hidup kita.
– if you tak boleh sangat tahan nafsu tu puasa je la. Puasa lagi senang. Kahwin ni amanah besar kot…even if you love each other…
Lepas coretan I ni dipost and dibaca, mesti akan keluar golongan yang panas and offended, especially men. Terhibur nak tengok komen uolls beserta dalil2 korang yang digunakan untuk ‘menunggang’.
And in a nutshell, doakan la I hidup single, lama and dirahmati di bawah riayat Allah! Tata titi tutu!~
– Jubilant Single (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit