Nasihat Kewangan Untuk Remaja

Bismillah.

Assalamualaikum and Hi!

Saya Gegadis 30 an! Berasal dari kampung dan keluarga B40 tapi parents yang jenis tak kedekut tentang pendidikan semasa besarkan anak2.

Sanggup korban ikat perut untuk pastikan anak2 berilmu hingga menara gading. Orang biasa2. Kerja biasa2. Pendidikan pun biasa2 saja. Tapi saya ada cita2 dan impian luar biasa!

Seorang private sector servant. Jauh… dari keluarga. Masih bujang dan punya tanggungan ibu bapa di kampung. Alhamdulillah.

Dulu masa mula2 grad konon nak bergelar suri rumah dan suri hati seseorang, tapi apakan daya perancangan dan penentuan Allah itu lebih Maha Hebat kan!? Hidup ni ranjau berduri yang tak pernah habis. Jadi hadap je lah! Enjoy je! :)

Ok, cukup pengenalan basic tentang saya. Berbalik kepada tajuk atas. Saya mohon tunjuk ajar dan idea/pendapat khusus dalam kewangan yang boleh para gegadis macam saya untuk gunakan demi masa depan yang makin mencabar ni.

Suka baca posting Dr Azizul selalunya pasal #tabunggadis , #tabungwanita , #tabungdiri dan macam2 tabung2 dari penulisan Tuan Doktor.

Saya doakan moga penulisan doktor bermanfaat untuk masyarakat menjadi buah2 yang beranak2 dari 1 benih jadi 7 tangkai dan hasilkan 100 bijiran dari setiapnya even nanti.

Tuan Doktor sudah tiada di dunia sementara ni! Aamiin.. Follow juga figura2 kewangan yang lain dalam menambah baik diri dan ekonomi keluarga.

Straight to the point, tak pandai nak belok. Bawah ni bajet yang saya guna sebagai basis atur kewangan bulanan saya. Tapi.. bajet bawah ni yang terbaru sebab baru lepas dapat kenaikan gaji.

(Bermula dengan gaji kasar RM600/bulan hingga kini RM5600/bulan termasuk kerja hakiki + pendapatan pasif + hustle).

Pendapatan bersih saya kini RM4300 selepas tolak epf, socso, cukai, kos perbelanjaan hustle.

Saya guna basis ratio 6 Komitmen : 2 Saving : 1 Protection : 1 Bocor

Jadi bawah ni bajet saya:

62% – 2653 (actual)

————————-

iFinancing (1213)

1. Kereta 483

2. Rumah 600

3. Asb 130

Lain2 (1440)

1. Parents 500

2. Petrol 200

3. Tol 100

4. Belanja makan harian 300

5. Groceries 200

6. Internet 40

7. Sedekah 100

26% – 1.1k (actual)

————————

1. Asb 1k

2. PRS/coinbox 100

5% – 232 (actual)

————————

Protection (232)

1. Getb hibah 21

2. PruBsn ci 72

3. Takaful ikhlas 130

4. Agrobank PA 9

7% – 315 (actual)

————————

1. Clinical review 100

2. Healthcare 100

3. Belanja balik kampung 115

Jadi, melihatkan bajet saya di atas. Saya ingin cari jalan.. bagaimana boleh capai impian kewangan RM300k tunai pada umur 40an secara praktikal dalam keadaan masih berkerja.

Ada lebih kurang 10 tahun lagi. Bercadang berhenti kerja pada umur 40an, tumpu bisnes sepenuh masa.

Dan impian terbesar yang tertangguh lepas grad dulu2 iaitu berkhidmat kepada keluarga kecil dan parents sendiri (kalau ada rezeki berkahwin dapat la suami kan, haha, ada rezeki anak2, ada rezeki mertua.. termasuk lah tu sekali) aamiin..

Hopefully dapat jadi panduan untuk para gegadis macam saya. Terima kasih semua didahulukan atas lontaran komen!

Saya doakan semua dirahmatiNya. Aamiin…

– Gegadis Straight To The Point (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *