Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana memilih confession akak sekali lagi.
Ini confession akak selepas confession, ‘Kehidupan Selepas Kahwin Versi Saya’ yang lepas. Di mana akak ada nyatakan di sana tentang cerita perkahwinan kami yang telah menjangkau 28 tahun.
Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/kehidupan-selepas-kahwin-versi-saya/).
28 tahun yang bukan sweet sokmo semata, hihi. 28 tahun yang punya berbagai rencah.. masam manis dan pahit.
Cuma akak nak tekankan di sini, lagi tinggi harapan kita terhadap sesuatu.. lagi tinggi peluang kita untuk kecewa. So jangan menyimpan harapan yang manis-manis saja.
Alam perkahwinan bukan alam di awang-awangan adik-adikku. Alam perkahwinan adalah alam nyata yang diibaratkan sebagai sebuah pelayaran yang kita kena tempuh dan lalui sekali kita dah terjebak ke dalamnya.
Akak tau.. kebanyakkannya yang confess di sini masih muda, baru lagi di alam perkahwinan.
Banyak masalah masing-masing… mak mertua la.. suami tak bagi hadiah la.. hihi. Tak pe… harap-harap bila masing-masing dah semakin matang dan usia perkahwinan sudah cukup haulnya.. masing-masing akan faham dan keadaan akan menjadi lebih baik lagi.
Adik-adik, perkahwinan sebenarnya bukan tentang yang sweet-sweet je seperti alam bercinta. Bercinta pun bergaduh kan. Inikan pula berkahwin. Semua real depan mata.
Kentut la..lagi-lagi kentut waktu membelakangkan kita masa tidur, sakit hati tau tak. Tak nak tolong buat kerja la, macam-macam lagi. Semua menyakitkan hati.
Perkahwinan ini sebenarnya adalah perjuangan sebelum kita sampai ke puncak usia kita. Macam-macam yang akan kita lalui. Suka, duka… just lalui dan buat yang terbaik.
Akak tak dapat nak kupas satu-satu apa yang kita kena buat. Ambil contoh orang-orang yang dah lama berkahwin… mereka semua bekerja keras berjuang untuk rumahtangga. Bukan dengan senang lenang.
Contoh mudah yang pertama. Kalau setakat hadiah hari jadi ke, anniversary ke, memandangkan suami akak ni bukan jenis romantik, jangan harap la nak surprise2 ni ye, hihi.
Akak tak kisah pun. Rasa menyusahkan pulak kalau suami bersusah payah nak fikir hadiah untuk akak. Bukan dia tak pernah belikan apa-apa untuk akak pun… ada juga kadang-kadang. Tapi bukan la waktu harijadi.
So ok la tu. Pernah sekali, dengan akak sekali terlupa anniversary kami. Mesti suami-suami sukakan kalau terjadi keadaan macam ni, hahaha.
Contoh ke 2. Kalau kami pergi rumah mak mertua, kadang2 sampai lupa anak-anak kecil kami yang entah ke mana. Tapi ada la dalam sekitar rumah bersama-sama sepupu-sepupunya yang lain.
Punya la kami sibuk tunjuk rajin kat rumah mak mertua. Sampai tak kisah anak, sampai penat.. suami pun sampai kesian kat kita. Ada masa akak bising dengan suami nak balik kampung cepat nak tolong rewang konon.
Sanggup naik teksi pergi dulu sebab tak nak lambat. Punya la nak jaga hati mertua.
Tapi Allah ambil nyawa mak mertua awal rupanya. Cuma 13 tahun je dapat berbuat baik dengan mak mertua.
Bukan nak tunjuk baik di sini, tapi nak bagi contoh usaha nak buat yang terbaik untuk rumah tangga. Elakkan merungut, elakkan berkata-kata yang tak baik tentang keluarga mertua pada suami kita.
Mungkin ada yang akan berkata, elehh… kecik je ujian makcik ni… boleh la sembang, haha. Kadang-kadang masalah sekecil ini boleh menjadi masalah besar untuk sesetengah orang.
Akak berikan contoh mudah ini sebab akak perhatikan yang meluahkan perasaan di ruangan ini kadang-kadang masalahnya kecil je sebenarnya.
Tapi kelihatannya mereka stress sangat. Akak tak salahkan mereka. Masa akan mengajar mereka erti sebenar sebuah perkahwinan. Akak yakin, masih ramai lagi isteri-isteri muda di luar sana yang kental hatinya.
Orang-orang yang usia perkahwinan dah menjangkau berbelas atau berpuluh tahun ni kebanyakkannya malas nak jadikan sesuatu perkara tu sebagai masalah.
Pada kami, banyak lagi masalah lain yang lebih besar yang kita nak hadap dalam usia perkahwinan yang panjang ni. Jadi kesimpulannya, berusahalah yang terbaik dan ikhlas kalau nak rumahtangga kita kekal, bahagia dan berkat.
Lagi sukar kita nak ikhlas, lagi besar ujian yang datang. Percayalah. Ikhlaskanlah sepenuh hati jika kita berbuat baik terutamanya dalam keadaan sukar. Banyakkan bersabar. Bukan mudah nak sampai di puncak kejayaan adik-adikku.
Mudah-mudahan semakin bertambah usia perkahwinan kalian, semakin matang kalian dalam menangani hal rumah tangga.
Kami otai-otai ni pun masih lagi berusaha menangani masalah rumahtangga yang takkan pernah berakhir selagi hayat di kandung badan.
Kami juga tak pernah berada di zon selesa atau dah berjaya dalam rumahtangga. Kami masih lagi berusaha dan berusaha.
Yang paling penting, jangan lupa jaga hubungan dengan Allah. Sesungguhnya dia lah yang memberi kita kekuatan dan yang menjaga kita.
Semoga rumahtangga kita semua sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah. In shaa Allah… Aamiin.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit