Isu peluang pekerjaan yang amat terhad adalah sangat popular dalam kalangan masyarakat dan juga menjadi titik yang amat negatif untuk para bakal graduan.
Pihak kementerian dan universiti tidak memainkan peranan yang begitu efektif dalam menangani isu ini tetapi kepada bakal graduan, kita tidak mempunyai banyak masa untuk menyalahkan mana-mana pihak. Kita ada tanggungjawab seperti membayar hutang PTPTN, membeli rumah & kereta dan juga kahwin!
Kebanyakkan majikan meletakkan expectation yang tinggi seperti memiliki kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin (kebanyakkan syarikat di Malaysia mendapat projek daripada negara lain seperti Singapura dan China), memiliki pengalaman yang tinggi dan juga lain-lain. Nasihat saya adalah :
Pertama sekali, jangan pernah leka semasa belajar di universiti. Mula karang CV atau Resume anda sendiri. Anda akan lihat bagaimana hendak memperbaiki diri anda.
Contohnya, sekiranya anda kurang aktif atau lemah dalam komunikasi bahasa Inggeris, anda perlu ambil inisiatif untuk perbaiki dengan sertai kelas berkaitan.
Kurang pengalaman atau tiada pengalaman? Boleh sertai part-time job (boleh dapat duit sekali) atau melibatkan diri sebagai sukarela atau sertai kursus-kursus yang berkaitan dalam bidang anda. Jangan sesekali buang masa melepak di kedai Mamak kerana masa itu emas.
Yang kedua, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di universiti/kolej. Di sini anda berupaya untuk memperbaiki kemahiran anda (soft skills) seperti kepimpinan, komunikasi dan keupayaan untuk berfikir secara kritis dan inovatif.
Kita dapat lihat terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita sertai seperti Perdana Felo dan juga Kem Pertukaran Peringkat Antarabangsa di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk peringkat nasional.
Tak pernah aktif sebelum ini? Hanya fokus dalam pelajaran? Cuba mulakan daripada peringkat universiti dahulu, dan sekiranya berjaya, why not challenge yourself to go for national level?
Yang ketiga adalah, pastikan CGPA anda atas 3.0. Kebanyakkan syarikat di Malaysia melihat pada pencapaian akademik kita. Jangan sesekali memandang rendah terhadap hal ini.
Sekiranya anda tak berjaya untuk kekalkan 3.0, anda masih mempunyai inisiatif yang lain iaitu membina portfolio anda sendiri.
Contohnya, untuk graduan IT, cuba lakukan projek suka-suka untuk mempelajari bagaimana untuk membina sesuatu sistem dan upload ke GitHub, phak majikan akan dapat menilai kebolehan anda melalui platform itu.
Yang keempat adalah taat kepada agama dan juga ibu bapa kita. Kita kadang-kadang apabila terlalu fokus di universiti, kita lupa akan perkara yang penting.
Ingatlah, pastikan dua benda ini selalu ada di minda kita apabila melakukan sesuatu perkara. Ini adalah jalan yang efektif setelah kita cuba untuk berusaha dalam memperoleh sesuatu perkara yang kita ingini.
Yang kelima, “networking” dengan insan-insan yang sudah berjaya dalam bidang yang anda ingin ceburi? Bagaimana? Jawapannya adalah LinkedIn!
Apa itu LinkedIn? LinkedIn adalah platform untuk professional untuk berkomunikasi dan daripada situ juga kita dapat melihat terdapat ramai recruiters dan HR mencari pekerja. Jangan buang masa, dan daftar LinkedIn segera.
Elakkan juga bersikap negatif dalam media sosial lain seperti Instagram, Facebook dan Twitter, kerana syarikat berupaya untuk semak personaliti anda melalui media sosial itu.
Manfaatkan segala media sosial anda untuk perkara-perkara yang bermanfaat kerana platform itu juga mencerminkan diri anda juga.
Yang terakhir, pelajari bagaimana hendak menulis emel dengan baik kerana apabila anda ingin melangkah ke alam pekerjaan, ini adalah asas yang penting. Pastikan emel anda nampak professional bukannya seperti,
‘[email protected]’ atau ‘[email protected]’
Belajar bagaimana hendak menulis “subject” emel dan isi emel itu dengan baik kerana itu juga adalah cerminan imej anda.
Sekian itu saja dari saya, kalau saya rajin saya tulis lagi lain kali.
– Radiance (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit