Nasihat Untuk Menantu

Assalamualaikum. Permata Habut nama diberi (nama samaran). Tajuk kali ni agak berat untuk dibincangkan namun ianya harus diluahkan.

Semoga penulisan ini dijadikan pengajaran untuk menantu2 dan bakal menantu semua.

Bismillah….

Saya anak bongsu dari 4 adik beradik. Mempunyai 2 orang abang dan sorang kakak.

Sebagai anak bongsu perempuan yang belum berkahwin, saya selalu menjadi tempat luahan bukan sahaja dari ibu sendiri malah makcik-makcik, jiran dan rakan-rakan.

Kebanyakkan luahan mereka tentang menantu merangkumi perkara-perkara di bawah.

1. Menantu zaman sekarang jenis bangun lambat, tahu-tahu sarapan semua dah tersedia. Jenis yang tidak membantu kerja di dapur.

Nasihat ku, wahai menantu semua, jikalau Engkau tidak pandai masak sekali pun, rajin-rajin kan lah diri untuk ke dapur.

Ibu mertua mu bukan mengharapkan juadah tip top dari air tangan mu namun kehadiran mu ke dapur walaupun hanya sekadar menyibuk kan diri dengan berbual pun sudah cukup berbanding kau duduk terperap di bilik.

Jika tidak pandai masak, tak apa. Ibu mertua mu bukan nya singa, dia juga memahami kerana dia juga mempunyai anak yang tidak mahir di dapur iaitu, aku. Hehehe.

2. Tidak pandai mengadaptasikan diri dengan keluarga mertua. Ye betul, setiap keluarga mempunyai latar belakang yang berbeza.

Kemungkinan kau terkejut dengan situasi baru itu namun cubalah untuk masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum.

Ambil yang jernih, buang yang keruh. Manis kan muka mu dengan senyuman bukan dengan mencuka sehingga menyinggung hati ibu mertua mu.

Hati ibu mana yang tak sedih. Mengharapkan agar menantunya boleh layan beliau seperti ibu sendiri namun yang kau bagi hanya lah harapan palsu.

Jaga hati ibu mertuamu. Jangan selfish, terlalu ikut kepala dan perangai kau sampai orang keliling berkata belakang.

Yang sedih itu, yang terasa hati itu, yang pedih telinga itu, ibu mertua mu.

Pulang ke kampung tapi riak muka tidak gembira kerana yang ku dengar dari mulut mu hanya lah “bila kita nak balik”, “Nak gerak balik pukul berapa”.

Jaga lah hati ibu mertua kalian, kerana syurga suami mu masih di telapak kaki ibu mereka.

Hanya nasihat yang mampu diberi boleh orang lain iaitu “Milah (bukan nama sebenar) kene redha. Kalau Milah tak redha, lagi sulit perjalanan rumah tangga anak Milah”. Redha di mulut, tapi di hati tiada siapa yang tahu.

Tahu, kita jangan hanya tahu menilai. Perkara-perkara ini diluahkan hanya dari orang-orang sekeliling ku. Lain keluarga, lain situasinya.

Mungkin keluarga kami hanya B40, yang rumah di kampung, pemikiran orang kampung. Di mana ibu-ibu disekeliling hanya lah sebagai suri rumah.

Ini hanya lah luahan dan pendapat aku untuk menantu-menantu semua. Andai boleh diterima, ambil jadi kan pengajaran. Jika rasa tidak boleh diterima, abaikan luahan ini.

Aku juga seorang wanita yang bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Risau, bagaimana ingin menjadi sorang menantu yang baik.

Kadang-kadang terpikir, mampu ke aku apabila melihat keadaan sekeliling begini. Namun nasihat-nasihat daripada ibuku kan ku semat di hati.

Segala ajaran beliau dari kecil sehingga membentuk aku menjadi diriku yang sekarang, akan ku praktikan di kemudian hari. Kita tidak sempurna.

Tiada siapa yang sempurna namun cukup la jikalau bakal ibu mertua aku nanti gembira dengan layanan aku sebagai menantu yang biasa2 ini.

Supaya dia senang dan tenang melepaskan anak lelaki yang dijaga berpuluh tahun ke tangan aku, menantu nya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Permata Habut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *