Nasihat Untuk Pelajar Intern

kepada yg bakal intern tolong laa sebelum datang intern tu, tolong beritahu staff dkt

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Moga moga artikel ini dapat disiarkan. Terus kepada penulisan sebab baca tajuk pun dah tahu abang nak cakap pasal apa.

Untuk adik adik intern, mari abang bagi sedikit nasihat yg mungkin korang boleh dan patut follow sebab abang pun dulu pernah intern macam korang.

1) Kepada yg bakal intern tolong laa sebelum datang intern tu, tolong beritahu staff dkt company yg kau intern tu, sekurang kurangnye seminggu sebelum, bukan tiba tiba dtg “samekomm saya minah bt abu, harini saya datang nak lapor diri untuk intern dkt sini” . Dik, kadang kadang org yang uruskan kau pun lupa yang kau nak intern dkt company tu. Kau call je company tu seminggu sebelum cakap “samekomm saya joyah bt mamat, saya nak beritahu saya akan intern dkt company ni pada sekian sekian” , mudahkan?

2) Adik, kalau kau tgh intern, and kau seronok main fon dan kau tengok boss/staff lain buat tak kisah. Dik, abg beritahu ye, kau la manusia yang paling kesian sekali. Time intern kau main fon? Kau igt ayah kau stakeholder dkt situ? Salah dik, kami staff staff ni tgk perangai intern mcm mana, kalau fon asyik dkt tangan, susah juga walaupun kau tu rajin. Sesetengah intern kadang kadang lepas habis intern terus habis belajarkan? Jadi kami sebagai HR tak kan nak lepaskan orang yang ada talent macam tu je. So jangan jadi b****h yee sebab tepengaruh dengan staff staff dkt situ. Entah entah kami ni bukak whatsapp sebab tengah kutuk kau.

3) Adik, dekat office takda senioriti kepala taik semua tu. Tapi ringankan mulut cakap “Assalamualaikum boss, assalamualaikum bang/kak” atau “morning sir” , mula mula memang la awkward tahap gila b**i, tapi nanti okeyh, dapat pahala free lagi.

4) Kepada adik adik intern, sesetengah tempat memang tak banyak kerja (sebab kami tak tahu nak bagi engkorang kerja apa!!) , so bila task kau dah siap, rajin rajin kan diri tanya supervisor ada benda tak yang nak ditolong, jangan tanya semua staff, karang engkorang jadi mangsa. Ni namanya teknik memikat hati bakal majikan.

5) Okey, yang ni penting sikit, masa tengah tengah intern ni, cuba baik baik dgn boss, sambil tu tanya la macam mana nak apply kerja dekat situ, tolong la buat walaupun nampak macam tengah menjilat, engkorang kalau diva takpa la (sebab muka cantik sikit dah boleh jadi artis tumblr) , ni pergi lapor diri untuk intern pun bawak mak ayah dgn akak (tak main main ye adik adik,abg serius ni). Buat buat je tanya dengan boss, dia taknak jawab takpa laa. Jangan lupa mintak tolong boss kau buat surat recommendations before kau habis intern (boleh guna untuk mohon kerja)

6) Last abg nak beri nasihat, untuk bakal intern, jangan pilih tmpt yg sama dengan kawan kau (abg kene compare dik dgn SV sebab katanya kawan abg tu bagus, pedih dia sampai sekarang. Takpa ,ayat tu buat abg dkt tmpt abg sekarang). Kepada tengah intern, jangan cepat benci dengan tempat tu sebab tak kena dengan course korang sebab ada ramai lagi nak tempat korang tu. Abg nak ucapkan goodluck untuk korang supaya korang yang intern ni dapat kejayaan didunia dan diakhirat.

– Abg HR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit