Assalamualaikum korang. Nama aku Sha. Ketika kejadian ini berlaku umur aku 26 tahun. Apa yang aku nak cerita di sini adalah pengajaran yang paling penting kepada semua perempuan di luar sana. Dan juga untuk aku luahkan dan kurangkan stress dan depression yang aku alami sejak kejadian ini berlaku.
Pengajaran yang aku nak bagitahu di sini ialah, kalau korang perempuan, elakkanlah ke mana-mana seorang diri.
Aku bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat multinasional. Kalau aku sebut pasti semua tahu. Selepas intern, aku terus dapat kerja di tempat yang sama, gaji yang aku terima membolehkan aku hidup selesa. Aku juga part time modelling untuk iklan2 pakaian di socmed, dari belajar lagi aku dah buat kerja ni.
Ceritanya bermula begini. Sejak kuliah di universiti, aku telah aktif berbasikal bersama group basikal yang terdiri dari kawan2 aku dan juga kawan kepada kawan2 aku. Setelah graduasi dan bekerja, aku masih lagi join trip cycling bersama kumpulan yang sama kerana kami tinggal di tempat yang tidak berjauhan.
Hampir setiap hujung minggu, kalau aku tak busy dengan kerja, tidak balik kampung or keluar dengan BF, aku akan join cycling bersama kawan2. Ini salah satu cara untuk aku kekal fit dan kurus, dan aku tak berminat untuk ke gym. Plus dengan berbasikal aku boleh hirup udara segar, berjumpa kawan2 dan spend time together.
BF aku juga tidak ada masalah untuk aku berbasikal dan dia memang tidak minat dengan sukan ini.
Satu hari lepas waktu kerja, ada beberapa ahli group kami yang ajak untuk berbasikal pada waktu petang. Memandangkan keesokan hari adalah hari minggu dan aku tidak ada kerja tambahan yang perlu disiapkan maka aku decide untuk join. At least hari minggu aku boleh rehat di rumah, shopping atau masak.
Kami berbasikal kurang lebih 2 jam di laluan biasa. Setelah berbasikal kami berhenti sebentar untuk bersembang sebelum pulang ke rumah masing2. Jam pun dah pukul 7 lebih so kami decide untuk pulang.
Kebiasaannya aku akan pulang bersama seorang lagi rakan aku, Ika, yang juga rakan satu universiti aku dulu, tapi oleh kerana dia kerja lewat pada hari tersebut so aku pulang seorang. Jarak dari tempat akhir kami bersama ke apartment aku adalah dalam 20 minit perjalanan.
So aku pun cycle pulang seorang diri. Ada banyak laluan untuk ke apartment aku tapi laluan yang aku lalui tu memang kebiasaan lengang dan banyak semak dan juga ladang atau hutan simpan.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, aku tiba2 dilanggar oleh sebuah motosikal, lalu terjatuh di bahu jalan berhampiran rumput2 dan semak yang tinggi. Aku lihat dua orang turun dari motosikal dan aku fikir mereka nak tolong aku untuk bangun, so aku tanya macam mana boleh terlanggar sebab aku ride kat tepi jalan bukan kat tengah.
Seorang tu datang dan tolong aku untuk bangun dan waktu aku nak berdiri dengan betul, tiba2 dia tarik tangan aku masuk ke dalam semak. Aku terkejut dan cuba rentap tangan. Tapi dia cuba pengang bahu dan badan aku dan tolak aku masuk ke dalam semak.
Aku panik tapi tak kuat untuk lawan orang lelaki. Yang seorang lagi tu macam terpinga-pinga dan kemudian ikut kami masuk ke dalam kawasan semak. Di sebalik semak tu ada kawasan ladang yang agak lapang.
Di situ aku ditolak dan terjatuh ke atas tanah. Aku cuba jerit dan tanya you nak apa, kemudian lelaki tadi keluarkan pisau lipat dan halakan kepada aku dan tunjuk isyarat diam. Aku kata kalau you nak duit I ada, aku pun cuba keluarkan duit dari poket di belakang baju cycling suit aku.
Dia ambil duit, phone dan kunci yang aku keluarkan dan campak ke tepi. Dalam keadaan terbaring atas tanah, lelaki tadi cuba untuk tarik seluar aku sambil tunjukkan pisau, sementara yang seorang lagi berdiri di belakang. Dalam keadaan takut aku cuba tepis tapi ditepis kembali dengan pisau yang dipegang.
Selepas itu, apa yang berlaku adalah nightmare yang ditakuti oleh semua perempuan. Korang boleh agak apa yang berlaku. Aku diperkosa. Mulut aku disumbat dengan pakaian dalam aku sendiri. Aku hanya menangis ketika itu menahan sakit.
Setelah selesai, lelaki tadi mengarahkan lelaki kedua untuk lakukan hal yang sama kepada aku. Dengan pisau yang dipegang aku tidak berani untuk menjerit. Jika aku dibunuh pasti tak ada siapa yang tahu aku di mana.
Setelah selesai, mereka terus pergi tinggalkan aku terbaring dalam kegelapan senja sambil menangis. Aku langsung tidak dapat lihat muka mereka, yang aku tahu hanya warna helmet dan jaket yang dipakai. Jenis dan nombor motosikal pun aku tak tahu.
Perlahan-lahan aku bangun dan mengenakan semula seluar. Aku dapat rasakan cecair yang mereka tinggalkan di bahagian tubuh aku. Betapa jijik dan hinanya diri aku ketika itu. Aku bernasib baik tidak dibunuh dan ditinggalkan.
Memandangkan seluar cycling suit aku hari itu adalah shorts, yang ada cuma luka2 di kaki dan betis akibat jatuh dan struggle atas tanah terkena duri.
Aku bangun dan berjalan pulang ke rumah dalam gelap, yang ada hanya cahaya kuning lampu jalan berselang-selang. Sampai di guardhouse apartment, aku nampak wajah aku di cermin guardhouse, rambut kusut dengan rumput kering dicelah-celah rambut.
Guard tu pun pandang pelik tengok aku kusut dan dengan air mata masih mengalir. Sampai di rumah, aku terus ke bilik mandi dan menangis teresak-esak. Tak tahulah jiran-jiran sebelah dengar atau tidak. Aku mandi dan sental tubuh selama sejam lebih. Aku geli sebab aku dah kotor dan jijik.
Selepas mandi aku terus buang pakaian tadi sebab aku geli dan benci. Kat sini aku bodoh, sebab aku dah terbuang segala bukti.
Sepanjang hujung minggu aku hanya duduk termenung di rumah, message dari BF dan kawan sekerja aku hanya reply sekadar saja. Minggu hadapannya aku ambil cuti selama seminggu untuk tenangkan diri, tapi ternyata aku tak upaya untuk hadapi perasaan ini.
Aku trauma dan takut untuk keluar rumah. Aku terbayang-bayang ada perogol yang tunggu di luar rumah dan di lift serta tangga apartment setiap kali aku keluar dan masuk. Pintu rumah dan bilik aku pastikan berkunci dan aku letakkan pisau dapur di tepi katil.
Sampailah aku terlalu depress, aku minta kawan baik aku, Shifa, untuk temankan aku di rumah. Aku minta Shifa untuk peluk aku kuat2 waktu aku tidur. Shifa merasa pelik dengan keadaan aku dan paksa aku cerita apa berlaku. Aku hanya menangis.
Hanya selepas 2 malam Shifa temankan aku dan paksa aku cerita, aku pun ceritakan apa yang berlaku. Aku minta dia janji untuk tidak bagitahu keluarga dan BF aku kerana aku takut apa yang mereka akan fikirkan. Kalau BF aku tahu apa terjadi, dia nak tak lagi kahwin dengan aku memandangkan aku bukan lagi anak dara.
Dan kalau dia jarakkan diri dari aku tentulah aku akan lagi depress. Keluarga aku juga tentu akan susah hati dengan apa yang berlaku kepada satu-satunya anak perempuan mereka. Shifa dah berkahwin so dia tak boleh teman aku banyak hari. Dia paksa aku buat laporan. Bab ini panjang lagi ceritanya cuma aku tak tulis di sini.
Dia juga carikan tempat untuk aku dapatkan kaunseling. Bodohnya aku kerana lambat kerana terlalu trauma. Sepatutnya dari awal lagi aku buat check up di klinik sementara bukti perogol masih ada dalam tubuh aku. Aku juga tidak dapat mengecam wajah mereka.
Di sini korang boleh lihat, aku bukan saja jadi mangsa orang jahat, tetapi juga kebodohan aku sendiri. Memang aku bodoh. BF pun pernah kata you ni cantik tapi too naive.
Di tempat kerja aku hanya google tentang kisah2 mangsa rogol sampai terganggu tugasan. Aku tidak beri perhatian dalam bilik meeting dan tidak dapat focus dalam presentation. Oleh kerana aku seorang pekerja yang agak perform sebelum ini, HoD aku tidak complaint apa2, cuma tanya are you ok sahaja.
Selepas Shifa tak dapat temankan aku, kerana trauma dan depression, aku paksa BF aku untuk temankan aku di rumah. Aku paksa dia untuk peluk aku waktu tidur supaya aku rasa selamat. Dalam fikiran aku waktu itu, kalau BF aku nakkan aku pun aku akan relakan saja, alang2 aku memang sudah kotor.
Tapi BF aku orang yang baik. Dia paksa untuk aku cerita apa berlaku. Aku menangis sampai basah baju dia. Tapi aku tahan untuk cerita kerana aku takut dia tinggalkan aku. Aku hanya beritahu yang aku stress kerja dan berasa anxiety. Hanya satu malam tu saja dia nak temankan aku.
Dia offer untuk tidur dalam kereta di luar apartment. Kalau ada apa2 aku boleh terus call dia. Dia juga offer untuk aku tidur rumah parents dia, tapi aku tak nak sebab nanti mesti mak dia tertanya-tanya dan rumah family dia agak jauh dari tempat kerja.
Family dia memang dah kenal aku, mak dia pun follow socmed aku. So, selebihnya aku tidur sendiri dalam keadaan tidak lena dan lampu semua terbuka.
BF aku juga semakin pelik sebab setiap hari aku minta dia untuk ambil dan hantar aku sampai depan rumah kerana aku takut untuk berjalan dari tempat parking dan naik lift sendiri. Ini kerana tempat parking apartment tu agak kelam, sama macam waktu aku kena rogol dulu.
Kalau BF aku tak available, aku akan tunggu jiran aku keluar waktu pagi dan aku akan keluar sekali. Setelah beberapa minggu menyusahkan BF, aku tidak lagi minta dia untuk hantar, ambil, dan tunggu aku, sebab dia akan lewat sampai ke tempat kerja.
Rakan-rakan di tempat kerja juga perasan aku semakin tidak ceria. Aku kurang bergaya dan pakai seluar jeans yang tebal dan aku ikat tali pinggang ketat2 so kalau orang nak rogol susah nak buka.
Setelah beberapa waktu, aku fikir aku boleh beransur pulih dan harapkan perogol tersebut terima balasan dari tuhan, dipanah petir atau dilanggar lori. Rupa-rupanya ini hanya permulaan kepada apa yang aku alami.
Aku sedar period aku lewat beberapa hari. Ini memang selalu berlaku, cuma lepas apa yang terjadi, aku menjadi panik. Kerana aku banyak google tentang mangsa rogol, aku juga terbaca berkenaan pesakit HIV dan ini sangat menakutkan aku selama beberapa hari. Ok, aku berhenti tulis sekejap sebab nak menangis dulu…
Ok done menangis, sambung balik. Korang bayangkanlah, dari hidup aku yang indah dan sempurna, bekerjaya, keluarga dan ibu bapa yang baik, serta BF yang handsome yang aku plan untuk hidup bersama dan berkeluarga nanti, tiba-tiba semua tu berubah sekelip mata. Bagaimana kalau aku pregnant dan ada penyakit HIV?
Di dalam bilik sendirian aku bayangkan hidup aku hancur seperti kaca berkecai. Keesokan hari lepas kerja aku beli kit ujian UPT di farmasi, aku lega kerana aku tidak hamil dan period datang seperti biasa. Aku juga beli kit ujian HIV secara online, kerana panik aku main beli saja yang murah yang ada dalam tu asalkan cepat sampai.
Setelah sampai dan pulang dari kerja aku lakukan ujian ikut instruction yang diberi, setelah beberapa minit keputusan di kit tersebut menyatakan positive. Aku double cek dengan kertas instruction dan tunggu lagi beberapa minit. Still positive. So at that moment I thought my life had ended already. No more bright future for me.
Aku terduduk di dalam bilik mandi beberapa jam. Entah apa dosa yang aku lakukan sampai diuji begini. Aku kasihankan parents aku, macam mana la aku nak bagitahu diorang. Mama papa, maafkan Sha.
Depression aku semakin teruk. Aku muntah dan demam. Degupan jantung terasa laju dan aku sukar bernafas selama beberapa minggu. Di tempat kerja dan juga bersama BF aku jadi pemarah. Aku nak dapatkan ubat depresi tapi aku takut ada rekod depression dan dibuang kerja.
So kerana terlalu stress aku beli sekotak rokok dan hisap sebanyak mungkin. Dan berkotak lagi selepas itu. Satu rumah bau rokok, sampai pergi kerja pun orang tegur kenapa bau rokok. BF pun tanya yang sama.
Untuk lupakan depression serta takut tinggal seorang pada waktu malam, aku juga ikut rakan yang aku kenal dari modelling untuk minum alcohol tanpa pengetahuan BF dan kawan2 aku yang lain. Ini berlarutan selama beberapa bulan dan duit aku banyak habis di situ.
Beberapa kali juga aku terlalu intoxicated dan dihantar pulang oleh kawan aku. Korang tak payah try la sebab tak sedap pun. Banyak kali juga dia terus tumpang tidur di rumah aku dan aku lega kerana ada teman.
Aku hampir kantoi dengan BF bila aku minta dia tolong pegangkan purse masa aku pergi toilet, dia buka dan ternampak resit bayaran minuman alcohol. Cuma dia tak perasan sebab tulisan atas resit tu dah pudar.
Kerjaya aku adalah segalanya. Dan kerana kerjaya aku terganggu kerana apa yang aku lakukan ini, aku rasa aku perlu berhenti berkelakuan begini. Aku kerap sampai office lewat dan tak dapat siapkan kerja yang patut aku siapkan di rumah. Parents pun macam concern sebab aku dah jarang call waktu malam.
Mungkin tuhan masih sayangkan aku. Satu hari aku drive aku ternampak satu klinik di deretan rumah kedai, dan di luar klinik tu ada tulis boleh lakukan ujian HIV. Oleh kerana hidup aku pun telah tak bermakna lagi, aku pun singgah dan kata aku nak buat ujian. Ujian ini agak mahal berbanding kit yang aku beli online.
Selepas beberapa hari aku dapat keputusan, and you know what, it’s negative. No HIV. Klinik tu minta aku untuk datang semula beberapa bulan seterusnya untuk test yang kedua kerana test pertama tu agak awal. Dan kedua-duanya negative.
Bodohnya aku pergi beli test kit online. Sia-sia aku depression ambil rokok dan alcohol. Bertambah2 dosa aku lakukan, sedangkan aku sepatutnya berdoa dan minta pertolongan dari Allah.
Setelah apa yang berlaku, depression aku beransur kurang, kerana ketakutan aku yang lebih besar telah pun hilang. Walaubagaimanapun, trauma itu masih ada dan aku kerap mimpi buruk.
Sekarang aku tengah kumpul kekuatan untuk bagitahu BF aku apa yang terjadi, yang aku bukan perawan lagi. Kalau dia reject aku akan terima dan tak salahkan dia. Ini takdir dan ujian aku. Yang paling utama aku sihat dan boleh terus hidup dan kerja dan belanja family aku sekali-sekala.
Kalau BF aku sudi terima aku sebagai isteri, aku sanggup hambakan diri aku kepada dia. Aku akan buat apa yang dia minta dan akan patuh. Aku sedar sekarang aku sudah tidak layak untuk dia. Ramai lagi anak dara yang dia boleh pilih.
Korang sedih tak baca kisah aku ni? Sekarang aku cuba lebih banyak berdoa dan jaga solat. Aku simpan scarf dalam handbag supaya senang nak singgah surau atau masjid. Aku banyak belanja rakan-rakan tempat kerja makan supaya aku rasa happy. Aku bersyukur kepada tuhan kerana uji dan keluarkan aku dari ujian ini.
Sebelum ini memang aku banyak tinggal solat atas faktor kerja, pakaian, malas nak remove make up, dan aktiviti berbasikal. Berdoa memang jarang sekali. Kalau keluar dengan BF aku hanya tunggu di luar surau. Mungkin itu harga yang perlu aku bayar untuk dosa aku selama ini.
So berbalik kepada tajuk, nasihat aku kepada perempuan di luar sana, kita lemah secara fizikal. Pastikan kalau nak keluar atau berjalan janganlah seorang diri.
Terima kasih semua.
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Masyallah. simpati dengan nasib awak. Sbb sy antara yg akan keluar malam utk ke kelas zumba. Terima kasih atas cerita ini. Apa apa pun yg berlaku, walau seteruk mana ia berlaku. kembalilah kepada yg jalan yg benar. selagi diberikan ruang dan peluang utk berubah. berubahlah. insyallah ada sinar yg menanti.
Berat ujian awak.. tpi Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuan hambanya… Alhamdulillah, awak pun dah berjaya mengambil ibrah dri ujian ini.. Mmg Allah uji sebb dia nak awak lebih dekat dengan dia… Berterus terang je dgn BF… Kalau dah dia mmg jodoh awak, inshaAllah dia akan bantu awak harungi ujian ni sama2…
Assalamualaikum..
Semoga awak mendapat syurga yang tertinggi tanpa hisab tanpa azab
Kdg2 ada bnyak cara Allah nk bagi seseorang itu ‘pengajaran’ dan kembali kpd-Nya.. mngkin selama ini awk merasakan diri awk hampir ‘sempurna’ dan melupakn bhw ada lg yg lbh dari sempurna; iaitu Allah SWT.. Dia yg maha mengetahui dan mngatur segalanya dan yakinlah, ada hikmah di sebalik semua yg telsh berlaku, walau pon awk x suka.. slepas ini, sekiranya BF awk x boleh terima awk stelsh dia tahu apa yg berlaku, kembali lah kpd Allah, Dia shj tempat mngadu dan meminta pertolongan, jgn ambil jln ‘singkat’ utk slesaikn msalah, spt rokok n alkohol.., apatah lg jika awk cuba membun*h diri.., ia xkan slesaikn msalah yg sedia ada, malah tambah lg dosa kpd Allah, awk juga akn buat kluarga awk bersedih sama.. apa2 pon cuba lah dekati org2 yg baik, atau buat aktiviti yg boleh beri faedah kpd org lain, mcm kerja2 amal atau sukarelawan di samping awk jaga batas2 pergaulan dan jaga juga kesihatan & keselamatan diri awk.. wallahu a’lam.
terima kasih, ini juga peringatan utk i yg suka sorg2 pergi mana2.. i mmg jenis keluar lewat malam.. i akan lepak lama2 dgn sibling i, and dorg mmg offer tidur kt rumah dorg tp i ni jenis degil nk balik jgk.. bab kena kacau dgn hantu tu, mls dh nk kira.. byk kali ..
last week i almost accident, i blk pkl 3pg dari rumah abg sbb nk tidur dekat rumah sendiri.. masa tu bf i vid call teman sambil bising2 knp x tidur rumah abg.. i keluar je rumah abg i, i terlanggar anak ular, the halfway nk sampai rumah, ada kerate masuk lorong i dari arah bertentangan.. sumpah mmg rasa cm dh nk mati dh time tu, tp alhamdulillah, the car went back to his lane.. bila i tgk blk dashcam, video dia kan 10min, so masa jadi tu dia mcm dlm proses transition ke ape, so part tu mcm terpotong lah..
so, i decide, lps tu i mmg xnk dh buat cmtu.. lgpn tgh2 mlm mmg org mengantuk, racing, mabuk and penjenayah pun bersepah..
semoga dipermudahkan urusan sis.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan menjadi insan yang bertaqwa.
As for your family, boleh je sis you nak hide it, benda pun dah lepas.
maybe to your bf you boleh pilih untuk bagitahu so that all your changes selama ni dia tak pelik. saya doakan semoga your bf boleh terima you se ikhlasnya, dan semoga your future will be brighter.
semoga si perogol takguna tu dapat balasan setimpal supaya dia dah takboleh buat benda terkutuk tu dekat orang lain.
Allahuakbar….saya simpati sgt mendengar kisah awak..semoga Allah kurniakan jalan lurus buat awak..pergilah kaunseling supaya dapat healing trauma perlahan2..bukan mudah utk terima benda ni.pergi juga kelas terapi psikologi.
Tentang tunang tu kalau nak terus terang silakan..kalau tak nak takpe..cuma takut jd 1 trauma bila awak bersama dia kelak sebab membayangkan sentuhan jahat dari perogol laknat tu…
Semoga hidup awak diberi semangat dan bangkit perlahan2…
Sedihnya dengar kisah u… Sedih sgt2…. Hugs for u sis… May God bless you…
Aku harap sipelaku akan diberikan kesulitan hidup mereka.
Stay strong sis. Aku sebagai lelaki, nak bagi nasihat, jgn bgthu BF kau / tunang/ future husband kau tentang kes ni.. mungkin pada mulanya dia akn terima, kasih sayang yang selama ini ada akn berubah menjadi ke arah atas dasar “simpati”, namun risau nanti bila dah lama², kisah trauma ni akan jadi ruang untuk setan duk bisik pasal benda ni boleh jadi punca korang bertengkar dan mula unkit mengungkit bila dah ke next step. Taknak si suami duk membayang perkara yang bukan² waktu bersama nanti.
Semoga dipermudahkan segala urusan.